Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 13 January 2015

Projek Telekung - Akhir

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..Semoga cerita sentiasa hendaknya.

Sebelum Che Mid teruskan dengan catatan terakhir ke Kelantan, nak disebut juga di sini bahawa Che Mid dan Ruzzi cuma wakil dari sahabat marhaban Helwa. Sebenarnya ramai nak ikut serta tapi kekangan masa dan urusan lain menghalang kami pergi beramai-ramai. Che Mid terpaksa mengajak sama Che Abang dan Farhan sebagai penyedap hati bila ada lelaki ikut sama. Lagi pun tenaga mereka amat diperlukan untuk memunggah barangan turun dari kereta. Jadi, harap tiada yang menganggap projek telekung Che Mid punya ye..

 Ok..jom sambung.

Dari Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh kami bergerak ke Tanah Merah sebelum azan Zohor. Ingatkan dekat rupanya hampir satu setengah jam kami 'on the road'. Mata terpana dengan pemandangan-pemandangan memilukan. Kesan-kesan selepas banjir memang membayangkan betapa dasyatnya 'serangan' banjir tempohari. 

Selepas 'signage' Bukit Panau, kami masuk lorong kiri. Memang kami tak pernah sampai kawasan ni dan tak terbayang bagaimana keadaan mangsa di kawasan ini. Bermacam benda terbayang difikiran sepertimana yang heboh di fb...bantuan disekat di perjalanan, jalan teruk sangat hingga kenderaan tak boleh melaluinya dan penduduk menyerbu bantuan. Tambah risau kerana kami cuma satu kereta sahaja, tiada 'kawan' lain. Apa-apa terjadi atas tanggungan sendiri..



Semakin jauh ke dalam semakin sepi dan kurang penempatan. Tapi ada satu lorong kecil dengan tanda jalan " Sekolah Tahfiz menarik perhatian Che Mid. Cuma tak berani masuk ke dalam...rasa macam sunyi dan asing. Al maklumlah tempat orang kan..

Ini dia perhentian pertama kami - Ada empat buah rumah dalam satu kawasan. Mulanya cuma ada lelaki yang mencuci motosikal tu je di luar, Tapi bila kami beri salam dan beritahu tujuan kami datang untuk bertanya khabar, puan rumah (bertudung) pun muncul diikuti oleh suami dan jiran berdekatan.

NOTA: Perasan tak baju Che Mid tak bertukar sejak dari semalam lagi..sejak dari SACC Convention Centre..tak mandi, tak tidur, tak sarapan pagi, alhamdulillah makan tengahari setelah 'dipaksa' oleh Ustaz Tarmizi di Masjid Ibrahimi tadi.

Mula mengagih barangan - set telekung ( 1 keluarga 1 telekung), set mandian (tuala+sabun+ubat gigi+berus gigi+ shampu), tuala wanita/diapers dan makanan.


Anak ini bawa 'wheelbarrow' ke kereta kami bila melihat kami buka but kereta..sedih tak..Allah..

Antara kemusnahan yang bakal menjadi bahan buangan. Air naik melepasi kepala.. pak cik tu beri tahu, setiap tahun banjir tapi tahun ini sangat pelik sebab air naik macam ombak laut.


Sebak tengok gambar ni..

Gerai kecil itulah dijadikan tempat memasak sesama jiran selepas mereka balik dari pusat pemindahan. Selepas selesai membersihkan dalam rumah barulah boleh memasak di dapur semula. Yang berbaju kuning hujung sekali tu ialah salah seorang anak mereka yang merantau. Pulang menjenguk keluarga selepas banjir. Ada juga seorang ibu tunggal kematian suami dan 3 anak kecil. Kami hulur juga wang tunai sedikit padanya. Mereka sangat meraikan kami walaupun apa yang kami beri tak seberapa apatah lagi bila tahu kami datang dari jauh. Agaknya kalau rumah dah elok, mau kami dijemput duduk di ruang tamu dan dihidang teh panas..



Ini rumah kedua kami singgah..di tunjuk oleh anak tuan rumah pertama tadi. Ada tiga keluarga di sini dan ada anak kecil serta orang tua yang uzur. Ada yang minta pampers orang dewasa tapi ...

Ini rumah ketiga kami singgah. Tak dapat masuk ke rumah sebab pintu pagar berkunci dan pak cik ni tak berapa larat bergerak tapi digagah juga berjalan. Tapi lihatlah riak wajahnya..cukup jelas gembira..walau hanya dari seberang pagar. Cuma kalut sikit bila Che Abang dah hulur telekung baru tanya mana isteri pakcik tu. Pak cik tu jawab.." Tak do oghe tino sini..". Takkan nak ambik pulak kan telekung tu kan he he

 Rumah ke empat - sepasang suami isteri warga emas. Rumahnya agak jauh ke dalam kebun getah dan di kawasan laluan air sungai berdekatan. Makcik ni tengah jaga cucu dan suaminya sedang mengemas belakang rumah. 

Cucu melalak tengok kami datang...terutama tengok muka Che Abang..


Pinggan mangkuk penuh selut elok tersusun..jenis berkaca mungkin mudah jumpa. Kalau jenis plastik mau hanyut entah ke mana..

Sampai rumah ke lima..sedaya upaya menahan airmata dari gugur bila makcik tu bercerita yang dia terpaksa tinggalkan rumah yang mula dinaiki air kerana menziarah bapa saudaranya meninggal dunia. Balik semula ke rumah air dah paras lutut, kakak yang tinggal sebelah rumah pulak sakit dan terpaksa bawa ke hospital. Mendahulukan orang lain, rumah sendiri hampir tenggelam.. asyik menangis je mak cik tu,  (Gambar: Lelaki berbaju merah tu anak yang balik menziarah. Berbaju hijau tu tuan rumah)

Cuba menenangkan mana yang mampu..

Barang-barang hanyut di bawa arus ke menghala ke belakang rumah. Lepas banjir sibuk mencari barang-barang hanyut dan cuba dikutip semula. Nasib baik jika boleh diguna semula nasib tak baik jadi longgokan sampah jawabnya.. Nampak tak kain baju masih bertaburan di laman..yang sudah terendam dah berbesen-besen juga. 


 Rumah ke enam - empat buah sederet. Adik tu baru balik bantu mak mengemas, rumah mertua juga banjir..

 Che Abang melayan tuan rumah bersembang..sementara kami membawa sumbangan



Ruzzi (Timbalan Pengerusi Helwa dan BFF ku tercinta)  dah sakit kepala sangat-sangat tu, tapi digagah juga menghabiskan baki sumbangan. Semangat tak pernah pudar..tak padan dengan saiz badan yang kurus melidi..

 Rumah ke tujuh, ada tiga keluarga. Lelaki bertuala putih tu pun balik dari jauh menjenguk keluarganya. Memang suka bila nampak anak-anak muda balik ke kampung bantu apa yang patut.

Che Mid teringat kata-kata Ustaz Ashraf dari kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah. Kebetulan ustaz orang Kuala Krai, memang rumah ustaz tenggelam habih. Che Mid risau keadaan jalan raya ke Kelantan tapi Ustaz kata, " Takpe kak..kakak drive je kereta akak tu. Adik saya balik kampung bawak kancil je kak..sampai pun". 


 Suka melayan nenek ni, Walaupun kena musibah banjir, tapi tetap ramah dan ceria bila Che Mid usik.


Nampak tak muka orang dah terlalu penat...tapi sangat berbaloi-baloi..subhanallah..

Dua rumah terakhir tiada gambar sebab Farhan tak turun dari kereta. Cuma Che Mid dan Ruzzi sahaja yang beri salam dan hulur sumbangan. 



 Pernah tak tengok macam ni...tar jalan raya tertanggal sekeping begini dan hanyut ke tepi jalan..



Ok, kami dah keluar dari Mukim Paloh. Nak ke Kota Bharu mencari homestay. Mission Accomplished.

 Dalam kereta Farhan dan Che Abang sibuk mencari jalan ke Kota Bharu, Che Mid dan Ruzzi sibuk update wassap grup masing-masing tentang apa yang baru berlaku. Ya lah..walaupun kawan-kawan tak ikut sekali, Che Mid rasa macam mereka ada sekali bila baca komen dan sokongan mereka tu. Tapi line celcom kejap ada kejap takde. Bila ada line, masing-masing tunduk tengok henfon..bila takde line..sibuk tengok kiri kanan jalan....asyik-asyik terkeluar dari mulut kami," Ya Allah teruknya rumah tu..siannya..dan macam-macam lagi.

Jam 6.15 petang kami tiba di Homestay ini, Cantik dan murah. Tuan rumah tinggal di tingkat bawah..tingkat atas disewakan. Rasa nak makan dulu lepas tu masuk bilik dan terus rehat tak payah keluar lagi..tapi tak solat jama ta'khir pulak..terus check in dan solat dulu. Ruzzi terus soalt, Che Mid pulak mandi dulu...weiii..dah macam bau kambing dah weeeiii...



 Dua beranak ni pulak..tak sedar dah terlelap di sofa..Bangun!! Pi solat dulu pastu kita makan..baru boleh tidur puas-puas..Kesiankan..tabik spring pada suami dan anakanda tercinta, walaupun ajak last minute tapi turut menyokong 150%..tak komplen langsung!!


Nampak katil simple macam ni je..rasa nak terjun terus ha ha..

Mujur kat tepi homestay ada gerai makan. Cukuplah nasi ayam dan nasi goreng untuk pelapik perut mengganti tenaga sehari semalaman.

Kami solat Jama' Maghrib dan Isya'..pukul 8 malam Che Mid dan lena bagai puteri salju. Dah janji dengan Ruzzi pukul 10 malam nanti bangun nak makan bekal yang mak dan Farah bawakan..tapi uuh..kalau ada bom meletop kat sebelah telinga pun tak sedoooo..

Esok pagi-pagi kami bersiap awal untuk check out dan balik ke Klang. Ingat nak sarapan nasi bekal. Tau tak apa jadi ?? Meh tengok sini..

 Tentera-tentera semut telah bersarang dalam nasi putih..

 Sambal telur made by my lovely MAK!!

 Sambal bilis air tangan MAK!

Semut tu dah masuk ke celah-celah bilis tuuu..hiii..dah tak boleh nak diselamatkan dah... waaaa..rasa nak nangis!!

 Jadi habuan kucing la jawabnya..( Cing..makan boleh, tapi kalau bodoh 40 hari kami tak tanggung tau)

Itu dia homestay kami.. Berminat ? Boleh hubungi Adik Ma 014-5087348

Dalam but kereta ada sikit lagi barang yang belum diagih, makanan dan diapers..macamana nak buat ni..takkan kami bawa balik kut. Tiba-tiba kami nampak ada pusat pengumpulan barangan bantuan banjir. Kami pun berhenti la..


Pusat Pengumpulan Darul Naim

 Che Mid tanya adik-adik kat situ, samada mereka nak pergi hantar bantuan ke. Rupanya mereka Mahasiswa Perubatan UM yang nak ke Kuala Krai. Satu kereta dan satu van penuh orang dan barang..


 Suka tengok semangan anak-anak muda macam ni kan...syabas adik-adik!

 Skuad cuci begini ada di mana-mana..alhamdulillah..Nombor plat macam dari Selangor je kan..

Kami putuskan untuk melalui LPT balik ke Klang. Badan pun dah segar semula, perut pun berkeroncon selepas hampa tak dapat makan nasi bekal mak tadi.. akhirnya Allah beri kami rezeki nasi dagang yang sangat enak di Cik Su Nasi Dagang, Kuala Besut. 

 Che Mid dan Ruzzi nak nasi dagang dan ikan ayer..

 Che Abang pilih lauk ikan dan itik


Ayan ambil ayam dan daging..


Ok..kami makan dulu ya... terima kasih sudi baca entri yang panjang berjela ni..bye..
Illaliqa' wa ma'assalamah

18 comments:

  1. Seperti dilanda tsunami. Macam di Aceh pada 2004. Cuma Tuhan tidak tarik nyawa sekali seperti itu. Harus kita insaf. Renungi dosa yg telah dilakukan lalu mengambil ikhtibar. Tahniah Che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dalam hati Che Mid kata jumlah kasualti lebih dari yang diumumkan. Melihat kepada kesan pokok-pokok yang rosak teruk dilanggar arus..inikan pula tenaga manusia..Allah yang Maha Tahu..

      Delete
  2. Waaa...saya dah nangess...sob..sob.. Dah berhelai2 tissue dah ni. Terharunya saya dengan semangat tinggi akak and the team.... Semoga allah balas dengan berlipat kali ganda kebaikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..masa buat misi tu tak rasa apa-apa pun. Cuma terpanggil je. Tapi bila dah selesai dan tulis semula dalam entri ni..tambah lagi dengan komen sahabat-sahabat..rasa terharu dengan kesempatan dan peluang yang Allah beri telah digunakan sebaik yang terdaya. Namun sorang-sorang buat tak jadi..syukur ada team yang kuat.

      Delete
  3. asalamualaikum che mid,terharu tengok gambar2 tu
    semoga ALLAH membalas yang setimpal dgn apa yg telah che mid buat amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih kak.. Together We Are Stronger..bak kata Raja Shamri

      Delete
  4. SubhanAllah...hanya Allah yang dapat membalas segala kerja2 yang cik mid dan keluarga telah lakukan. Syabas...bukan calang2 orang yang boleh lakukan. Memang betul2 berbaloi....didunia dan diakhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...insyaallah..redhaNya jua yang kita cari kan kak..

      Delete
  5. Alhamdulillah.. subhanaallah.. Hiduplah di dunia ini sebagai destinasi untuk memberi dan hiduplah di akhirat sebagai tempat untuk menerima. #Refleksidiri.
    Semoga Allah swt mmberikan kurniaan kesihatan dan kesenangan kepada semua yg telah bertungkus lumus. Tahniah che mid and the gang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik ayat mu sis...kita tunggu next projek pulak..tunggu apa Allah nak bagi kita ..

      Delete
  6. salams akak, tq sudi singgah blog saya:)

    bergenang air mata tgk akak menolong mangsa2 banjir ...semoga allah swt sentiasa mempermudahkan segala urusan amin :)

    ReplyDelete
  7. akak...baca sambil melihat gambar sangat2 sedih....namun kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Allah...memang sedih..saya sudah merasakannya...

    ReplyDelete
  8. Moga bantuan demi bantuan buat mereka dipermudahkanlah hendakNYA.

    ReplyDelete
  9. Tumpang happy sebab Che Mid dapat membantu di sana...saya hulur bantuan di sini saja...

    ReplyDelete
  10. Semoga sgla penat lelah dirahmati Allah.. insyallah

    ReplyDelete
  11. Sedih nya tengok. Smoga usaha akk & team mendapat ganjaran yg setimpal.

    ReplyDelete
  12. sedih..tengok kemusnahan yg berlaku.
    syukur..ramai yg membantu. musibah menyatukan hati2 kita.

    ReplyDelete
  13. Adeiii... panjang sgt lah pulak.. nak request.. cerita2 panjang camni blh buat bersiri hahaha.

    Huuu biasa sy join jgk jd sukarelawan tp kali ni tak dpt join sbb sy sendiri pun mangsa banjirrrrr kat kelate... guane gamok?
    Tp takde pun bantuan datang.. masa melarikan diri pun, takde jgk yg dtg tlg, 2km jln kaki harung banjir bersamaan 4jam.. pergh tuhan je tahu cemana time tu ehehe.

    Errm tapi tu la, mmg kesian yg hilang rumah segala bagai tu :(

    ReplyDelete