Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 11 March 2015

Riadah Helwa 2015 di Embok Village Port Dickson - Rawi 1

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian

Kumpulan Marhaban Helwa telah mengadakan program Riadah HELWA 2015 pada 7- 8 Mac2015 sebagai penghargaan kepada  semua ahli yang bertungkus lumus menyertai pelbagai jemputan dan program kebajikan Helwa. 

Susah juga mencari tempat yang boleh memuatkan 30 orang dengan kos yang kami mampu. Lebih suka dengan satu tempat yang besar untuk semua orang dari dipecah-pecahkan ikut bilik atau apartmen. Syarat lain yang kami tetapkan ialah tempat itu mestilah mempunyai samada kolam renang sendiri atau pantai sendiri. Akhirnya terjumpa Embok Village ini yang terletak di Batu 10, Blue Lagoon. Pada yang teringin menempah boleh lah hubungi Puan Ina di 012-2978212. 

Ini gambar promo kami. 

Sedikit perkiraan sebagai panduan sekiranya ada antara sahabat yang merancang untuk bercuti secara berkelompok seperti kami. 

Sewa banglo dengan 'private beach' ialah RM1800
Pengangkutan dari Klang - PD - Klang ialah RM1200
F & B untuk 30 orang - minum petang, makan malam dan sarapan pagi mengikut menu yang kita minta ialah RM38 seorang disediakan oleh pihak Embok Village.
Jadi kos seorang ialah lebih kurang RM130 sahaja.
Kos tambahan lain seperti sukaneka, hadiah dan lain-lain juga perlu diambil kira.

Kebetulan Che Mid ada job mengacara di Melaka pada hari Sabtu, jadi tak dapat ikut serta naik bas. Cuma sampai di PD lewat petangnya.

Dari 38 orang ahli Helwa ada beberapa orang yang tak dapat hadir tetapi ada yang bawa anak dan ada yang bawa cucu. Para suami semua kena tinggal dua hari satu malam. Jangan mare ye bang!! Ladies only!!

Suasana dalam bas...i miss this moment...waaa!! Kak Raayah yang depan sekali tu... cekalkan hati meninggalkan anak yang menanti saata bersalin. Sampai je ke PD, kak Yah dapat tahu anaknya dah masuk hospital. Tapi cucunya itu cuma lahir selepas Kak Yah balik dan tiba di hospital. Lega...





Bertolak dari taman kami dalam pukul 10 pagi. Berhenti di Pantai Batu 4 untuk makan tengahari. 

Dah jadi kebiasaan kami bertukar-tukar bekalan. Rozi bawa sambal cili api pedas gila hingga dapat gelaran sambal dari 'neraka'. Che Mid juga yang melepas rasa sambal neraka tu he he

Sampai di banglo kira-kira pukul 2 petang. Ini pemandangan betul-betul dari banglo.




Pemandangan banglo dari arah pantai


Halaman banglo yang luas


Baru selesai sukaneka masa Che Mid sampai. Lelaki dua orang tu Farhan dan Haziq, team Che Mid ke Melaka. Mereka berdua tolong set up pa sistem dan projektor untuk acara malamnya. Farhan jadi imam solat maghrib dan berlepas balik selepas makan malam.

Sukaneka yang riuh rendah dan meriah di tepi pantai. Acara bermula lepas solat Asar dan minum petang. 


 
Wajah-wajah eksaited nak bersukaneka dan berendam dalam ayaq laut..

Pertandingan kupas dan makan telur rebus


Rozi tengah makan telur, yang Rahimah punya tak pecah pecah..aduii camne boleh camtu yek?

Mak-mak budak tiup belon...dah jadi macam budak-budak


Ada yang terbaring..ada yang tertonggeng..



Ini muka berlumur tepung ...Ani berbaju biru PIC sukaneka. Good job babe!

Nak ke mana tu Suhaily..mata dah tertutup tepung pulak ke..


Apa ke hal bercumbu dengan straw pulak kak Idah dan Jah...kat belakang tu Suhaili dan Zuraidah pun comolot gak..


Si Baity ni makan biskut tapi tak boleh pegang dengan tangan. Memang gelak sampai terkucil bila mak-mak bersukaneka...Terima kasih pada Ani PIC sukaneka. Good job babe!


Program malam - makan malam dan penghargaan. Wah..gaya Che Mid dah macam ustazah gitu..perashannn!. Rozi PIC untuk majlis malam tu.


Ahli duduk lepak santai. Pihak banglo siapkan ruang tamu ini sebagai ruang solat dan rehat yang luas.


Che Mid membuka majlis dengan mengimbau semula sejarah penubuhan Helwa kira-kira 13 tahun dahulu. Bermula sebagai sayap wanita untuk persatuan penduduk taman kami tapi selepas KRT ditubuhkan Helwa bertumpu khusus untuk marhaban dan kebajikan sahaja. Tayangan slaid menunjukkan aktiviti kami ditayangkan kepada ahli. Alhamdulillah, kumpulan kami semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat dan luar. Tak kering tangan menerima tempahan apatah lagi bila promosi dilakukan oleh Yahanana Events.




Di selang selikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian anugerah kilauan mas (ahli veteran), meletops helwa (ahli paling rajin dan semangat), top ups helwa (ahli yang selalu bawa anak-anak untuk meramaikan ahli). Juga penghargaan untuk perawi, pembaca doa dan pemandu kereta. 

Hadiah sukaneka juga disampaikan untuk kumpulan dan individu. Yang menyampaikan hadiah di tengah tu..mak Che Mid..sanggup tinggalkan adik Che Mid yang baru 3 hari bersalin demi Helwa dan kawan-kawan..sayang mak!


Cik Siti menerima hadiah kilauan mas..walaupun dah berusia tetap setia dengan Helwa






Dan yang paling buat kami tergelak sampai terkucil ialah bila tiba acara tayangan gambar-gambar kahwin kami. Melihat fesyen pengantin berpuluh tahun dulu dan saiz badan kami yang melebar hingga ada yang tak boleh cam..aduii...riuh rendah kami ketawa sampai terbaring-baring.. ( tak boleh tayang banyak gambar kat sini sebab kualiti tak elok dan banyak tak tutup aurat..hu hu)

Majlis tamat sebelum pukul 12 tengah malam. Sambung beradu dan bersedia untuk program awal pagi esok.

Ok, stop kejap ya..Che Mid nak solat Dhuha dan sidai kain kejap. Nanti sembang lagi..

Ma'assalamah wa illalliqo'

17 comments:

  1. Meriahnya..
    Dah lama tak bersukaneka macam ni.. ;)
    cik nikon pun berabuk sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian Cik Nikon..kena bawa jalan-jalan tuu he he

      Delete
  2. Kak zai tergelak bab tunjuk fesyen pengantin berpuluh tahun tu. Mungkin masih ada yang slim lagi kot hehe....

    Kadang2 tengok juga album kahwin gelak sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ada yang masih tak berubah wajah dan slim lagi kak.. memang gelak sakan ha ha

      Delete
  3. camera apa awak gna che mid.terang giler...cantik gambar2 awak.

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee meriahnya semua bergembira beriadah bersama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..memang sesekali berkumpul tanpa suami he he..mengalahkan budak tecik

      Delete
  5. ASSALAM SESEKALI BERSANTAI DGN GENG N DIPENUHI ACARA MENARIK BEST TU..

    ReplyDelete
  6. assalam cik mid,seronok tengok mak2 beriadah..tiup belon lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. tiup belon, tiup tepung..pastu terojon dalam air..

      Delete
  7. heheheh kalau tgk gamba dolu2 mmg rasa kelakar.
    Tp esok2 musti anak2 kita gelakkan kita pulak adoi malu nya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..masa kita kawen perasan kita yang paling cantik kt dunia..anak-anak tengok balik esok aduii buruknya..

      Delete
  8. Tak pernah dengar Embok Village ni. Nampak mcm seronok jugak kalau dpt gather gather dengan family ni....kan CM...tp tulah kalau adik beradik sporting mmg best

    ReplyDelete
  9. nampak rukun punya keluarga kaya gini..
    Khasiat Jelly Gamat Gold G treating Disease Obat Rematik

    ReplyDelete
  10. salam puan...nak x dapat nk tgk gambar2 nye....sudah di delete ke? atau hanya saya je yang xdapat tgk

    ReplyDelete