Tahun ini giliran beraya dengan keluarga mertua. Tapi kami berkumpul bukan di Lipis sepertimana biasa sebaliknya beraya di rumah Alang di Shah Alam sebab Atuk dan Wan dah tinggal dengan Alang. Semua 5 beradik dapat berkumpul sekali di hari raya pertama.
Kami dari Klang, Ateh dari Raub, Acam dari Keramat - solat sunat hari raya di tempat masing-masing sebelum ke Shah Alam. Lubis dari JB dah sampai Shah Alam malam sebelum tu.
Lepas solat Jumaat Ayan dan isteri ikut kami ke Shah Alam.
Cucu-cucu lelaki Atuk dan Wan ...segak dan ramai yang dah besar..\
Cucu-cucu perempuan Husainchiks
Menantu-menantu Husainchiks
Keluarga Ateh Rosdan dari Dong, Raub
Keluarga tuan rumah, Alang Fadilah di Shah Alam
Keluarga Lubis dari Johor Bahru..
Keluarga Acam Mastura dari Keramat
Sepupu-sepupu solehah yang cuns dan anggun..
Kali ni kami dapat duit raya dari kak Ain... terima kasih ya
Deeja & Azyan...
Alahai comel anak dan menantu ibu..
Menyelit je ibu ya...
Azyan kena tutup mulut rapat-rapat sebab gigi dah tak cukup hiiii...
Petang raya pertama tu juga berkumpul di rumah Che Mid di Klang..
Gambar paling tak semenggah...
Ini pun sama gak..
Pagi raya memang kelam kabut sungguh..pagi-pagi raya ke surau sebelah rumah je. Lepas tu balik dan bersiap untuk ke Shah Alam rumah Alang. Biasanya kami beraya dan bermaafan antara keluarga kami bersekali dengan yang lain-lain. Tiba di Shah Alam, sesi bermafaan sedang berlangsung, kami pun terus masuk barisan bersalaman dengan Atuk, Wan dan yang lain-lain. Lepas tu sesi bergambar-gambar yang riuh rendah tu pulak.
Rupa-rupanya kami terlupa sesuatu!! Che Mid dan keluarga tak bermaafan lagi!!
Selamat hari raya Che Mid...
ReplyDeleteMeriah tengok keluarga che mid ni...
Alhamdulillah tengok FIL dan MIL che mid tu sihat lagi..
Oohh cam ne boleh terlupa pulak keluarga sendiri bermaafan hehehe :)
Syawal dah menuju penghujungnya CM.
ReplyDeleteSalam aidil fitri dari kakak - maaf zahir batin
Bila dah kecoh dan ramai sangat memang boleh lupa utk bermaafan utk keluarga sendiri
Apa pun rasa kakak semua dah saling memaafkan - setiap hari dah maafkan sebelum tidur kan.
Tahun ni saya beraya secara sederhana je.. tapi Alhamdulillah dapat berapa bersama keluarga kedua-dua belah.. ;)
ReplyDelete