Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 17 December 2014

Ubi Ungkep

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi

Kali ni Che Mid nak tulis resepi yang diminta oleh sahabat Che Mid dan juga blogger Ita Rossi. Ubi ungkep ini adalah sejenis masakan Jawa yang sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Sekarang makanan lama kan dah semakin fofular kembali dan mengimbau kenangan masa kecil kita dulu kan..




Bahan-bahan:-

1 kg ubi kayu di kopek dan potong ikut suka - rebus hingga empuk
4 biji bawang besar
3 biji bawang putih
satu sudu besar jintan manis (rendam)
satu sudu besar ketumbar (rendam)
satu sudu besar udang kering (rendam)
sedikit kunyit serbuk
minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1) Kopek ubi kayu, potong ikut suka dan rebus hingga empuk. Toskan
2) Tumbuk atau kisar KASAR bawang besar, bawang putih, jintan manis, ketumbar dan udang kering
3) Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kunyit hingga benar-benar masak.
4) Masukkan ubi dan kacau rata.
5) Perasakan secukupnya dengan garam dan gula
6) Masak dah...

Selamat mencuba..




22 comments:

  1. mesti sedap ni che Mid..tapi nak dapat ubi pun susah che mid..acik suka makan ubi..buat la apa pun tetap suka..pernah acik buat masak lomak cili api pun rasa sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapatkan ubi susah, nak dapatkan ubi yg elok lagi susah.. tak pernah rasa ubi masak lemak tentu lagi sedap dari kentang kan..

      Delete
  2. Tak pernah makan lagi ubi ungkep ni che mid.. macam sedap jer tu.. boleh di cuba ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan ringkas je buatnya pun..cuba la..

      Delete
  3. mesti sedap berempah rasa dia kan
    nice sharing
    t.kasih :)

    ReplyDelete
  4. Nampak.menarik & sedap...
    Blh cuba jugak kalo kbtulannada ubi.ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pada yang suka berempah. Tak pedas tapi tak muak..

      Delete
  5. Che Mid, saya baru balik dari Batu Pahat. Mak beli ubi...rebus cicah sambal tumis jer. Sekali bila balik PD, terlupa keluarkan balance ubi2 yang lain dari bonet. Tadi kat parking opis, saya baru perasan ada ubi kayu dalam bonet...hahahahaha....


    Pssst : Jumaat ni, ada free ke? Nanti saya wassap yer....

    ReplyDelete
  6. Kak zai belum pernah makan ubi ungkep ni. Kalau ubi rebus biasalah makan pulak dengan sambal tumis sedapnya.

    ReplyDelete
  7. baca posting che Mid ni, KY terkenang..nilah makanan special zaman KY kecik dulu. lama dah tak makan. pasni nk cari ubi kayu..dah terliur dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terliur le kalau dah pernah makan..tak lama lagi dapat le makan tu..

      Delete
  8. Ya Allah CM......okje dari hari tu teringin makan ubi tp jenuh cari pasar mlm tak berjumpa.huhu...
    Ubi ungkep mmg selalu jer okje buat kalau ada ubi.....sedapkan CM...

    ReplyDelete
  9. Memang nmpk sedap!!. Selalu nmpk blogger2 buat. Rasa2nya sy blom pernah mkn lg walaupun berdarah jawa.. (rasa2nya la)... sbb kecik2 dulu Mak suka buat ubi getuk atau rebus dgn gula je. Tq atas perkongsian resepinya Che Mid.

    ReplyDelete
  10. mesti sedap nih...

    salam che mid.. lama dah tak blog walk.. singgah sini jap;)

    ReplyDelete
  11. Midah.... sedapnya! Hujan2 ni nampak ungkep ni .. buat terliur je. Tq resepi tp tak tau bila nak cuba buatnya :)

    ReplyDelete
  12. Tkasih Mid. Ada lagi lebihan ubi buat ubi getuk tadi. Boleh buat ubi ungkep pula.

    ReplyDelete