Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 7 March 2013

Al-Faizin Berselawat bersama Farihin dan Alwi Mustaffa

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sahabat-sahabat blogger yang membaca entri yang lalu dan mendoakan kesejahteraan Faris. Alhamdulillah, Faris semakin pulih. Jahitan di dahi dan di jari kaki sudah pun dibuka.. Cuma tak pasti bila Faris dapat berjalan seperti biasa kerana tumit dan buku lali masih membengkak lagi. Mulai hari ni Faris kena berlatih memijak dan menggerak-gerak kaki kirinya.

Ok, sebenarnya Che Mid ada satu 'event' agak besar yang ingin dikongsi bersama sahabat semua. Pada 23 Februari lalu, Che Mid dan rakan-rakan setaman telah mengadakan satu program khusus untuk muslimat yang dinamakan Al-Faizin Berselawat. Jadi semasa Faris kemalangan, memang Che Mid sedang sibuk membuat persiapan program ini. Semakin menggila sibuknya bila tarikh semakin dekat.. Faris memerlukan layanan VVIP dan Deeja pulak demam tak menentu.

Apa pun, program tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Terima kasih kepada semua AJK dan ahli marhaban yang memberi sepenuh sokongan dan kerjasama. Memang Che Mid tabik dengan semua mereka ni, pandai buat kerja dan tak perlu seliaan sangat.

Apa yang dibualkan tu dan sape mereka tu...? (Sedang minum petang di rumah Che Mid..)

Majlis ini menghimpunkan kumpulan marhaban yang ada di Meru, Kapar dan Bukit Kapar juga penduduk setempat. Lebih kurang 250 orang hadir, antaranya ialah...

Kumpulan Marhaban Baiti Jannati dari Taman Seri Puteri, Pekan Meru

Kumpulan Marhaban Surau Bilal Ibnu Rabbah, Taman Kapar Setia, Jalan Kapar. Salah seorang ahlinya membacakan Rawi Berzanji. 

Paling ramai dari kumpulan Baiti Jannati, terima kasih sangat-sangat sudi hadir..

Kumpulan Marhaban An Nisa' dari kariah Surau Darul Muslimin,  Jalan Jambu. Mereka turut menyumbangkan alunan Tibaan di majlis tersebut.

Kumpulan Nasyid Harmoni SMK Meru membuka tirai acara dengan Solawat Tolaal Badru

Dan tuan rumah, Kumpulan Marhaban Helwa Taman Dato' Bandar.  Muslimat sekitar taman kami pun ramai hadir memberi sokongan. 

Program bermula seawal jam 4.00 petang dengan kehadiran tetamu dan minum petang. Kemudian kami bersolat Asar berjamaah dan terus memulakan program Al-Faizin Berselawat. Format pengisian ialah kami melagukan selawat beramai-ramai diselang selikan dengan soal jawab berkenaan solawat itu sendiri.

Ini dia jemputan khas kami, En Farihin Abd Fattah dan Tuan Syed Alwi Mustaffa al-Haddad (terkenal di program Dikir Zikir, TV al-Hijrah). Kami sungguh berbesar hati atas kesudian mereka berdua hadir ke majlis yang tidak seberapa ini. Che Mid kenal mereka sewaktu sama-sama terlibat di Konsert Tamadun Islam di Terengganu tahun lepas. Jadi senanglah sikit nak minta mereka datang. (Pada sesiapa yang ingin menjemput mereka, boleh hubungi Che Mid di 013-3672459)

 Sesi soal jawab berlangsung.. sangat menarik dan banyak ilmu diperoleh. Antara soalan yang diutarakan ialah dari mana asal usul Solawat dan huraian maksud solawat, burdah, berzanji dsb.  En Farihin menjawab dengan usikan dan jenakanya, manakala Alwi memberi contoh-contoh dengan melagukannya. Suaranya memang hebat, Subhanallah! Antara Solawat yang diperdengarkan beramai-ramai ialah Solawat Adnani, lagu nasyid Ya Rasulullah, Qasidah Ya Hanana dan Ya Thoibah.

 Duduk di kiri sekali ialah Ustaz Hasnol Hj Jantan, guru marhaban kumpulan Che Mid yang kami jemput khas tetapi turut 'diheret' oleh Farihin untuk menjawab soalan.

 Kami juga membuat kutipan amal untuk Rumah Anak-anak Siti Khadijah. Gambar menunjukkan Ketua Kampung Meru, Tuan Haji Thaifor Hj Noor sedang menyampaikan sumbangan. (Jika sesiapa berhajat untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin di rumah ini, boleh hubungi Ustazah Hasnah di 014-3341321)

 Bergambar kenangan sebelum berpisah. Kami bersama Farihin dan Alwi serta wakil anak-anak yatim Rumah Anak-anak Siti Khadijah..

 Che Mid mengemudi majlis dibantu Pn Ruzi dan anakanda Farah Khalidah

 Bergambar ramai dengan Kumpulan Marhaban. Rata-rata hadirin mengatakan 'tak puas' kerana ada lagi solawat yang telah dilatih tapi tidak dikumandangkan kerana kekangan masa.

 Album keluarga - Syed Alwi bersama Che Abang, bonda dan Farah

 Album terbaru Syed Alwi Mustafa - Love to Beloved - Muhammad bin Abdullah sedang dijual sekarang. Harga cuma RM10.00. Dengarkan alunan suara Alwi tanpa muzik. Sesuai untuk halwa telinga di rumah juga sesuai diperdengarkan di surau dan masjid-masjid sebelum masuk waktu solat. Dapatkan salinan CD ini di www.stormreaders.com

Setiap seorang yang hadir menerima senaskah kitab al-Ma'thurat yang ditandatangani oleh Farihin atau Alwi. Menarikkan!

Stormreaders membuka gerai jualan buku dan CD. Sambutan amat menggalakkan walaupun hari hampir gelap.

Kain rentang masih tergantung di surau al-Faizin walaupun beberapa hari telah berlalu.. Sukaaaa!

Itulah dia program Al Faizin Berselawat kami. Insyaallah ada rezeki lain kali kami akan adakan siri 2 pula..

33 comments:

  1. farihin tu kan yang menguruskan satu kumpulan nasyid terkenal kan che mid...wah bertuahnya dapat jumpa dia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, dulu dia dengan Raihan..che mid boleh bawa ke Lipis kalau nak he he..

      Delete
    2. elok juga cadangan tu,nanti ida cuba tanyakan pengurus surau kuarters sini,tapi tu lah ...tak ramai turun ke surau,balik2 muka sama je..

      Delete
    3. Insyaallah kalau jemputan tu ramai yang kenal dan promosi kuat, ramai yang turun. Ajak sekali kawan-kawan luar kawasan.. nanti che mid bawa 1 bas dari Klang.. kita bermarhaban di Lipis!!

      Delete
  2. Salam CM.
    hehe mama memang selalu kena tabik kat CM ni..mcm2 idea.selalu jadi pencetus!
    Mahal tak sdr Farihin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama.. Idea datang dari Allah swt mama, cuma kena berani realisasikannya. kalau ada idea tapi simpan buat stok sendiri pun takde manafaatnya. Kalau ikut standard industri hiburan memang mahal, tapi sbb ini aktiviti surau jadi kami beri saguhati je. Dia kata, tidak mengapa, niatkan untuk amal kerana Allah! Wah lagi semangat Che Mid bila dia kata mcm tu

      Delete
  3. salam che mid
    Ta kenal ustazah hasnah.dr tamn sri putri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dah jemput dia tapi jadual dia penuh..

      Delete
    2. yok mareng pasar jemuah tuku jagung rebus

      Delete
    3. Kirim sukun goreng telu sengget!

      Delete
  4. seronok tgk program begini.. alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang tapi tak susah mana buat program macam ni.. masa buat tu rasa penat, tapi bila lama tak buat program rasa macam ada tak kena.. entah le Che Mid selalu rasa macam tu..

      Delete
  5. Alhamdulillah.. i like.. salute!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa hantar risalah kat Baitur Rahman, surau tu baru kena tembak! Terkejut gak..

      Delete
  6. Alhamdulillah. Memang jelas kelihatan kerendahan hati Farihin & Alwi semasa majlis berlangsung. Sewaktu bertentang mata dengan beliau sambil mengangguk kepada nampak keikhlasannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak I.. lain kali buat lagi nak..

      Delete
  7. tahniah, che mid dapat buat event begini..
    kalau dekat, nak saja saya join..
    saya baru nak belajar berzanji tua-tua begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu masa tinggal di SP, ada juga kawan-kawan ajak buat kelas tapi Che Mid segan sbb orang luar.. takut orang tempatan tak suka. Tapi belum sempat pun, dah kena balik Klang ha ha

      Delete
  8. Subhanallah... Meriah sungguh majlis ilmu ni. Tahniah Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasihlah Aziela, sudi singgah sini walaupun entri dah lama tak update..

      Delete
  9. sejak saya habis sekolah, saya dah jarang datang ke majlis2 ilmu camni ...bertuah che mid .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bukan semua tempat boleh dan berpeluang buat aktiviti macam ni kan..

      Delete
  10. dolan dolan bengi.eh wes isuk iki.kabare che mid? Anak ei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mareng ndi si mbengi-mbengi.. wes turu.. esok arek kerjooo..

      Delete
  11. kabare che mid.ina suka aktiviti camni.kalau la dpt balik dok kg nnt rasa nak join je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waras dik.. takkan nak tunggu balik kampung kut.. bila tu ya agaknya he he

      Delete
  12. dolan isuk nang kene.seko pasar jemuah iki.

    ReplyDelete
  13. bagusnyer ada program2 sebegini !

    ReplyDelete
  14. click for info Dolabuy Chloe why not check here site web click to read more try this website

    ReplyDelete