Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 21 March 2014

Habis Dah PLKN

Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni..

Semalam keputusan SPM dah keluar, maka ramailah yang sedang bergumbira ria meraikan kejayaan dan tak kurang juga yang bergundah gulana kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tapi rasanya paling ramai yang 'tak kisah' pun dengan carta slip SPM tu. Apa pun, hidup mesti diteruskan..jalan masih panjang.. ibu bapa janganlah pulak terlebih-lebih emo pulak ya. SPM bukan segala-galanya.

Faris pun salah seorang yang ambil keputusan SPM semalam, keputusan cukup makan saja. Balik je agak murung tapi malam tadi dia dan abahnya dah tengok-tengok mana-mana tempat yang layak untuk sambung belajar. Ok la tu kan, alhamdulillah.

Jom tengok gambar Faris di Kem PLKN Geo Kosmo. Dah pun tamat latihan selama 3 bulan pada 18 Mac lepas. Faris suka program ni..dia kata, " Rugi sapa tak pergi.."



Deeja paling suka cium abang Aish kuat-kuat dan lama-lama. Dengan orang lain tak macam tu. Ini gambar ziarah pertama kali selepas Faris daftar masuk. 

Che Mid paling suka program PLKN ni sebab ada percampuran dengan bangsa-bangsa lain termasuk etnik dari Sabah dan Sarawak, solat berjamaah setiap waktu dan ikut disiplin ala tentera. Memang pengalaman yang bagus kan untuk remaja yang baru lepas menghadapi peperiksaan. 

 Menyelit je...

Abang Ayan dan kawan-kawan pun ada ziarah jugak. Kiranya hampir setiap minggu jugalah kami ke sana. Jarak dari rumah lebih kurang 1 jam setengah dari Klang ke Behrang. 

Selalunya, kami ziarah hari Ahad. Tapi ada sekali tu kami pergi hari Sabtu..bawa atuk dan mak nenek sekali. Bila sampai sana, lengang..takde pelawat langsung. Ingatkan kami dah lewat sangat, tapi bila abahnya tanya pengawal.." Encik, hari melawat adalah hari Ahad sahaja".  Bolehnya tak perasan hari Sabtu bukan hari melawat.. emmmm..

Bergambar sebelum keluar kem. Kebetulan kakak Farah balik bercuti sekejap sebelum final exam, dapatlah tengok kem tu.

Tabik hormat terakhir!!


 Balik je dari kem, Faris ajak makan ke restoran faveretnya..Restoran Rimbun..tentu ikan keli sambal jadi pilihan Faris.

 Abah ambik cuti, abang Ayan je takde..kerja...


 Malamnya abang Ayan makan luar sebab siang tadi dia tak ikut sekali..kerja...Kami makan-makan di Restoran Tam Nasi Ayam, Sek 24, Shah Alam. 

Dua beradik.. baru ada masa berborak..tapi restoran tu terlalu sesak dan bising, patutnya kena ke tempat yang sedikit santai dan tak terlalu ramai orang, jadi boleh la dengar suara masing-masing.

Esok paginya, hantar kakak Farah ke terminal bas untuk balik ke Penang. Maka bermulalah adegan drama swasta...


Salam kakak....

 "Khadeeja tak nak kakak Farah balik sekolah Penang.."  Tudung pun dah tak tentu arah... 


 Tengok kakak naik bas...sayu je...


 Akhirnya, berderai airmata dan menangis kuat.. Bila bas bergerak keluar dari stesen, Deeja kejar bas  tu..Jerit lagi.." Kakak!! Kakak!!..." Hai, cite Hindustan pun kalah tau..

Kakak cuti 4 hari, tapi tak cukup puas melepas rindu dengan kakak... macam tu lah setiap kali kakak balik UITM...tapi kali ni lagi teruk. Bila leka bermain, tiba-tiba berlari peluk ibu sambil nangis.." Ibu, Khadeeja rindu kakak.." Malam-malam nak tidur pun teresak-esak ingat kakak..






28 comments:

  1. khadeeja ni sayang sangat dengan kakak dan abangnya..sampai camtu sekali..baguslah..tu tandanya hubungan yg erat antara mereka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kat rumah kami, takde orang dah..siang-siang tinggal Deeja dengan ibu je..sunyi kut..

      Delete
  2. Sayang betul deeja dengan kakak farah ye... siap drama airmata lagi....

    Anak buah saya dulu Che Mid bila habis PLKN ni terus minta polis... suka dia dengan pengajaran dan bimbingan yg diberikan di situ... Masa tu pun SPM baru keluar result... sekarang dan 5 tahun dia bekerja sebagai polis bantuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah memang rajin melayan Deeja dan tak pernah marah..(tak macam ibu he he)

      Delete
  3. Masya-Allah... auntie yg nak menangis dibuat anakanad Deeja. Sabar ye sayang.. kakak nak belajar. Kelak Deeja pun macam kakak juga.

    Sedihnya CM. Kasih sayang sesama saudara macam inilah. Anak perempuan lebih sikit sensevitinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, dah nak setahun dah kakak duduk kolej..masih nak nangis-nangis, ibu pun dah hampir tumpah air mata gak tengok adik macam tu..

      Delete
  4. assalammualaikum che mid

    berlinang juga air mata saya melihat deeja menangis
    anak bungsu saya pun macam tu

    saya buat keputusan tiada seorang anak pun yg dihantar keasrama semasa tingkatan 1
    tapi
    bila masuk university , saya tiada pilihan
    macam deejalah ceritanya

    cik mid nak tanya satu
    muka cik mid licin n gebu
    pakai product apa??
    if u dont mind to share.

    fawzia
    melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Fawzia
      T kasih sudi tinggal jejak di sini..

      Sedih kan tengok gambar real macam tu..adik tu kecik sangat lagi, tentu nak manja-manja dgn kakak. Tahun depan bila dah sekolah kurang sikit kut...

      Tentang muka Che Mid ni..alahai..gelak besar Che Mid baca. Sebab utama gebu ialah gumuk ha ha, nampak licin sebab lighting kamera kut... meh sini tengok dekat-dekat..tentu jelas kelihatan pori-pori terbuka luas.
      Tapi bila tengok soalan puan tu, macam serius pulak kan..dan Che Mid jawab main-main ya. Maaf le ya.. Sebenarnya Che Mid guna produk Safi Balqis. Pencuci muka dan bila keluar rumah guna pelembab Safi Balqis jugak. Wallahu'alam.
      Harap lepas ni sudi tinggal komen lagi k...

      Delete
  5. Ala..sianya adik...sedih sangat muka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun dah bagi dia naik bas sbb orang bas tu kesian kat dia...

      Delete
  6. ehmmmm deeja buat aunty nanges sama tau :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak..dah kesat air mata tu.. he he

      Delete
  7. hahaha... Deeja nangis, auntie An ketawa plak ekk.. Comel sgt rupa menangisnya tu! Anyway, tahniah juga utk Faris kerana berjaya tamat latihan PLKN dan berjaya juga meredah result SPM nya tu. Berdebar2 jugak utk yg di rumah ni.. tahun depan SPM tp macam rilex je bro' .. lepak sakan.. ish! ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap plak.. tahun ni SPM bukan tahun depan.. haish!

      Delete
  8. Betul kak, SPM bukan penamat. Alololo...sian Deeja. Nanti kakak pergi Johor...jauh juga...sian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi jauh kan..Pasir Gudang tu...

      Delete
  9. rasanya bukan deeja je yang sedih, kakak farah pun sama. zaman saya dulu sama juga. kita ni adik beradik ramai. zaman kat kolej, dapat adik kecil lagi. tiap kali cuti tak sabar nak balik tengok adik2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak main dan mandikan adik, nak dengar cerita terbaru pasal adik yang ada-ada je ...

      Delete
  10. Alaaa... kesiannya Deeja.

    Betul, selepas pegi dan balik... kebanyakkan peserta PLKN kata best! Anak lelaki saya dulu che mid, PLKN pergi, BTN peringkat 1 pergi dan BTN untuk mahasiswa keluar negara pun pergi - yang ni wajib. Bila balik dari PLKN kata best dan yang paling dia suka flying fox dan menembak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat umah skrg ni, Faris tengah rindu dendam dengan kem dia..asek-asek pakai t-shirt celoreng tu ha ha

      Delete
  11. saya tetap ucapkan tahniah buat Faris...Insya Allah, akan lebih berjaya cemerlang selepas...ada rezekinya tu nanti...

    Manja betul Deeja dgn kakaknya kan...:)

    Makan kat Tam tu mmg bising,orang ramai..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pi Bendang je kat Setia Alam tu..

      Delete
  12. 1. Results spm cukup makan je tak pe... ada le tu rezeki yg kita tak nampak lg.
    Tak semestinya yg dpt true colors tu semuanya berjaya dalam idup dorang.
    (SPM sy pun huduh jgk resutls nya huhuhu).

    2. Alalala shian nye dik deeja kita kena tinggal... sob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, CM pun yakin macam tu juga

      Delete
  13. Tetiba air mata Aina pual yg meleleh2. Nangis sambil baca entri che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduii..syian pulak pada Aina, nah ambik tisu ni..

      Delete
  14. Sayang betul deeja kat abang yer. Sedih lak tgk deeja nangis :-(

    ReplyDelete
  15. keputusan spm bukan penentu masa depan, yg penting kita terus usaha utk yg terbaik.

    saya suka tengok hubungan erat dlm family che mid... cemburu saya

    ReplyDelete