Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 30 December 2014

Derma Telekung - 1 telekung 1 keluarga

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi..

Che Mid dan sahabat marhaban sedang mengutip sumbangan telekung untuk dihantar kepada mangsa banjir Pantai Timur.


Pada sahabat yang berminat menderma telekung terpakai dari kawasan Klang dan Shah Alam, boleh hubungi Che Mid dahulu. Nanti Che Mid boleh datang dan ambil. Bungkuskan telekung di dalam plastik lutsinar. Lebih molek jika boleh dipasangkan dengan kain pelikat dan sejadah. 

Lebih mudah jika hantar wang tunai melalui CIMB akaun Hamidah Mohd Jamil 1205139253520.

 Kami akan kumpul dan beli telekung baru terus dari pembuat telekung dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. 

Pada awal perbincangan, kami tidak bercadang untuk ke tempat mangsa banjir. Tetapi semalam ada dermawan yang sudi memberi 'duit belanja pengangkutan'. Jadi kami mungkin ke pantai timur awal pagi Sabtu ini. 

Doakan projek ini berjalan lancar dan sampai kepada muslimah mangsa banjir. Sudi-sudikan menderma..telekung untuk mereka, pahala Allah untuk kita..Insyaallah!

8 comments:

  1. Assalamualaikum....Moga usaha murni akak dan sahabat marhaban dibalas sebagai amal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..Insyaallah..kami pun doa yang sama juga dan moga doa yang sama dikembalikan kepada yang mendoakan. Aamiin

      Delete
  2. salam kak ..lama tak dtg sini...murni sungguh usaha CM dan sahabat..moga Allah sahaja membalasnya..tema kasih sura dahulukan diatas usaha itu..moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. akak pun lama tak menjenguk ke sana..Doa sama-sama semoga usaha rakyat Malaysia membantu saudara yang ditimpa musibah dipermudahkan. Aamiin

      Delete
  3. Syukur alhamdulillah...semoga usaha yang cm dan rakan2 lakukan mendapat ganjaran dari Allah swt.

    ReplyDelete
  4. Kak nak derma brp rm kak? Nanti akk whatsapp akk ye

    ReplyDelete
  5. Ameen. Semoga projek yang dijalankan sentiasa dipermudahkan olehNya :)

    ReplyDelete

  6. aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.

    Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete