Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 8 May 2014

Zam zam ala kazam

Assalamualaikum semua..

Laaa..dah 8hb Mei..satu entri pun takdak lagi ni..sibuk apa ntah Che Mid ni ya..

Gambar kat bawah ni dah lama tepek kat sini, tapi tulis-tulis tak dan bubuh...jom tengok apa diaaa..

Sebenararnya ni kisah kami makan-makan sempena harijadi Che Abang (26/3), Lina tunang Ayan (1/4), Farah (6/4) dan Faris (9/4). Baru sempat selebret sebab tunggu kuorum cukup.  Cadangnya nak bawa mereka makan buffet di Hotel UiTM tapi tak sempat, akhirnya kami ke Restoran Zam Zam sahaja.




 Sakit mata, pagi-pagi tengok gambar kami berduaan.. sebenarnya kami dah jarang bergambar berdua. Macam dah tak romantik gitu kan...


Bakal mak mertua dan bakal menantu, Insyaallah..tunggu jemputan nanti ya kawan-kawan tersayang. Lina ni memang sangat simple..mekap pun tak mau..nanti kita make-overkan dia naaaa...

Dua beradik, sorang baru balik PLKN, sorang baru balik UiTM..besar dah anak-anak ibu, kejap je..Allah, Subhanallah...terbayang-bayang lagi sakit dan kelam kabutnya melahirkan dua orang cayang bucuk ni..

Farhan dan tunang..

As usual, budak paling menyibuk kat seantero dunia...

Che Mid dan Che Abang dah dua, tiga kali makan di restoran Zam Zam ni, tapi yang lain tak pernah. Jadi anak-anak terkial-kial la nak meng imajin kan rasa masakan tu. Tengok Deeja, ceria sungguh ..buka selipar dan posing bukan main lagi..


Al kebab al kambing laaaa...



Meat ball kesukaan Che Mid..

Lempeng Arab.. liat sikit..kalau pakai gigi palsu kena ati-ati..kih kih

Sup cendawan dan sup ayam..boleh tahan..

 
Spaghetti yang tak boleh dihabiskan, tak berapa kena dengan selera kami. Terlebih minyak atau lemak kut..Che Abang oder stew kambing, pada dia sedap rasanya tapi pada Che Mid baunya agak kuat..gambar entah mana entah..


Sesi membuli..semua orang diwajibkan minum kopi Arab yang pahit dan berempah tuu..yang lelaki memang tak boleh telan termasuk Abahnya pun.

Bergambar sebelum balik. Masa ni restoran dah kosong... jadi kedai tu kami yang punya laaa. Deeja!! Awat buat muka macam tuu..!


Ya Allah, kurniakan aku, keluargaku dan semua yang membaca blog ini rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rohmah. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.



28 comments:

  1. Aamiin... semoga kita semua senantiasa diberkati dan dirahmati... aaminnn. Semuanya comel2.. rasa bahagia tengok foto2 ni.. tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, keluarga rehan pun apa kurangnya..

      Delete
  2. Aminn...sweet foto CM dan suami tu...suka sura tengok..sejuk mata tengok anak2 CM..semoga berbahagia selalu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A;hamdulillah..yang baik je kita tunjuk Sura, yang aib simpan ketat-ketat, sbb kalau orang tau aib kita, mungkin orang taknak kawan dengan kita..moga Allah lindung..

      Delete
  3. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.
    Seronok tengok keluarga bahagia Che Mid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga semakin baik dari hari ke hari..

      Delete
  4. sedapnya kebab al kambengggg tu..hahaha
    saya selalu lalu area depan zam zam tu...tak pernah try lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pi, pergi awal-awal kut, Che Mid pergi hari tu pun lewat, french fries da sejuk..roti pun dah tak fresh..

      Delete
  5. Selalu jer depan restoran zam zam ni tapi tak pernah singgah, bila tengok che mid tayang makanan tu rasa nak juga singgah satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah..tapi portionnya besar, kalau dua orang makan memang kenyang sangat..

      Delete
  6. AMIN. TERIMA KASIH SEBAB DOAKAN KAMI2 JUGAK.. HEHE

    ReplyDelete
  7. Mohon kebahgaiaan tidak berpenghujung juga CM
    Kakak suka tengok Deeja:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita kak..
      Deeja tu satu Malaysia kenal he he..

      Delete
  8. Che Mid....janganlah tak mo gambar berdua....come apa suka OKje tengok hehe
    Kat mana restoren ni Che Mid?
    Muka mereka samalah che Mid moga jodoh mereka panjang sampai ke jinjing pelamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran tu kt sebelah Masalam..

      Amiin, kita doa sama-sama ya..

      Delete
  9. Amboiii... romantiknya, sedondon kuning dgn Che Abg!!.
    Sporting Mak Mentua dgn bakal menantu... moga rumahtangga yg bakal
    dibina kekal hingga ke syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. Amin...ALl the best che Mid, semoga che mid bahagia selalu dengan keluarga, kami pun tumpang happy...sedapnya makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kita sama-sama dibawah rahmat Allah..

      Delete
  11. Akak. Sori lama x singgah sini. 2 mgu ni bz bangat. Salam hr isnin kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear..semoga happy selalu..

      Delete
  12. Amiiin. Terima kasih kak. Wah, dah dekat tarikh nak bermenantu yer. Saya suka...saya suka.... Yer lah kak, saya pun sangat jarang bergambar romantik berdua. Saya kena lebih kan bergambar bersama la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu romantik juga lah, sejak ada Deeja..perhatian sangat lebih pada dia, sebab Deeja pandai tarik perhatian kami..kalau balik kerje tu, che abang cari dia dulu, borak dengan dia dulu..

      Delete
  13. inshaAllah... bagus la bkl menantu tu xsuka make up. kita pn suka simple jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he, tapi bakal mertua yang terlebih glamor jadinya..

      Delete
  14. lawa-lawa anak2 dan bakal menantu...restoran zam zam mana lak kak ni?duk kl tak pernah tau pun..huhuhu...tak berjalan mana,duk umah mak je....

    ReplyDelete
  15. Restoran tu di Shah Alam dekat dengan plaza masalam..jauh juga dari KL tu..

    ReplyDelete