Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 28 April 2015

Bubur Som-som

Assalamualaikum wbrk sahabat semua! Harap sihat dan ceria ya..

Lama Che Mid tak update dan ronda-ronda, batuk hampir sebulan tak baik-baik. Deeja pulak demam on off pulak...

Bila dah rasa sihat ni mula la mood nak melayan tekak. Hari ini Che Mid dan borak pasal bubur som-som. Ada yang tanya resepi membuatnya. Jom layan mata jom...





Bahan-bahannya:-

Sepeket tepung beras
3 kotak kecil santan kelapa
sedikit garam
2/3 helai daun pandan
Air

Cara-cara membuatnya:-

Masukkan semua bahan dalam periuk besar, cairkan dengan air sehingga lebih cair dari bancuhan tepung goreng pisang. Kacau hingga tepung larut dan sekata (tidak ketul-ketul).
Lepas tu panaskan atas dapur dengan api sederhana. Kacau sentiasa utk mengelak dari berketul-ketul. bila mula pekat, perlahankan api dan kacau lagi hingga tanak. Kalau rasa tak cukup air, tambah air panas. 
Cara untuk tahu bubur dah tanak dan masak, bila kacau bahagian tepi periuk, bubur tak melekat. 
Lebih kurang setengah jam juga la mengacaunya..
Tuang dalam acuan atau bekas ikut suka. Biarkan sejuk. 


Air gula:-
Hancurkan sebuku gula melaka, masukkan dalam periuk.
Campurkan secawan gula merah dan dua cawan gula putih (manis ikut suka)
Masukkan air dan kacau hingga mendidih dan gula hancur sebati. 

Banyak yang akan kita dapat dengan sepeket tepung beras. Kita boleh sedekahkan pada jiran-jiran juga.


Ini Che Mid tuang dalam bekas comel hadiah orang kawen..simpan dalam peti, pastu time makan boleh ambik satu-satu..berulang-ulang makan youuuu...sejuk kat tekak. Tapi ada juga yang suka makan suam-suam, macam maka taufu fah..

Bubur som-som yang elok masaknya akan 'kenyal' dan elok membentuk. 

Seminggu lepas tu..Che Mid buat lagi sepeket sempena beday Farah dan Faris. Tapi masuk dalam bekas empat segi besar macam tu je.  Siapa nak makan, kena hati-hati senduk dan sirap dengan air gula. 

Nota: Biasanya orang Jawa akan masak bubur ni selepas kenduri walimah. Khas untuk orang yang rewang atau penanggah. Bubur ini dipercayai dapat memulihkan tenaga yang hilang selepas berpenat lelah menjayakan kenduri. 

Tu je..jaga diri semua..ma'assalamah..wa illaliqo'

25 comments:

  1. Kalau buat bancaan (bukan bacaan - itu buku) pun kadang org buat bubur som-som ini CM. Lepas walimah tu dipanggil nyepassari hihi... tak tahu pergi tanya mak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan kak. Tapi si tukang kacau bubur ni memang stres la..sekawah besar tuuu..

      Delete
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. salam kak..saya tak pernah rasanya makan bubur ni... nanti boleh lah nak cuba..:)

    ReplyDelete
  3. Sedap bubur som-som ni... saya pun suka... lagilah rasanya yg lemak2 manis. Sesuailah untuk org lepas demam membangkitkan selera makan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang tak demam pun suka la Sweetie hi hi...berulang-ulang lagi ..

      Delete
  4. Memang sedap bubur som-som ni.. tapi tak pernah buat sendiri..
    Selalu makan bila kawan pejabat yg Jawa bawa bila ada portluck tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...tu dah tepek resepi boleh le cuba..

      Delete
  5. teringat masa mngandung anak sulong mengidam nak makan bubur somsom tapi x bagi tau sesiapa ...bukan tak boleh buat pun tapi yang di idam yang dijaul satu kedai tu aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM pun pernah macam tu..mengidam bubur ni mak sendiri buat. Mak mertua pulak offer..tak sama...

      Delete
  6. Kak zai suka buat pada bulan puasa, antara kuih wajib buat makan berulang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh simpan dalam peti dan makan portin by portion..tahan lama pulak tu..

      Delete
  7. Menu ni kalau dhidang untuk berbuka puasa mesti laku kan kak... Semoga segera sembuh kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah..

      Delete
  8. Semoga sihat selalu Kak Mid..

    Saya memang peminat bubur som som, pernah merajuk sebab mak silap buat, dia buat bubur cha cha pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai merajuk ya..ya lah dulu-dulu memang mak-mak je yang nak buat bubur macam ni..

      Delete
  9. Nampak macam mudah je nak membuatnya Che Mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahannya mudah tapi nak dapat kan taste dan texture betul-betul jadi tu susah sikit..

      Delete
  10. ada jugak yg buat perisa pandan,kan...

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum che mid....kak lama betul tak singgah...saya sibuk sikit menguruskan taska baru...internet pun kurang laju.Mana sempat jenguk blog.Tak sempat tak delah.Bubur som2..sodap ni...

    ReplyDelete
  12. Salam che mid... Nampak sedap je som som ni... Eija tak pnh cuba dan tak pernah mkn.. Hihi

    ReplyDelete
  13. Salam che mid... Nampak sedap je som som ni... Eija tak pnh cuba dan tak pernah mkn.. Hihi

    ReplyDelete
  14. Salam che mid... Nampak sedap je som som ni... Eija tak pnh cuba dan tak pernah mkn.. Hihi

    ReplyDelete