Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 22 March 2013

Sayu di Kubur Firdaus

Terima kasih banyak-banyak pada semua sahabat yang memberi komen pada entri lepas. Che Mid lega sangat kerana kesemua pendapat tu ngam dengan pendapat Che Mid. 

Sebelum Che Mid cerita lanjut pasal tu, hari ni nak cerita sedih sikit.

Malam semalam Farah cakap asyik teringat arwah abang Firdaus. Esoknya, kami pun ke kubur. Kawasan tu luas dan sangat sunyi tapi tak la gelap. Terletak di hujung kampung Meru.

Sampai di sana kami terkejut besar bila...

 Ada sebatang pokok besar tumbang.. batang pokok tu melintang betul-betul atas kubur arwah Firdaus. Che Mid dan Farah gagahkan diri mengalih balak tu ke sebelah. Paling sedih tengok batu nesan bahagian kepala tercampak keluar.


Farah sedang meletak semula batu nesan di tempat asal. Dia kata, " Patutlah Farah tergerak hati nak datang jenguk kubur abang". Sebenarnya minggu sebelum tu, Farhan ziarah juga tapi dia kata kubur abang Firdaus bersih tak seperti setengah kubur lain yang semak samun.

Kalau tengok dari kesan gergaji nampak baru lagi, mungkin satu dua hari lepas. Orang yang gergaji tu tak alih pun batang pokok yang melintang .. kesian tengok kubur jadi macam ni..menangis Che Mid terus mms gambar pada Che Abang.


Ada kubur yang pecah teruk. Yang lain-lain tu terlindung pandangan kerana ditutupi ranting dan daun-daun, entah macamana keadaannya. Masyaallah!

 
Mungkin pokok tu tumbang sebab dah dimakan anai-anai, sebab semasa kami mengalih batang pokok tu berebut anai-anai keluar. Tapi yang peliknya, kami tak nampak di mana perdu pokok. Logiknya tentulah dekat kubur Firdaus tu sebab balak yang besar tumbang kat situ..


 
Tengok betul-betul, ada kubur yang pecah. Harap-harap waris akan datang dan baiki. Sayu hati tengok..
 
Bahagian atas bukit tak terjejas, banyak kubur lama di situ. Deeja kata, " Khadeeja nangis tengok kubur abang tadi.. ada ulat (anai-anai)". Macam biasa kalau ke kubur abang, terutama bila masa membaca Yaasin dan tahlil, Deeja akan elok duduk diam-diam.

Che Mid seru kepada para sahabat, kalau agak lama tak ziarah kubur mak ayah atau atuk nenek dan orang tersayang, jom la pergi. Kalau tak kena pokok tumbang pun, mungkin dah semak atau mendap dsb. Sekurang-kurangnya bila kita ziarah kubur, akan mengingatkan kita yang satu hari nanti kita juga akan ke sana. Wallahua'lam.

33 comments:

  1. Iyalah Che Mid, mana perdunya yer..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas juga kami tengok sana sini.. tapi tak nampak.

      Delete
  2. Tiba2, sy nak tgk kubur arwah nenek ngan atuk sy....huhuhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, jauhke kubur tu.. kalau dekat dan ada masa baik segerakan.. apa yang che mid tau, bila kita sampai kubur seseorang dan beri salam kepada empunya kubur, rohnya akan kembali ke kubur tu. Kita boleh bercakap dan dia dengar..

      Delete
  3. Tumpang sedih ngan che mid...orng yg potong kayu tuh takder respek ker kat kubur2 tuh..sedih ahli keluarga yg melihatnya...
    teringat lak kat kubur nenek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah dik.. che mid tengok pokok yang tumbang sebelum ni pun tak berpunggah.. kesian kt kubur tu..

      Delete
  4. Alfatihah utk semua yg dah tinggalkan kita.
    Sampai hatikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sampai hati juga pada waris yang tak jenguk kubur arwah.

      Delete
  5. Allahuakbar ...
    sedangkan saya tengok saja gambar2 ni pun rasa sayu/sedih ... apatah lagi perasaan che mid ye ... sabar ye kak ... Alhamdulillah., Allah gerakkan hati farah nak melawat kubur abangnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. memang terkejut sangat. Masa call abang tu memang sayu betul, kalau boleh nak dia datang masa tu jugak.

      Delete
  6. ramai waris tak tahu lagi tu keadaan kubur tu rasanya...maklumlah mungkin waris-waris tinggal jauh...teringat pulak kat kubur anak saya asyraf di kubur Benta...tapi dah hilang tanda...maklumlah kecil sangat...(gugur sewaktu 5 bulan mengandung).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che mid dah umumkan di facebook, utk kawan dan sedara mara sekampung.. Deeja kenal sangat kubur baby. kalau dia nampak kubur saiz kecik-kecik, dia tunjuk dan kata "ini kubur baby"

      Delete
  7. samalah dengan kubur arwah adik Nur no. 4...
    meninggal darjah 1...
    tapi sekarang kami dah baiki...kalau tidak sayu melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah baiki, sedap sikit hati tengok. Takde la terbiar bila ada waris yang jaga..che mid pernah tengok kubur berlubang dan mendap tp tak de sape tolong baiki..

      Delete
  8. Patutnya pemotong kayu tuh tolong la betulkan balik batu nesan yg tercabut... tp maybe dia pun tak perasan kot.. sabar yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun tak pasti. Kalau suami che mid ada sekali masa tu mungkin bengang juga dia tengok kubur anak jadi macam tu

      Delete
  9. farah ada "instinct" kuat pada arwah abangnya..macam tau2 aja kan..
    simpati tengok apa yg berlaku apatah lagi pada waris sendiri yg terlibat..
    sabarlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya waris lain tu ada 'instinct' macam Farah tak he he

      Delete
  10. Tumpang sedih juga kak. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga kubur-kubur yang lain juga akan ada yang menjenguk.

      Delete
  11. Sedih kak Zai tengok kubur diperlakukan sebegitu. Sepatutnya bila pokok dah dipotong batang2nya dialihkanlah.

    kak Zai bersyukur sebab adik beradik selalu ziarah kubur arwah mak sebab tepi jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang tak faham.. mungkin kerja memotong orang lain, yang mengangkut keluar orang lain agaknya. Baguslah kalau kubur di tepi jalan. Tempat Che Mid tu jauh ke dalam, kalau tak mengenang kubur anak sendiri memang takdenya ke sana..

      Delete
  12. Sayu betul sy tgk...org yg buat keja tu takdak perasaan la..angkat dan bersihkanlah cpt patutnya..ni buat keja cincai ni
    Raya hari tu kubur arwah ayah sy pun jd mangsa...org timbun daunkering..ranting kering kat situ...tak dak otak kan? Nak keja mudah dia ja..geram tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gitu.. orang tu tak tau ke ada kubur kt situ.. nasib baik juga waris datang tengok, kalau tak mau terus menimbun daun di situ..

      Delete
  13. OOrang yang potong kayu tue x de respect agaknya...cer kalau org buat kat kubur ahli keluarga dia.. apa dia rasa..

    ReplyDelete
  14. salam che mid
    Org kampung kata kalau nak gi situ
    Pak lungo mareng lor

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah la kan, che mid selalu keliru arah lor ngidul ni..tak faham-faham dari dulu sampai sekarang..

      Delete
  15. Teringat kt pusara arwah abg. Tp kami selalu pergi jengah, especially ayah yg akn singgah lps solat jumaat

    ReplyDelete
  16. La kesiannya. Nape jadi camtu ek. Nasib baik ada instinct nak pegi sana kan..

    ReplyDelete
  17. p6s52q2b24 e2p60y7x69 x3w10w7n68 h2o25o2j78 q1t97c7c64 r0t80i0s10

    ReplyDelete