Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 14 May 2014

RM50 x 8 je

Assalamualaikum semua!!

Rasa-rasanya entri blog ni asek borak pasal makan-makan dan ziarah sedara mara je. Hari ni pun tajuk yang sama juga. Jadi dinasihatkan kepada sesiapa yang lapar, sila makan dulu kenyang-kenyang baru baca entri ni k..Penyakit malas mengedit gambar pun tengah menyerang ni, jadi main tepek je seadanya..

Che Mid dan  adik beradik dah pun selamat buat makan-makan selepas berbincang-bincang dan berbahas-bahas di wassap. Akhirnya rumah Che Mid jadi tempat untuk dipenuhi asap BBQ pada Sabtu 10 Mei lepas. Kebetulan sempena Hari Ibu pun kan..

Setiap keluarga bayar RM50 x 8 keluarga, jadi RM400..lebih dari cukup...kalau makan di luar alahai tak tahu le berapa harga untuk lebih kurang 20 orang dewasa dan beberapa kanak-kanak..

Terima kasih pada adik Lina dan suami yang jadi ketua Chef, pagi-pagi suami isteri tu dah ke pasar Klang dan Tesco untuk membeli apa yang patut. Sampai rumah Che Mid, dalam pukul 10 pagi, terus berperang di dapur sampai petang...




Udang ni berharga RM50 lebih sekilo...



Sotong




 
Ketam



 
Ikan jenahak gedabak..2 ekor

 
 Paha dan kepak ayam - dah dilulur dengan perapan

 
Kentang rebus...abaikan periuk I yang tak berkilat tu ya..tu tandanya tuan rumah tersangat rajin memasak tau

 
 Rempah untuk sambal ikan bakar ala-ala Tasik Raban..



Taiko sotong, adik Lina..yang kepala senget Imi, adik Che Mid sorang lagi..


Acik si tukang perap ayam dan buat sambal asam..

Sebelah petang, dekat-dekat pukul 6 gitu, orang lelaki pula take over untuk buat api dan sesi bakar membakar pun bermula lah..


 Brown sauce in the making - tambah cendawan dalam tin. Memang syok sangat dapat masak sendiri dengan bantuan chef google. Puas makan, boleh tapau bawa balik lagi..




Salad vegi - makan dengan mayo dan seribu pulau..




Ini hasil dari rebusan kentang tadi...mashed potato... 



 Ayaq asam..air tangan Acik..


Sambal kicap - air tangan adik Nor


Potongan buah lai dan epal merah dan ditabur dengan hirisan jeruk kulit limau..pastu tabur ais batu kasi sejuk..untuk desert.




salad buah pun ada..

 
My all time favourite.. ketam masak lemak..
\
Hasil pembakaran orang lelaki di luar rumah..



 Kambing - perapan dibuat oleh adik ipar Che Mid, Khairul..memang sedap walaupun gelap..


Udang bakar yang disapu marjerin je..




Paha ayam yang gebu-gebu diatas pembaringan..



Sotong bakar yang sangat-sangat segar dan sedap. Takde perap pun cuma dicelup dalam baki perapan ayam sebelum dibakar. Bakar pun kejap je tau..untuk elak sotong jadi liat..

Waktu Maghrib je, kebanyakan yang lelaki ke surau dan yang perempuan bersolat jemaah di rumah, Farah jadi imamah. Memang seronok berkumpul adik beradik, solat sama-sama dan doa sama-sama. Walaupun asap sibuk masuk ke rumah he he..

Psst, ada yang tak mandi dari pagi dengan alasan sahihnya, " Ala, kalau mandi pun badan bau asap lagi .."



Ini atas pinggan Haziq, anak buah Che Mid... 



Ini Che Mid punya.. salad dan mashed potato, kat balik dedaunan tu ada wedges yang adik Ain bawa dari rumah. Oh ya, Time acih pada adik Ijam dan Dila yang sponsor minuman sejuk, lemon campur asam boi..lupa la pulak snap gambo!!

 
Ini pinggan sape ntah..korang punya ke?

Cik Anjang memimpin barisan pemanggang..

 
Melayan abah makan, dia tetap nak nasik jugak..tekak orang tua kan...takdenya western western bagai..

 
Satu emak (kiri sekali), lima beradik dan satu ipar..semua tinggal berdekatan..

 
Si bongsu ni je tinggal jauh sikit..baru sampai dari Sepang..melantak udang...



Dua beradik lagi..dah puas makan, tengok bola Pahang lawan Selangor..



Anak-anak buah bertaburan...




Deeja pun bersemangat makan..


Che Abang tengah mengintai jiran sebelah rumah. Adik Nor dah standby dengan penuh pinggan kanan dan kiri..maaf le ye kak Idah, asap kita menyeberang ke sebelah, lain kali akak bako membako kita pun kena gak asap nya kan..

Ada sesapa lagi nak Che Mid anto sepiring dua???







18 comments:

  1. Anto sy la.. lapar la pulak pepagi buta ni.
    Rasa mcm tempting sgt makanan tu huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempting pun..hujung minggu ni cuba dekda bako membako pulak..

      Delete
  2. Che Mid...Aina baca je kalau gambar dari fb memang tak boleh nampak dari komputer pejabat ni tapi tetap nak komen masak ramai2 makan ramai2 jadinya makan pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..berasap dan bersepah rumah pun tak pe kan..sekali-sekali apa salahnya

      Delete
  3. wahh...seronok dapat makan beramai-ramai ngan family..CM..ngape tak htr berpiring-piring kat umah sura...meleleh dah tengok kambing bako tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan jauh mana pun rumah kita kan..setengah jam boleh sampai. Pastikan raya ni kita jumpa ya Sura..

      Delete
  4. saya pun suka kalua dapat makan-makan camni dengan keluarga che mid

    ReplyDelete
  5. Waahh..meriahnya keluarga Che Mid.....
    Rindu plk nk blik kmpg..nk kumpul reramai....

    Salam kunjung dr follower #191

    www.notashalimar.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi datang sini..

      Delete
  6. As-Salam
    Dtg dari Bloq CAHAYA HIDUP KU..Salam Ukhwah..

    Seronoknya berkumpul beramai-ramai begini..tgk makanan2 semua tu sgt menyelerakan...

    ReplyDelete
  7. Kali ni Che Mid memang betul-betul buat saya ngences
    Tentu dua hari dua malam che mid baru siap kemas ni
    tapi hati puas dan gembira

    ReplyDelete
  8. sepakat membawa berkat, che mid:-))

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak. Semua nya menawan hati. Kalau sama2 sehati sejiwa, memang seronok jadinya...

    ReplyDelete
  10. Sumenye menarik kak. Meleleh air liur ni. Akk ajar sy cane buat bahan perap dan rempah ikan bakar tu kak. Serius nak resepi ni tau

    ReplyDelete
  11. Che Middddddd sedapnya.......teringin nk ber bbq lew pulak...

    ReplyDelete
  12. I'm really inspired along with your writing abilities as smartly
    as with the layout on your blog. Is that this a paid topic or did
    you modify it yourself? Either way keep up the nice high quality writing, it is uncommon to peer
    a nice weblog like this one nowadays..

    my webpage ... local dentist new orleans

    ReplyDelete