Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 24 January 2015

Tak Menang Tapi Dapat Hadiah

Assalamualaikum sahaba-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Mendung je hari ni walaupun dah hampir pukul 10 pagi. Di bulan kelahiran Nabi Muhammad saw ni, banyak tempat yang mengadakan macam-macam program sambutan. Beramai-ramai bersolawat ke atas nabi junjungan kita yang sangat-sangat dikasihi. 

Yaaaa Nabi yaaaa Muhammad!!! Sollu 'alaih...

Kumpulan marhaban HELWA telah mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidurrasul anjuran Masjid DUN Meru.

Semangat berlatih berkawad untuk pertandingan perbarisan. Bukan nak sangat menang, tapi kecoh je lebih. Biasalah orang perempuan bila buat kerja. Riuh sekampung tapi habuk tarak ha ha.. Peserta dari umur 17tahun hingga 60 an...tapi nampak happening je kan..

Kebetulan dalam kumpulan kami ada seorang Sarjan..Sarjan Azma yang bertungkus lumus ajar kami berkawad yang tak pernah sampai tahap memuaskan. Langkah kaki, angkat tangan paras bahu, semuanya lintang pukang...

Pagi Ahad 18 Januari, di tempat berhimpun. Lebih 50 pasukan mengambil bahagian..macamana nak menang ni...


Ini pasukan muslimin surau kami. Dari awal memang meletakkan harapan pada kami..muslimat..jadi mereka datang santai-santai je..Untuk sepanduk pun dipertandingkan juga..

Yang bagusnya, muslimin kami datang bawa sarapan cucur badak dan karipap panas-panas untuk kami makan beramai-ramai di tempat berhimpun. Kami tak terfikir pun bawa sarapan bagai..tapi sempat jamah juga la bila muslimin bawa..sedap pulak tu, rugi sapa tak nak makan sebab nak jaga suara he he



Masih atas padang. Pihak penganjur beri taklimat..kami dok borak dan posing...ni mintak adik sekolah tahfiz grup sebelah kami ambik gambo..ustaz perati je perangai mak-mak ni...Hailer yang Che Mid pegang tu, muslimin punya..tapi Che Mid dah take over..


Ceria sokmo..itulah geng HELWA sentiasa ceria walau di mana berada, masa serius pun ceria..Kalau nak tau, yang pegang tiang sepanduk tu kembar dua beradik.. memang berat rupanya bawa sepanduk tu kan. Saat-sat akhir Sarjan Azma tukar orang..kasi mak-mak sado pulak pegang..

Papan tanda HELWA tu baru buat tengah malam sebelum tu. Che Mid lupa langsung..balik berkawad tergerak hati tengok balik peraturan pertandingan. Apa lagi, kecoh wasap grup kami tanya sapa ada papan..tiang..kertas balut..Akhirnya, Che Abang guna kotak terpakai untuk ganti papan, Che Mid print tulisan dan Ustazah Lela tolong buatkan. Tengah malam pukul 12..siap! Fuhhh..



Sedia!!! Kiri sekali tu Sarjan Azma.. tugas dia jaga kami..pergerakan tangan dan kaki..tapi kebanyakan kami jalan lenggang kangkung mak minah dari soja!! Aduiii..fras la sarjannnn..

Tapi suara tetap kuat dan bersemangat..maklumlah kami berselawat yang kami hafal..berjalan 2 kilometer ke masjid memang memancitkan..lalu trafik lite dan jalan raya yang ditutup sebelah laluan. 

Berat sungguh bawa sepanduk tu ya..Cik Enon dan Cik Ida lenguh-lenguh tangan dibuatnya..tapi semangat tetap membara..semakin dekat ke kawasan masjid, semakin kuat suara kami..ada juga penonton yang angkat tangan dan bagi tanda 'good'..ok la tuu..

Kami tak menang.... tapi kami dapat wang tunai saguhati dan sijil penghargaan dari YB Dr Rani. Daaaan..yang paling maniiiiis sekali..YB janji akan beri kami peruntukan untuk pakaian baru!! Alhamdulillah..memang kejutan betul. Tak payah le kami keluar RM untuk baju baru nanti..duit tu boleh guna untuk program lain..

Bergambar sebaik tamat perbarisan..ada rupa penat ke..tak kan tak kan..control itu penting maaaa..

Ni barisan ahli warga emas dan hampir-hampir emas...Jangan tak tau, warga emas la yang kuat semangat, yang mudo-mudo ni pun malu tau..stamina tak padan dengan umur. Terutama bonda Che Mid yang spek paling glamor tu..

Walaupun mentari semakin bersinar dan menyilaukan tetapi kami tetap sonyum sokmo

Inilah antara ahli Helwa yang hadir, ada beberapa orang lagi yang tak dapat ikut serta sebab uzur dan ke luar kawasan. Terima kasih semua ya.. sanggup turun awal pagi mewakili surau dan taman tercinta. Semangat setiakawan paling mahal dan istimewa, terpelihara sekian lama..insyaallah kekal selamanya. Aamiin. (Oh ya..nak tempah marhaban..call je Che Mid di 013-3672459)

Oh ya..si budak kecik Deeja dah sekolah tadika tahun ini. Lima tahun dah umur Deeja..kejap je kan.


Deeja dan besfrennya.. ikut juga masuk perbarisan. Jenuh juga kejut awal-awal pagi lepas Subuh. 



Semasa berarak..entah mana baris, mana langkah..tapi respek pada cikgu-cikgu yang sanggup 'heret' sicomel-comel ni ...

Otw balik...lelap kepenatan...


Ok..tu je untuk hari ni..ma'as salamah..wa illaliqa'



19 comments:

  1. bestnya Che Mid... kat bandar2 yg ramai orang muda macam Che Mid ni masih ada lagi perarakan macam ni... kat kampung saya dah takder dah.. paling ada pun perhimpunan tengah padang atau masjid dan berselawat reramai... lepas tu makan nasi gulai kawah pakai talam ramai2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Najib..tempat Che Mid ni di Klang..kampung dekat bandar..penduduk kat sini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Anak tempatan dan juga orang luar yang berhijrah. Taman perumahan sentiasa bertambah. Muafakat membawa berkat kan..meh le datang Klang..

      Delete
    2. aduhai jauhnya Klang... kalau ke KL pun bercinta nak ke Klang... bagi saya Klang tu macam German... asing sangat... letak kat Klang tu mau nanges saya tak tahu nak keluar macam mana...

      Delete
    3. Kalau datang jumpa Che Mid boleh jumpa saya sekali..
      GPS je Setia City Mall.. kita jumpa kat sana.. ;)

      Delete
  2. X pernah ada peluang nak join macam ni. Bestnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan, CM tak berapa minat nak bereksesais pepagi..tapi ahli lain memang bersemangat..ikut je la..hasilnya memang bagus dan meriah..berkumpul dari kariah 4 masjid, surau, ngo, dan sekolah-sekolah..bercampur anak-anak dan dewasa, tua dan muda..melaungkan pujian kepada Nabi Muhammad saw..Allahuakbar!

      Delete
  3. rindu deeja, dah besar ya... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je kan..bulan depan ni dah 5 tahun..alhamdulillah..

      Delete
  4. salam kak,mg kumpulan marhaban sntiasa dirahmati Allah. Tak lupa, tahniah sbb dpt baju baru, YB sponsor tu, ;-)

    ReplyDelete
  5. Tahniah dapat duit sagu hati dan peruntukkan untuk baju baru.

    Comeynya deeja dengan uniform sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat rezeki dengan cara lain..
      Oh Deeja lasak kak dan aktif sangat..

      Delete
  6. bila baca entri kak che mid ni teringat masa perarakan maudirasul jabatan,, memang seronak berjalan sambil membawa bendera dan menyanyi hihihi,,

    ReplyDelete
  7. Meriahnya Che Mid... Sungguh Aina cemburu dengan aktiviti kejiranan Che Mid. Seronok tengok dan lagi seronok kalau dapat menyertai aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  8. cantiknya combination biru pink...

    ReplyDelete
  9. Tahun ni taman perumahan saya tak buat perarakan masa Majlis Maulidurrasul.

    Dah jumpa destinasi percutian utk kumpulan marhaban ke Che Mid?

    ReplyDelete
  10. Tahniah yer CM walaupun dapat hadiah saguhati jer. Cantik baju biru dgn pink tu. Nampak sweet sangat. Deeja sudah kepenatan tergolek dlm keta haha

    ReplyDelete
  11. meriah nya, dan tahniah kombinasi baju biru pink yang cantik, idea utk raya nanti boleh jugak ni

    ReplyDelete
  12. saya suka sekali dengan info ini . sangat menarik dan menambah wawsan pengetahuan saya . saya sedang mencari Obat Rematik yang ampuh murah dan aman kira kira apa yah ??

    ReplyDelete