Selepas 35 tahun, Allah yang Maha Besar mempertemukan kami kembali. Budak-budak darjah 1 hijau Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Meru tahun 1973. (Ha ha..ada pembaca yang belum lahir pun kan..)
Pertemuan pertama dan menjadi pencetus huru hara mencari kawan lama di facebook adalah selepas majlis menyambut menantu kawan sekolah, Datin Norliyah. Tak sangka rupanya dia rajin menjejak dan menjemput kawan-kawan lama..ada yang Che Mid tak ingat langsung dan tak terfikir pun akan berjumpa semula..subhanallah..memang anbelivebel lah!
Che Mid menjadi pengacara majlis persandingan tu dari malam sebelumnya lagi. Memang ramai kawan-kawan yang datang tapi tak le semuanya 'mendekati' Che Mid di meja 'emcee'. Ada yang kata dalam fb, " Aku nampak kau tapi tak percaya kau putih sangat..."
Ha ha ha..nak tau tak dulu Che Mid memang hitam legam.. makcik kata mak masa mengandung tertengok filem 'Dayang Senandung' tu yang terkenan anak jadi hitam.. tapi sekarang dah putih walaupun tak melepak laa..Habis gambar time sekolah rendah dulu Che Mid buang sebab tak suka tengok kehitaman kulit ku..aduhai..
Antara kawan lama yang tak pernah termimpi jumpa semula ialah Ruzita Ahmad Rafei (gambar tengah). Dia datang jumpa Che Mid dan suruh teka siapa dia.. memang ambil masa sebab takda klu langsung. Tapi senyum dia tu buat Che Mid teringatkan seseorang.. memang Ruzita lah orangnya. Dulu masa sekolah rambut dia keriting halus-halus macam 'negro' sikit..tapi dia putih comel je.. anak cikgu le katakan..
Dia best student Penilaian Darjah 5. Tingkatan Satu masuk asrama penuh dan tak pernah jumpa selepas tu. Dengarnya study sampai Australia, rupanya sekarang dah balik semula tinggal sekampung. Tapi kampung sekarang tak macam dulu..dulu boleh cam semua orang kampung rasanya..tapi sekarang dah ramai orang 'luar' duduk tempat kami. Dah jadi bandar. Sekolah rendah dah ada 4 buah..sekolah menengah dah ada 3..taman perumahan pun dah terlalu banyak..
Tengoklah gambar tu.. bukan main erat kami berpegangan tangan.. memang gumbira tidak terkata..
Yang tengah tu nama dia Norhayati Basir. Dia ni kawan sekolah menengah dan sama-sama di UITM dengan Che Mid. Tapi sejak kawen, tak pernah tahu dia di mana.. tup-tup anak dah empat yang segar bugar macam emaknya jugak!
Ada seorang lagi yang Che Mid jumpa..Norlailawati namanya tapi biasa di panggil Dayang je.. selalu Che Mid ronda-ronda kampung naik basikal. Geng-geng lepak lepas time sekolah..heee..kami nakal dulu..main tukar-tukar autograf la.. Usik cikgu-cikgu la..tolong mak cik kantin kupas kacang tanah la.. Che Mid punya baik dengan mak cik kantin tu, sampai tolong jadi penjual pulak untuk budak-budak sekolah petang..lepas tu dapat upah 10 sen he he..
Kemudian, kami cuba nasib cari kawan lain di fb. Alhamdulillah dapat lagi dua orang.
Namanya Azmah Zakaria dan Khadijah Ahmad Hambali. Ya Allah, tak sangka sungguh dapat berhubung kembali. Memang 'lost contact' .. tahun 1979 dan 80an..mana ada facebook atau emel..telefon pun belum ada.. yang ada surat atau poskad itupun kalau tau alamat boleh berutus surat..
Ingat tak.. abang posmen menjadi peminat setia kita.. sampai boleh kenal dan bertegur sapa dengan abang posmen sebab hari-hari tunggu dia datang antar surat. Surat pulak dikumpulkan sekali di kedai runcit..kalau kebetulan ke kedai, boleh le membelek surat kita.. kalau nasib baik ada orang tolong hantar ke rumah..oh what a sweet memories..
Azmah tu bukan kawan sekampung tapi dia anak cikgu Zakaria yang mengajar kami. Jadi bila dah berpindah sekolah, memang susah le nak cari semula. 35 tahun tak jumpa ..memang rupa dah sangat berbeza. "Ingat lagi, dulu awak selalu rambut berikat dua..kita selalu main-main di tangga sekolah tepi jamban.." Rasanya dulu, tak ramai murid suka berkawan dengan anak cikgu sebab takut dengan bapanya.. Che Mid ni jenis berani..dengan cikgu pun suka buat kawan, rajin mengecek cikgu suruh belanja. atau pun suka-suka masuk kelas orang lain, walaupun cikgu sedang mengajar di depan..
Perjumpaan pertama bersarapan dengan Azmah dan Khadijah di Restoran Hakim, Seksyen 7 Shah Alam. Rupanya mereka berdua tiggal di tempat yang sama..tapi masing-masing tak tau.. Tengok tu..sapelah yang suka sangat sampai tutup mata ketawa tuu..(gambar tak terang, sebab mintak tolong waiter pakistan ambikkan..)
Aina Habib ni memang tak pernah putus hubungan dengan Che Mid sebab ada bau-bau durian he he. Tapi, dia memanjang tak ingat tentang kawan-kawan.. 'memory carput' ha ha.. dulu dia kecik molek..sekarang dah mengembang.. memang lain sangat rupanya..
Bila tepek gambar kami di fb, ada kawan komen.." Ini gang budak-budak pandai.." Tapi sebenonya Che Mid tak pandai..tapi suka kawan dengan budak-budak pandai.." he he pandai tak?
Kami berjumpa dari pukul 8 pagi sampai pukul 11( itu pun sebab Che Mid kena balik cepat, sebab ada job petang tu..). Tak berhenti bercerita kisah lama.. dari kawan kelas, ke cikgu-cikgu, sampai kisah lucu, yang dah meninggal atau masih hidup dan macam-macam lagi. Tapi tak ketinggalan tanya tentang anak-anak. Umur anak-anak kami hampir sebaya..Che Mid bergurau," Oh..kalau macam cerita dalam drama..time macam ni lah kita cuba jodohkan anak masing-masing kan.."
Dalam borak-borak tu, terkeluar cerita, " Mid dulu penyanyi sekolah..semua orang kenal.." Ha ha teringat dulu Che Mid pernah masuk radio sebab RTM datang ke sekolah buat rakaman untuk rancangan "Bersama Pakcik Jamal" Che Mid nyanyi lagu Sepuluh Budak Hitam, sejak itu, kalau ada function sekolah, memang Che Mid la tukang nansyid ke tukang nyanyi lagu Raya dsb. Tapi Che Mid kaki bangku.. apa jenis sukan memang tak pandai.. Sampai la sekarang...
Insyaallah, pertemuan kedua akan menyusul seminggu dua lagi. Nantikan cerita dan gambar terkini kami k..!
Tahun 73 tu Aina belum lahir Che Mid...:)
ReplyDeletePatut la sampai sekarang suaranya sedap memang berbakat dari zaman sekolah ye...
Dah agak le..ramai bloggers yang belum lahir masa tu..
DeleteBestnyer sis bila jmpa blik kwn2 lama..time 1973 tu sy pon x da lg haa..:)
ReplyDeleteOh..tuanya aku..
DeleteAcik pun dah berjumpa kawan sekolah semula sejak ada fb
ReplyDeleteInilah antara manafaat terbesar fb kan Acik..
Deleteche mid tua 2 tahun dari saya rupanya:-))
ReplyDeletebest part che mid cerita berkawan dengan budak2 pandai. memang pandai...
Dua tahun je..awak tu macam mudaaa sangat ha ha Abdul berdua tu pun budak lagi kan..
DeleteSeronok eh.. jumpa kawan2 lama sekampung dan satu sekolah. Selalunya first time jumpa sangat happening. Selepas 2-3 kali buat reunion lagi, dah tak tau apa nak cerita lagi..huhuhu..
ReplyDeleteNak jumpa kali ke dua jumaat ni..
DeleteSyokkan jumpa kawan2 sekolah!
ReplyDeletemama pun ada pun reunion, cari kwn2 lama! memang ada yg tak kenal!
Yang terlalu kurus dah terlalu gemuk pun ada kan mama he he..
Deleteseronokkknyaa che mid jumpa kawan2 lama..kalau saya pun mmg mcm2 cerita akan keluar teringat saat2 manis zaman persekolah dulu2 kann...
ReplyDeleteRiuh rendah, tak cukup mulut nak bercakap he he.. tak ingat dunia dah..seronok sangat
Delete35 tahun dahulu. Saya cuma tersenyum. Begitupun saya kata syabas kerana dapat bertemu kembali. Cubalah rapatkan hubungan kita yang sudah lama terjalin. Kawan kawan 35 tahun dahulu kawan sejati, belum mengnal pangkat dan derjat. Saya tidsak tahu bagaimana saya kemari. Ditakdirkan Tuhan. Kalau ingin tahu silalah baca apa yang tulis secara kebetulan hari yang sama posting in puan tulis. Silalah kesana dan nyatakan perasaan puan. Munkin saya akan kembali lagi insyaAllah, kalau umur masih ada.
ReplyDeleteMemang pernah saya ke blog tuan.. Insyaallah Allah akan memanjangkan umur orang yang memanjang silaturrahim..
DeleteAmboi... 35tahun terpisah.. umur sy pun tak sampai 35 tahun lg ni hu hu hu.
ReplyDeleteErk anak cikgu kena comel ke?
Sy anak cikgu gak tp kenapa saya tak comel? hihihi larikkkk!
Ya lah..anak cikgu mesti lebih cantik dari anak petani macam Che Mid ni...he he..
DeleteBest juga ada fb boleh jumpa kawan2 lama macam che mid, seronok hingga tak terkata.
ReplyDeleteDengar cerita kawan2 sekolah kak Zai ramai yang jadi datin...malulah.
Bila berjumpa kita lebih bercerita ttg zaman dahulu kala..tak cerita sangat ttg masa kini ..kena jumpa dulu baru tau seronok bercerita..
DeleteWah...memang CM nampak sangat gembira. Mesti semuanya saling sayang menyayangi kan. Lagipun tinggal berdekatan, so ukhuwah tu erat. Saya dulu tinggal jauh dari sekolah, makcik saya pula jaga library, so cikgu2 semua kenal. Form 1 dah masuk asrama, langsung putus hubungan. Bila dah kahwin, saya putus hubungan dengan semuaaaaa kawan sek. Tak kiralah rendah ke, menengah ke, uni ke.... Nak mengubat hati, sedikit demi sedikit, saya erase memory. Now, nama mereka pun saya tak ingat. Sob..sob...
ReplyDeleteItulah rugi pada pelajar boarding school.. susah berjumpa semula sbb tempat lahir jauh-jauh. Kalau sekolah sekampun, walau jauh mana kita tinggal selepas berkahwin, ada peluang bertemu bila balik kampung..
Deletedengan izinNYA dapat bertemu selepas lama terpisah.
ReplyDeleteSaya kalau ditanya pasal area Meru memang tak taulah sebab saya orang luar.. hehehe..
seronoknyer dapat jumpa balik kawan2 lama ni kan chemid !
ReplyDeleteSeronoknya tengok gambar che mid, kami pun baru buat reunion....masih segar lagi ingatan zaman sekolah
ReplyDeletesteph curry shoes
ReplyDeletebalenciaga speed
supreme hoodie
yeezy shoes
yeezy boost 350
yeezy boost
moncler
longchamp bags
kyrie shoes
balenciaga
go to these guys dolabuy gucci see post replica ysl site link 7a replica bags wholesale
ReplyDelete