Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 27 March 2015

Selepas 30 Tahun ..sama tempat sama gaya

Assalamualaikum sahabat semua!!

Hari Sabtu pagi yang indah, di Tasik Shah Alam nan luas...


Kami membesar bersama tasik ini..dulu panas tiada pohonan tinggi


Kini redup dengan dedaunan dan pohonan rendang. Nun di seberang tasik..bangunan pencakar lain tumbuh bagaikan tiada henti..

Hamboiiii...bukan main lagi mengayat ya..sape yang punya sejarah silam di tasik Shah Alam tentu tersenyum sumbing baca entri ni he he

Sebelum kahwin bergurau senda di tasik ni, bila dah kahwin bawa anak main kat sini..Tapi sebenarnya Che Mid dan beberapa kawan baik sehidup semati ada misi khas datang ke tasik ni. Memang perancangan telah dibuat agak lama..jadi kena pastikan geng semua boleh turun almaklumlah ada yang tinggal jauh ada yang dekat.




Dari kiri, perkenalkan sahabat-sahabat dari kecil Che Mid. Dari kiri Cikgu Maznah (Shah Alam), Rohana (Dubai), Roszana (Klang), Aina (Ampang), Che Mid (Klang) dan Manisah (Gopeng). (Gambar tu Khadeeja yang snap...ok kan)

Persahabatan kami tak pernah putus dari sekolah rendah. Bila bercuti semester kami pastikan akan dapat berjumpa dan mengunjungi satu sama lain. Bila dah berkahwin pun kami cuba juga berjumpa bila balik kampung terutama masa raya. Sekarang masing-masing dah berumur 49 tahun dan anak-anak ada yang bekerja dan berkahwin.

Ini dia master mind yang beria-ia buat plan, Rohana mengambil peluang sementara balik ke Malaysia sekejap. Punya 'excited' malam pun macam tak boleh lena..Seawal jam 7.30 pagi, Rohana dah keluar rumah dan bawa sekali air teh o panas, pinggan dan cawan dan tikar. Kemudian Rohana 'kutip' kami seorang demi seorang. Mula-mula Rohana kutip Aina yang bermalam di rumah ibunya dan ambil sarapan yang ditempah awal di kedai abang Aina. Nasi lemak sambal kerang dan telor goreng. Ditambah dengan luih muih lain.

Lepas tu, mereka kutip Roszana di rumahnya, Manisah dan Maznah yang juga bermalam di rumah mak masing-masing. Akhir sekali ambil Che  Mid dan Deeja. Kereta MPV 5 seater sempit untuk kami bertujuh (dengan Deeja) tapi tak mahu bertukar kereta lain. Nak juga bersempit-sempit. Masuk je kereta dah berderai-derai gelak tawa kami.


Che Mid bawa sambal hitam yang dimasak oleh kawan baik, Mazlina Mat Som. Ramai kawan nak merasa..

Sambil bersarapan mulut tak henti-henti bercerita tentang kisah silam. Soalan seperti, " Kenapa kau tak jadi kawen dengan sianu.." Atau " Macamana kau boleh kawen dengan suami kau? " dan macam-macam lagi soalan cepu emas terpantul keluar.

Bila matahari semakin tinggi, kami terpaksa berhenti berborak  untuk misi seterusnya.

Misi mencari lokasi...henfon ditangan jadi panduan.

Sambil-sambil tu tengok dulu kami berfoto macam budak kecik...Siapa jadi fotografer? Samada si kecik Deeja atau orang yang lalu berjoging  yang jadi 'mangsa' kami. 



Berdiri atas batu tinggi..angkat kaki sambil 'control' diri supaya tak jatuh ke belakang..

Ini Deeja juga yang ambil gambar. Deeja akan beri arahan posing yang macamana kami harus buat. Tak padan dengan kecik!





Deeja bagi arahan untuk kami buat bentuk pistol..

Kebetulan terserempak dengan pelajar UNISEL yang sedang kutip derma untuk rumah anak yatim. Deeja tengah cap jari membentuk daun..

Bergambar ramai dengan anak-anak UNISEL..

Ok..sekarang Che Mid nak bagi tau apa misi sebenar kami sampai sanggup turun pagi-pagi ke tasik Shah Alam. Tengok gambar bawah ni...

Ini gambar kami ambil 30 tahun lepas. 6 orang berderet atas jambatan berlatarkan masjid biru. Masa tu umur kamu lebih kurang 20 tahun..tengah cuti semester kut. Ada yang study di UITM, Maktab Perguruan dan Amerika.


Taraaaa! Ini gambar terbaru kami yea yeahhhh!!..Posisi berdiri dan lokasi betul-betul sama...cuma saiz kami je yang melebarrrr...


Posisi seterusnya..berdiri atas batu-batuan ni. Dulu remaja boleh le panjat dan berdiri tanpa masalah kan.. pokok-pokok kat belakang tu pun macam anak dara sunti..masih membesar..

Taraaa! Gambar sekarang..orang dah rendang seiring dengan pokok-pokok yang merendang..Malu juga terpaksa abang yang berjoging untuk ambik gambar ni. Mula-mula dia macam keberatan..yalah tengah syok-syok joging tetiba kena berhenti. Tapi bila kami terangkan yang kami datang dari jauh (ada yang dari obersi lagik) baru nampak dia ok. 


Kami tak jumpa tempat ni..dah 30 tahun kan..dah reput ke..ubah suai ke...



Tapi kami posing jugak atas bangku panjang ni...jadilah...Rohana takde dalam gambar..jadi dia yang tolong shoot. Tengok balik gambar lama dan pastikan kedudukan 100% sama. Tangan ke mana..henbeg ada ke tak...cuma saiz yang melebar tak dapek nak tolong ha ha ha

Ada banyak lagi tempat kami ambil gambar dulu, tapi kami tak larat berjalan keliling tasik tu. Lagipun masing-masing nak cepat balik, ada urusan lain. Tapi kami memang sukaaaa sangat misi ni menjadi. Sampai 2-3 hari selepas tu rasa seronok tak hilang lagi. Terima kasih sangat pada adik-adik yang tolong ambil gambar kami ya. You made our day gitu. 


Berazam untuk datang semula 10 tahun akan datang..moga Allah panjangkan umur kami..oops..berapa umur kami masa tu ek? Masuk 60an...oh noooooo!!!


Penat bergambor kami pekena abc baik punya di Seksyen 2, Shah Alam..Lepas tu masuk kereta lagi..pok pek pok pek lagi sampai ke rumah..begitulah kami.

Sekian, Ma'asalamah wa ilalliqa'






23 comments:

  1. Nostalgia yg cuma dikembalikan dlm ingatan CM
    Kakak yg baca dan tengok pun boleh senyum apa lagi yg terlibat - seronoknya CM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak habeh-habeh senyun kak Zakie

      Delete
  2. amboi CM.....
    alhamdulillah...ikatan persahabatan masih terjalin hingga kini. susah nak cari tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Anim..terus terpelihara dari kecil sampai jannah..

      Delete
    2. bagi menjawab pertanyaan CM, boleh rujuk SINI, SINI dan SINI
      pjg sangat nak jawab...

      Delete
    3. ala, tak link pulak..CM p kat entry saya tu. saya update entry

      Delete
  3. Hahah....tak boleh imagine macam mana gegak gempita dan meriahnya kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ho ho ho..dunia kami yang punya...Deeja yang keboringan ..

      Delete
  4. walau dah lama berlalu, ingatlah cara2 posingnya... terbaeklah che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami scan gambar lama dari album..pastu bawa ke lokasi. Cari sampai dapat..

      Delete
  5. wah..ini baru betul betul nostalgia che mid..seronoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...memang nostalgic moment sungguh!

      Delete
  6. Senyum sampai telinga kak zai. Boleh pulak buat posing macam muda2 dulu. Tahniah kekal hingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Kak Zaitun kena cari kawan lama gak ni..

      Delete
  7. Tempat dating da tempat jogging saya tu kakak

    ReplyDelete
  8. sedapnya sambal itamm!!. i loikeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan masakkan..jadi bawa ke sana untuk kawan-kawan lain rasa..

      Delete
  9. Antara kenangan terindah abad ini.....moga persahabatan yg bauk berkekalan till jannah...Roszana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Roszana..love you so much

      Delete
  10. Masha Allah... bestnya! kenangan terindah ni...

    ReplyDelete