Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 5 June 2015

Lain Majlis, Lain Citarasa

Assalamualaikum sahabat semua dan selamat bercuti pada yang jalan-jalan cari makan dengan anak-anak dan keluarga. Musim cuti sekolah juga musim kenduri..tak hilang bau nasi minyak di tangan gamaknya he he.

Hari ini Che Mid nak kongsikan sikit majlis kawen yang lain dari biasa. Tapi bukanlah majlis gah sakan, cuma majlis biasa tapi pengantin cuba merealisasikan impian perkahwinan mereka. Mungkin ada tambahan sedikit dari segi modal tapi yang pasti 'homework' dan usaha  juga kena lebih seperti mencari petugas-petugas tambahan, kostum dan alatan. Jom tengok..

Majlis yang pertama ialah majlis persandingan ala pertabalan Raja Melayu. Diadakan di rumah pengantin perempuan.  Perarakan masuk pengantin didahului dengan barisan pendekar lengkap berbaju Melayu dan bertanjak.

Che Mid tak pasti samada pengantin lelaki ini memang berketurunan raja atau bukan. Dalam gambar kelihatan pengantin sedang mengucup keris. 

Perisytiharan atau pertabalan Raja Sehari 

Doa selamat 

Pembawa alat kebesaran Diraja


Tiupan dari sejenis alat muzik selepas perisytiharan pertabalan.

Che Mud dan Farah mengacara majlis sempat bergambar dengan Chef Fikri yang menjadi salah seorang pegawai Istana. Sedondon pula kami he he..

Majlis berjalan dengan lancar kerana kami dah berbincang awal walaupun hujan turun semasa pengantin tiba. Che Mid tambah dengan bersyair sewaktu acara menepung tawar pengantin. Ramai tetamu tertarik dan menumpu perhatian sewaktu acara berlangsung. Tahniah pada pengantin lelaki yang bertungkus lumus menjadikan impian itu realiti. 

Majlis kedua ini pula berlangsung di dewan. Bukan pengantin yang sama..orang lain. Adik ipar pada kawan baik Che Mid. Juga bertemakan adat tradisi Diraja Melayu.





Perarakan masuk Permaisuri menggunakan tandu. Anak-anak buah yang menjadi petugas mengangkat tandu. Juga siap berbusana sesuai. 

Mujur pengantin perempuan je yang naik tandu. Kalau dua-dua sekali, mau pengsan si tukang tandu..

Tu dia pengantinnya. Tentu gembira sangat dapat bersanding dengan cara yang diingini. 


Pengantin diapit oleh dayang dan pengawal istana..

Tengok pelaminnya..penuh awan larat dan ukiran Melayu..tentu bukan sedikit usaha pengantin mencari butik pengantin yang boleh menyediakannya. Namun berbaloi rasanya kan..


Majlis ke tiga ni..stail 'Garden Wedding' tapi diadakan di rumah sendiri. Menggunakan apa yang ada di halaman rumah dan dihias dan tokok tambah dengan bunga-bungaan dan props. Hasil simple, cantik tapi elegan. Ini adalah majlis walimatul urus anak lelaki Inani Creative. 


Lampu dan bunga hiasan bergantungan di laman..



Bunga-bunga palsu diolah dengan pokok-pokok asli dan selang seli dengan gambar pengantin..seolah menggamit tetamu duduk sambil tersenyum manis..

Lagi bunga-bungaan di laluan..ada tong tembikar ..


Di meja santapan beradab.. amboi makcik pengantin ikut naik seri duduk celah mungee..

Adik beradik pengantin dan ayah-ayah saudara lepak dengan props..vespa lama..beg-beg lagej lama dan basikal tua..


Pinkies...emak pengantin duduk tengah. Yang lain-lain tu mak sedara yang vouge dan gojes.


Tak cukup pencahayaan..tapi ala-ala manja gitu kan.  Majlis ini tak jemput ramai, cuma 500 orang sahaja. Jadi boleh bayangkan majlis ini santai dan tak kecoh. Eksklusif untuk keluarga pengantin, besan, sedara dan kawan rapat saja.

Itu dia..beberapa majlis yang cantik dan lain sedikit...tepuk dada tanya selera..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau layari fb Yahanana Events ya..Ma'as salamah, wa ilalliqo'

13 comments:

  1. Mesti meremang jer masa pertabalan tu kan kak. Saya baru nak mula memenuhi jemputan minggu ni..Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he..akak tak le meremang sebab dah tau..dah dalam plan. Tetamu lain la kut meremang hi hi

      Delete
  2. perghh....macam istiadat raja2 la pulak ye...siap bertandu ...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah raja sehari..akan dikenang sampai bila-bila. Boleh pulak cerita pada anak cucu nanti..

      Delete
    2. Kan..tercapai persandingan impian ..boleh cite kat anak cucu nanti..

      Delete
    3. Kan..tercapai persandingan impian ..boleh cite kat anak cucu nanti..

      Delete
  3. Nampak meriah dan gah majlis...tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pernah jumpa juga pengantin yang tak tau apa-apa..orang lain uruskan dari a - z..mujur salam tok kadi nak buat sendiri ha ha

      Delete
  4. wahh..mmg lain drp yang lain la...
    ska tgk songket pengantin pakai..2-2 cantik sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek kata..apa yang pengantin pakai memang cantik je kan..teringin nak pakai songket lagi ke he he

      Delete
  5. Lawa pengantin perempuannya dalam persalinan warna biru tu.

    ReplyDelete
  6. rambut sama hitam.. poket keluarga pengantin lain-lain.. hihihihi

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete