Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday, 25 May 2013

Pengantin Contoh - Dr Suhaili dan Akmal Arif

Lama tak bertanya khabar.. jenguk pun tidak.. nape ye.. berat je rasa jari jemari nak buka blog.. Bukannya tak online, tapi keinginan untuk berblog turun menjunam selepas PRU13.. jam jari .. jam otak!

Ok.. wake up!

Hari ini baru nak mula balik (dah nak abis bulan Mei..aduii)..

Che Mid dan Farah menjadi pengacara majlis persandingan Dr Suhaili bt Ahmad Azizi dan Akmal Arif bin Prof Abd Rahim di Dewan German Malaysian Institute (GMI), Bangi pada 18 Mei 2013. Urusan acara diatur oleh ayah dan ibu penganti iaitu En Ahmad Azizi dan Puan Saadah. Mereka 'jumpa' Che Mid di Mudah.my. Pengantin tidak diberitahu mengenai susun atur acara kerana khabarnya ia kejutan buat pengantin.

Che Mid dan Farah sejurus sebelum acara bermula. 

Ketika kami sampai di dewan, rupanya majlis pernikahan sedang berlangsung di surau GMI. Acara memang sangat padat. Selepas bernikah di sebelah pagi yang tamat hampir pukul 11, diikuti oleh majlis resepsi pada bermula jam 12 tengahari. Maknanya kenduri hanya sehari sahaja.

Tetapi  Che Mid sangat kagum dengan tatacara majlis; dari kad kawin yang simple (sekeping je) tapi menarik dan jelas tulisan dan tujuan (ada kad kawen yang nampak sangat mahal tetapi kita tercari-cari nama dan alamat tuan rumah..). Susun atur dewan yang luas dan menepati citarasa, tak over tapi cantik dan kemas. Katerer yang sangat bertanggungjawab (tiada meja kotor atau tempat cuci tangan menjejeh-jejeh air..) Menu pun biasa-biasa; nasi briyani dan kuncu-kuncunya tapi nampak dan rasa sedap .. macam masak sendiri..

Kalau nak tahu, pengantin tinggal berasingan, ayah pengantin pula bekerja di Melaka, cuma mak pengantin tinggal di Bangi. Bayangkan, kerja-kerja persiapan hanya boleh dilakukan pada hujung minggu sahaja tetapi majlis tetap teratur dan 'berjaya'. 

Semua ahli keluarga nampak terpelajar tapi tak kekok turun padang. Salah seorang adik tuan rumah datang pada Che Mid, " Saya, Mizan, ditugaskan menjadi Floor Manager.. apa yang boleh saya bantu?" Adui, Che Mid tengok dia pun Che Mid segan..

Kelab Kompang Petaling Jaya.. terdiri dari anak-anak sekolah rendah. Sangat teratur dan mantap persembahan mereka. Sepuluh pemain kompang dan seorang pemain gendang. Che Mid memang sokong kalau ada sesiapa yang nak tempah kumpulan ini. Sebelum giliran bermain, mereka dibawa berjumpa Che Mid dan bertanya bagaimana susun atur program. Sangat bagus cara macam tu..

Tuan rumah memilih konsep memohon restu untuk mengganti majlis merenjis. Dalam gambar ialah buah-buahan sunnah seperti kismis dan buah tin yang akan disuap kepada pengantin nanti.

Datuk saudara pengantin perempuan, YBhg Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Sembilan sedang membacakan doa selamat.

Acara membaca doa selepas nikah, dibaca oleh pengantin lelaki kepada isteri tercinta. Walaupun acara 'kejutan' tetapi pengantin 'cool' je mengikut sahaja apa yang diminta dilakukan. Bacaan doa si suami jelas kedengaran ke seluruh dewan dan diaminkan oleh yang hadir. Subhanallah!

Jelas di wajah Akmal, terharu apabila dipeluk kasih oleh ibu tercinta..

Usik mengusik ketika pengantin disuap buah kismis atau buah tin..

Lain sedikit acara kali ini, kedua mempelai turun dari pelamin menemui mak, ayah dan nenek pengantin perempuan, memohon restu dan bersalaman sebelum beredar ke meja santapan.

Ketika pengantin makan beradap, tetamu dihidang dengan tayangan slaid mengenai latar belakang pengantin perempuan, sekitar majlis pertunangan dan majlis pernikahan. Bertungkus lumus ahli keluarga menyiapkan slaid hingga ke saat akhir kerana memasukkan gambar pernikahan yang berlangsung hanya 2 jam sebelum itu! Syabas!

Ucapan spontan dari pengantin buat semua yang hadir dan khusus buat keluarga yang menjayakan majlis mereka. Mereka berdua ni sebenarnya satu kelas semasa sekolah rendah, jadi memang ramai rakan-rakan sekolah hadir meraikan mereka.

Terima kasih kepada tuan rumah yang memilih Yahanana Events untuk mengacara. Kami sangat berbesar hati menjadi sebahagian dari majlis mereka.

Bergambar lagi dengan mak pengantin

Suka sangat gambar ni dan suka sangat tengok pengantin. Mereka nampak sangat 'enjoy very moment the have'. Dr Suhaili dan suami cuma turun dari pelamin ketika bersalaman dengan ibu bapa dan makan beradap, kemudian naik semula ke pelamin untuk sesi bergambar. Sejak itu, tak henti-henti para sahabat dan saudara mara naik bersalaman dan kemudian bergambar bersama. Che Mid rasa begitulah sepatutnya; pengantin menghabiskan hari persandingan mereka, bukannya berjalan ke sana sini dan kemudian 'hilang' untuk 'outdoor shooting'.

Che Mid 'happy' sekali dengan majlis ini. Bukan kerana Che Mid mengacara tetapi melihat Allah swt melimpahkan nikmat kebahagiaan kepada seluruh keluarga dan pengantin. Che Mid rasa mereka mampu mengadakan majlis lebih 'grand' daripada ini seperti dua tiga hari kenduri tetapi lebih memilih kesederhanaan dari segala segi tanpa kompromi dengan kualiti. Kesederhanaan dan rendah hati mereka Allah balas dengan keindahan dan kejayaan majlis mereka. 

Che Mid tinggalkan entri ini dengan 'testimoni' sms yang diterima dari ayah pengantin sehari selepas majlis.

Assalamualaikum Che Mid. Terima kasih dalam menjayakan Majlis Perkahwinan anak saya dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana para tetamu telah memberi pujian terhadap mutu pengacaraan majlis, semoga Allah akan memberi kejayaan & memberkati Che Mid dan keluarga. Ribuan terima kasih sekali lagi dan maaf zahir batin. Azizi serta keluarga.

Nak cuba Yahanana Events di majlis anda? Hubungi Che Mid di 013-3672459.


26 comments:

  1. Saya yg membaca pun rasa teruja. Bukan senang nk jumpa majlis perkahwinan penuh barakah. Kalau bermulanya dirahmati, sampai ke akhirnya che mid ya..
    Tahniah jugalah buat pengacaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita yang datang pun suka tengok dan sama-sama mendoakan.

      Delete
  2. Wahh..tahniah che mid. Makin cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedang ternanti-nanti siapa antara follower che mid akan jadi customer pertama che mid hik hik.. insyaallah ada rezeki nanti adalah tu..

      Delete
  3. Tahniah Che Mid.. semoga dipermudahkan urusan dengan jayanya.. :D

    ReplyDelete
  4. Pelamin dia memang simple. Rasanya eloklah besederhana. Tahniah buat Che Mid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat elok bersederhana tak payah nak tunjuk-tunjuk sangat. Allah akan tunjuk melalui rahmatnya..

      Delete
  5. Kian cemerlang Yahanana Events kakak nampak. Tahniah Che Mid.
    Org yg kaya harta tapi tinggi ilmu dunia, agama dan akhiratnya akan beginilah CM. Kakak salute betul cara mereka ini.
    Moga jadi contoh pada kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallh, che mid yang cuma orang luar pun boleh nampak dan rasa.. sejuk je tengok majlis tu..ya, moga jadi conth pada kita ya kak..

      Delete
  6. Moge bahagia hingge akhir hayat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita yang menyaksikan pun akan ikut yang baik. jadi teladan utk diri sendiri dan anak-anak nanti..

      Delete
  7. tiap-tiap kali dengar qasidah Ya Hanana, selalu teringatkan Che Mid :)
    Moga Yahanana Events terus cemerlang, Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleleeh... bila nak tengok 'live' pulak.. ait, jgn pulak bayangkan che mid macam tuan Syeikh Habib pulak tau! ha ha

      Delete
  8. betul tu...biar sederhana janji meriah & diberkati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu pun tak tertinjau-tinjau, pas tu mencongak berapa kos kenduri ha ha..

      Delete
  9. salam kenal che mid sory lambat singgah ni..wah menarik tak pernah tengok majlis kenduri suap buah tin/kismis.selalu suap kek je he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. suap kek pun tetap ada, tapi suap kismis tu menggantikan acara merenjis..

      Delete
  10. Majlis gilang-gemilang bertambah berseri dgn pengacaranya yg berwibawa.
    Majlis ini nampak keunikannya yg tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, Insyaallah bulan 10 ni kami ke JB lagi... mengacara di sana pulak..

      Delete
  11. Semakin ramai keluarga yang mengamalkan majlis yang lebih sederhana. Perkongsian Che Mid nie memang satu sumbangan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid berbesar hati dengan komen Aziela. Bukan apa, takut orang jemu baca blog ni.. asek cakap pasal kawen je.. he he

      Delete
  12. informative post d8c37c8t08 louis vuitton replica replica bags aaa quality i7z55y4m28 important site n8q98q6b29 replica gucci handbags replica bags from china free shipping replica bags korea replica hermes handbags i4d46h6u37 replica bags and shoes

    ReplyDelete