Che Abang orang Pahang, jadi dia ajak adik-adik yang tinggal di Shah Alam dan Wangsa Maju untuk berkumpul di rumah kami. Makan-makan, sembang-sembang dan jerit-jerit tengok bola. Tapi yang di Shah Alam tak berapa sihat, baru balik dari kampung..yang di Wangsa Maju memang nak datang, tapi dah tau balik nanti aka terperangkap dalam jem di Shah Alam sebab perlawanan diadakan di Shah Alam, akhirnya membatalkan niat untuk ke rumah kami.
Tapi, tak mau menghilangkan 'mood enjoy' tambah-tambah lagi anak-anak semua ada di rumah, Che Mid pun masak lain sikit malam tadi, eh..istilah malam tadi ke malam semalam yang betul? .. cikgu Bahasa Melayu ada tak? Tolong ajar Che Mid sikit..
Hasilnya, mee kari cincai.. cincai sebab Che Mid mula masak selepas Maghrib. Takde daun-daun menghijau cuma timun je. Kalau ada sawi , taugeh atau daun sup.. memang tak habis dan membazir sebab Che Mid je yang beria-ia makan. Yang lain acah-acah ..abahnya lagi la.. alergik sayur!!
Buah mangga epal dan kuah rojak Che Mid laaa... haa.. ramai terliur dah tu.. mintak mahap le ye..memang nak menunjuk pun..
Kami makan-makan anak-beranak sambil bergurau senda. Orang lain dah habih makan..Che Mid makan asam buah katuk pulak.. sambil jerit-jerit sokong Pahang, tau-tau habis sebekas..
Pagi ni, suara garau dan tekak perit..menggelabah pagi-pagi lepas subuh makan ubat batuk dan selesema. Hari Khamis ni ada emcee job ni, Rabu ada rehearsal...adui.. takut .. suaraku adalah aset paling berharga untukku... ha ha ada insuran pun tak guna kalau suara dah macam katak !
Ok, dah siap entri ni.. kepala dah mula melayang-layang mencari bantal sebab makan entah hapa-hapa ubat tadi. Tau tak, cari ubat kahak dewasa tak jumpa..Che Mid makan ubat kahak kanak-kanak..Deeja punya...ada rasa strawberi..Sedappp!
Eh eh..sedapnya mee kari dan lempeng tu..Saya tak tengok bola malam tadi Che Mid, apapun tahniah Pahang. harini saya terpaksa kerja, cuti dah tinggal sikit
ReplyDeleteKerja elok-elok k.. Che Mid pun keje gak..work from home he he..baru nak ngadap komputer Deeja da rampas kuasa!
DeleteIngatkan mee kari boleh tengok boa jugak che mid..heheh..gurau jer..
ReplyDeletetuhla che mid semangat sokong pahang yer sampai sakit tekak2 tuh..heheh..apapun tahniah pahang..sedih kelate kaloh..
Sedih kelate kaloh ya.. kasi can la pahang menang..kelate dah selalu menang!
DeleteSedapnya mee kari..Tahniah Pahang.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah akak.
Salam Maal Hijrah utk En Shaiful jua
Deleteminggu lepas baru hajat nak buat lempeng utk tgk final bola. tapi smlm adik ipar banje kepsi plak. belasah jugak... hehehe
ReplyDeleteMakan pun belasah.. bola pun belasah yeah! Golll!
DeleteAmboi, syoknye mkn buah mangga cicah kuah rojak tu. Suke je nak show off tau. Hehehehe....tak psl2 je sore tu hampir menghilang. Jaga2 Che Mid. Minum air byk2 tau.
ReplyDeleteNi tengah2 malam buta terbatuk-batuk teruk pulak. belaah makan lagi tadi, ingat dah ok dah.. padan muka i!
Deleteterliur nengok kuah rojak che mid tu..
ReplyDeletenak ke.. memang ada hajat nak singgah tempat acik bila-bila ke seremban..Insyaallah!
Deletekena buat insuran untuk suara ni che mid..heee..
ReplyDeleteinsuran suara tu macam insuran kereta gak ke.. tunggu eksiden baru boleh claim!
DeleteKakak sokong Kelantan tau tapi kalah aduhai...
ReplyDeleteMakan ubat Deeja hihi...
Kenapalah lempeng tu juga yang menjadi igauan saya.
ReplyDeleteterliuq tgok mangga tu...
ReplyDeletesaya sokong kelantan..tp kecundang la pulak..asben sokong pahang...
Asam2 tu tak sesuai untuk Che Mid yg perlu menjaga suara.
ReplyDeletememang terliur tengok mangga tu..
ReplyDeleteyg last tuh yg paling mengancam.. hehe
ReplyDelete