Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 9 January 2014

Farisku ke PLKN

Bukan main teruja bila Faris dapat tahu dia akan ke PLKN. Dalam keluarga emak abah Che Mid, takde anak-anak atau cucu yang pernah dipanggil menyertai PLKN. Memang pengalaman baru untuk Faris. Tapi Che Mid pernah jadi jurulatih untuk modul Sosial dan Budaya selama dua sesi dulu, jadi dah tau dah keadaan dalam kem tu macamana.

Ada dua orang lagi kawan baik Faris dapat ke PLKN juga tapi mereka ditempatkan di Perak. Faris pulak di hantar ke Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Malam Jumaat lepas, kami 'supper' di Restoran Syed Seksyen 2, Shah Alam. Farah akan balik ke Penang esok paginya. Abahnya teringin makan kari kambing tapi dah habis..takpe la kan, bukan nak makan sangat..saja je lepak-lepak anak beranak.

Trend posing terkini - menganga sana sini... dengan kakak..menangis lagi bila tahu kakak nak balik Penang.." Deeja tak mau kakak balik sekolah Penang..."

Faris kena buat pemeriksaan kesihatan sebab kan dia dapat kemalangan tahun lepas, kakinya tu masih tak berapa baik lagi..takut-takut tak tahan tekanan masa kawad nanti. Lepas tu kena buka akaun BSN sebab pelatih dapat elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan.

Nak jadi cerita, masa Faris cuba seluar baru di Jusco, dia tertinggal dompet dalam bilik salin tu. Bila jumpa balik, dompet ada tapi kad BSN illek. Pencuri tu ingin ribu-ribu ke duit dalam kad tu..ha ha..RM10 je...untuk buka akaun..tapi kira baik jugaklah pencuri tu sebab sudi tinggalkan wallet dan mykad..tak lah dia campak dalam longkang ke kan...Faris ni memang clumsy sikit, fikiran selalu tak fokus..entah fikir apa agaknya..fikir minyak naik ke gst?

Ini malam Isnin pulak..Faris teringin makan macaroni cheese Kenny Rogers tapi ayam golek dah habis pulak. Che Mid pun bukan suka sangat masuk ke situ, mahal dan rasa tak berbaloi..akhirnya kami tapau macaroni cheese dan duduk makan di medan selera Tesco. Tu pun dah nak tutup gak.. 

Balik ke rumah, Faris siapkan beg dengan abahnya..sempat lagi dia potong rambut ala askar..dah tau memang kena cantas rambut tu kat kem nanti..Kan Faris ni terer gunting rambut, maka beramai-ramai lah kawan 'pelanggan tetap tak berbayar' datang bergunting rambut bila tau Faris nak ke kem. Sungguhpun clumsy tapi Faris ni baik hati dan tak berkira orangnya..dia 'cool' je..tengah-tengah malam kawan datang bergunting rambut pun ok .takde hal!

Tapi yang kesian, Faris ni tak boleh berenggang dengan kicap Bilal bila makan nasi. Dia tanya, " Bu, boleh bawak kicap tak?"


Faris kata kena ada di Stadium Shah Alam pukul 8 pagi, pukul 7.30 kami dah dalam kereta, baru dia kata " Aaaah..pukul 9.30 lah kena ada sana..".  Kami sempat ajak mak nenek ikut sekali dan bersarapan pagi dulu. Sampai sana, orang dah berduyun-duyun masuk ke stadium..macam ada Jom Heboh pulak he he..

Eh eh, terjumpa pulak sedara kami Cik Mistina ni..anaknya dapat ke PLKN Perak..

Beratur untuk ke 'Departure Hall' ha ha..kejap lagi kena tunjuk 'boarding pass..." ha ha...

Gambar tak terang..dok berasak-asak dengan mak ayah lain..alah, taim nilah nak bergambo..dan bagi duit poket..tentu ada yang menggerutu dalam hati ..

Sambil bersalaman, Che Mid letak tangan atas dada Faris. " Tanam azam, balik nanti jadi orang yang lebih baik dari hari ini.." Deeja dengar, dia tanya abahnya, " Abah, abang Aish jahat ke? "..Aduii ini anak...


Beratur tunggu giliran isi beg... ada anak-anak Cina dan India tapi tak ramai..

Satu beg besar dan satu beg sandang...tak bawa baldi...

Saat-saat nak naik bas. Nampak muka dia 'nervous' kan...Sebelum tu, Che Mid dengar dia kata pada diri sendiri, " Time to go.." sambil tarik nafas panjang.

Bila tengok bas bergerak, Deeja nangis.." Khadeeja tak nak abang Aish naik bas, Khadeeja nak abang Aish balik rumah Khadeeja.." Ish..drama betul la...tapi memang ada juga yang menangis..bila dah dalam bas, masing-masing 'menyorok' balik langsir..

Alhamdulillah, Faris dah pun sampai di kem, dan mula menjalani kehidupan sebagai pelatih. Antara sms terawalnya ialah.." Ibu, masa melawat pukul 9 hingga 5 petang, hari Ahad.." Eh, eh dah rindu ibu ke?

Sebelum berpisah, saksikan video Khadeeja nyanyikan lagu happy birthday untuk Mak Chu Rahayunya semalam, 8 Januari. Gedik-gedik gitu kan...


15 comments:

  1. Kejap jer tu kak. Farish mesti seronok di sana nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Faris dah selamat sampai. Semoga bertemu dengan rakan2 yang baik dan dapat menyesesuaikan diri..

    Anak kak Zai tak dapat pergi, bukan main seronok dia.

    ReplyDelete
  3. Anak buah Aina perempuan dapat juga PLKN, risau sampai tak tidur malam tp masa hari daftar dia jumpa kawan sekolah yg terpilih bersama lega.

    ReplyDelete
  4. tetibe teringat psl elaun PLKN tu makk yee., dulu penah budak pompuan india dpt elaun PLKN tiga hatus hinggit dlm bentuk sijil simpanan premium (SSP)., dua tiga bulan pastu dia menang cabutan bertuah kete mercedes.. rejeki kanns.,ehHHee

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Faris dah selamat sampai. Semoga balik nanti akan menjadi lebih baik. Untung la ada Deeja menceriakan suasana.

    ReplyDelete
  6. tahniah faris..ibu mana yg tak risau tentang keadaan anak yg jauh dari pandangan mata,walau che MID sendiri ada pengalaman menjadi jurulatih di PLKN dan tau akan situasi dan keadaan disana masih merasa bimbang,inikan kita sebagai ibu bapa yg tiada pengalaman kan..hanya doa sebagai pengiring semoga sentiasa dilindungi NYA :)

    ReplyDelete
  7. Cik Mid, anak saya dulu kat Benum Raub Pahang... Masa dapat dan nak pergi sakan dia hangin!... memula tu tak nak masuk aktiviti menembak guna M16 tu... jadi saya tak sign borang tu tapi lepas tu call saya balik tlg jumpa komanden dan benarkan dia masuk aktiviti menembak... Menembak tu best katanya walaupun takut dengan bunyi letupan yg kuat... Habis PLKN body, wow! taf dan cantik!

    ReplyDelete
  8. la ni kalau nak ganti mykad yg 1st time hilang..quite mahal gak. lepas diskaun rm80 rasanya. nasib baiklah ambil kad aja..hee..

    p/s deeja boleh jadi pengganti mama di ya hanana ni...

    ReplyDelete
  9. Amboih tak buleh berpisah pulok dengan kicapnya tu he he he!

    Lps spm. tak semua student dpt ke plkn ni?

    ReplyDelete
  10. kicap?..blh jd duta kicap ni..hehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha..lawak la nak bawa kicap sekali..ksian dia nnti tak lalu makan la pulak kan..

    ReplyDelete
  12. salam ukhuwah che mid: anak sulung ana dpt juga PLKN cuma bukan yg 1st intake ni..risau dan bimbang sgt2 klu ditempatkan jauh2 tak pernah berenggang lagi..semoga dipermudhakanNya jua urusan kita semua .amin.

    ReplyDelete
  13. Bestnya kan klu zmn2 kita remaja dulu dah ada PLKN... mcm best je tu.
    Mesti seronok jumpa ramai kwn baru.

    ReplyDelete
  14. Ida pulak harap2 anak boleh ikut serta ke PLKN..hehehe...biar dia diuji dengan macam2 ujian..biar dia lasak sikit..taklah duk bawah ketiak umi je...lambat lagi kot sekarang baru 16 tahun si teruna tu..

    comel gedik Deeja nyanyi...manja gitu..

    ReplyDelete
  15. Paling tak suka program PLKN ni. X tau nape x suke. Mb sbb ms sklg dulu dah sll join aktiviti lasak ni.

    ReplyDelete