Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 23 April 2015

Sayang suami?? Baca ni sampai hadam

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN MU MEMBERI PINJAM NIKMAT SUAMI
Jom belajar berterima kasih kepada insan bergelar suami...
6 ALASAN, MENGAPA REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI
1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.
2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.
3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.
4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.
5.Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Seddangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.
6.Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.
Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai. Cukup dengan mendapat "Redha" daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan bersabarlah terhadapnya.
(Habib Amri hafizahullah)

8 comments:

  1. Mekasih atas perkongsian kak. Sapa tak sayang suami ☺

    ReplyDelete
  2. Salam kak...
    Alhamdulillah di kurniakan suami yg sgt memahami... TQ para suami... hehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih che mid sudi berkongsi.
    Syukur alhamdulillah kak zai dianugerahkan suami yang baik dan bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  4. tentunya sayang suami cik mid walaupun dah berpuloh2 tahun bersama....betul lah kadang ada masalah sikit pun nk mengadu sedangkan dia lagi banyk bebebanan yg kita tak tau.

    ReplyDelete
  5. Sy pon sayang suami..sentiasa berdoa moga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat..smuanya dengan ketentuanNya

    ReplyDelete
  6. ya...syurga isteri terletak pada redha suami...
    mudah2an kita sentiasa ingat itu...

    ReplyDelete
  7. Sayangnya, bukan semua isteri bertuah dapat suami yang begitu tulus. Tapi, tugas dan ikhlasnya sang isteri tetap berlangsung seadanya...

    ReplyDelete