Kita sembang pasal aktiviti marhaban hari ni.. Kumpulan Helwa sentiasa cuba memenuhi permintaan para ibu yang nak buat majlis cukur jambul atau aqiqah. Sampai kadang-kadang kami tak cukup tangan. Kami terpaksa imbangkan waktu bermarhaban dan waktu dengan keluarga. Tak boleh lah, sebelah pagi pergi marhaban, malam pun nak pergi juga. Tapi silap tuan rumah ni, kadang-kadang dah tempah tarikh kenduri, baru cari kumpulan marhaban. Kalau tak dapat penuhi, baru gelabah cari kumpulan sana sini. Bukan senang nak cari kumpulan marhaban sekarang ni. Dan tak semua kumpulan marhaban ada fb atau blog untuk mudah 'dijumpai'.
Tips - Kalau betul mahukan kumpulan marhaban hadir, tempah dulu. Dah confirm boleh hadir pada tarikh yang dikehendaki, baru tempah katering atau jemput tetamu. Banyak kes yang Che Mid jumpa, dah last minit baru cari kami, lepas tu minta tolong carikan ganti. Kalau musim cuti sekolah, memang payah nak cari..biasanya orang dah tempah kami awal-awal. Ataupun kami yang tak terima sebab ahli-ahli ada komitmen lain.
Jom cuti mata sat!
Buai si kecil..cantik!!
Macam-macam stail dan kreativiti terserlah!
Tips : Sekiranya ruang tamu kita sederhana sahaja, dan tetamu pula ramai, Che Mid nasihatkan jangan tempah set berendoi yang besar. Kadang-kadang sampai separuh ruang tamu. Cantik memanglah cantik tapi 'defeat the purpose' sebab baby pun bukan nak tidur sangat dalam tu. Akhirnya 'membazir' duit je. Pada Che Mid, cari yang comel-comel je saiznya atau paling baik buat sendiri.. Jimat dan yang paling penting, baby selesa.
Beg cenderahati
Bertemakan 'bees' atau lebah. Jadi kami diminta pakai jubah hitam dan tudung kuning.. ok la tu..masuk tema gak he he. Majlis ni di Aman Perdana. Kalau tengok betul-betul, boleh nampak yang ibu baby (yang dukung baby) dan yang no dua dari kiri gambar adalah pasangan kembar. Yang kiri sekali tu, nenek baby..anggun gitu kan..
Abang kacau adik ..hi hi
Ruang 'candy bar' kesukaan Deeja.
Kawan Che Mid, Ruzzi, suka ambik gambo makanan..
Dengan tuan rumah
Kakak Farah geram tengok si abang ni
Ada baby yang boleh tidur lena dalam buaian. Tapi kadang-kadang disebabkan lampu kale-kale kat belakang tu, ruang jadi panas.. baby tak suka..
Tahnik baby, jika baby belum makan selain dari susu ibu.
Gambar wajib diambil selepas selesai majlis
Dengan nenek baby..Cun tuuuu..! (Kita suka baju ni..macam sweet je)
Ruzzi ambik pic ni hak..
Satu perkara yang seronok dengan kumpulan ni ialah kami selalu dijemput di waktu pagi. Dalam pukul 10 macam tu. Dan majlis kami akan selesai sebelum pukul 12 tengahari. Masa tu hidangan dah siap tetapi tetamu belum ramai. Kiranya, kami 'merasmikan' majlis makan-makan. Timing memang sedang elok untuk makan tengahari. Jadi selalu dapat yang terbaik dan tersedap. Enjoy betul...rasa so spesel. Alhamdulillah.
Tapi, kami pernah juga mengalami keadaan kurang baik. Marhaban dah habis, tapi makanan tak mai lagi...Kami tak kesah, boleh je tunggu asalkan takde program lain, tapi tuan rumah la malu dan gelisah. Mintak maaf banyak kali..
Tu diaaaa..pinggan Cik Ruzzi kita penuh!!
Haaa! Yang ini pun spesel gak. Istimewanya kerana, ahli keluarga tuan rumah pun ikut duduk sekali baca yaasin dan tahlil. Kebetulan ada salah seorang ahli keluarga hafiz. Jadi dia yang mengimamkan bacaan. Inilah sebaik-baiknya. Kan Allah kata, doa yang pasti sampai pada orangtuanya ialah doa anak soleh kan. Kadang-kdang sedih juga kami, bila kami baca yaasin dan tahlil, tapi keluarga dok ralit kat dapur atau sembang sesama sendiri. Hii..rasa nak je jerit, " Meh duduk sini..baca sama-sama. Inikan untuk ibu abah awakkk!!".
Amboi sukanya makcik-makcik ni. Begitulah kami.. dah lebih 10 tahun sama-sama dalam satu kumpulan. Tetap setia bersama. Sesekali berkumpul, kami berselawat Nabi, baca Yaasin. Insyaallah pahala dapat, ukhwah pun berkat.
Ada juga suara sumbang yang kami dengar. Buang masa je keluar ikut marhaban ni. Duk rumah lagi baik. Tidak mengapa, kami ok je.. Sekurang-kurangnya bila kami duduk berhimpun buat majlis tahlil, samalah dengan majlis zikir, sebab ada al Fatihahnya, ada selawat, ada tasbih dan istighfarnya. Kalau Che Mid duduk rumah je, berapa kali selawat agaknya. Baca Fatihah pun ketika dalam solat je kan. Sekarang kami biasakan baca asma ul husna dalam pembukaan majlis. Lama kelamaan kami hafal juga nama-nama Allah yang 99 tu. Akan datang mungkin akan baca doa Dhuha pula. Secara tak langsung, ahli-ahli akan terdidik dan terbiasa dengan hafalan dan boleh diamalkan di rumah atau semasa bersendirian.
Gambar di halaman rumah. Che Mid sayang setiap ahli-ahli marhaban ni. Sanggup tinggalkan rumah dan keluarga, apatah lagi yang bekerja. Semoga Allah terima amalan kita semua ya. Sebagaimana kita berbondong keluar rumah untuk memenuhi jemputan majlis orang, begitu bergandingan tangan lah kita nanti masuk ke jannah. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Aamiin.
Goodies lagi
Wanita-wanita anggun Helwa tersayang..
Ruzzi!! Mintak sikit..
Yang atas tu rasanya kambing golek. Tentang kambing golek ni pun ada istimewanya juga. Dulu-dulu ramai tak makan kambing aqiqah kan. Tapi kami ni selalu sangat dijamu dengan kambing golek. Macam dah jadi trend pun, memenuhi sunnah pun ya juga kan. Dari mula-mula takut-takut nak makan kambing, sekarang kami dan jadi peminat kambing he he. Kadang-kadang hampir setiap minggu ada jemputan dan setiap minggu kami dijamu kambing...
Uniform terbaru. Jubah hijau..
Dua orang budak kecik ni dah ikut bermarhaban dari dalam perut lagi. Membesar dengan marhaban juga. Ikut je ke mana kami pergi. Biasa ahli marhaban yang ada anak kecil akan juga buatkan baju uniform yang sama atau seakan-akan. Matching gitu.
My Faiqah Khadeeja dan masuk 6 tahun.. Merajuk dia kalau baju tak sama ibu.
Ruzzi!!.. sekarang dessert pun yummy!
Cenderahati ..
Deko di pelamin berendoi... macam-macam adooo..
Tema ungu..
Dengan tuan rumah yang cari kami di goggle.
Ini majlis pengantin. Kami bermarhaban di atas pentas, hadapan pelamin. Jika majlis seperti ini, Che Mid akan olah sedikit pengisiannya dengan perbanyak selawat dan qasidah.
Jumaat ini 13/11/2015, kami akan ke Puncak Setiawangsa. Ke majlis khatam Quran Cik Afzan Idiana Dato Azri. Di sana nanti, kami akan mengiringi khatam Quran di dalam rumah, kemudian bernasyid di bawah khemah meraikan tetamu. Semoga semuanya berjalan lancar dan tuan rumah puas hati.
Pada sesiapa yang nak kami hadir di majlis anda, hubungi Che Mid di 013-3672459.
Alhamdulillah! masyukkk tu.
ReplyDeleteCamtulah che mid... kalau dengar cakap orang apapun tak jadi... pada saya org macam tu... dia cemburu... opsssst.
lama x intai blog che mid ni...
ReplyDeleteSaya tetingin nak tubuhkan group marhaban mcm Che Mid ni. Mcm rasa seronok pulak. Penuhkan masa terluang.....tp tulah tak cukup orang, ramai yg kerja.
ReplyDeleteYelah Che Mid....nenek vouge gitu....
Deeja jugaklah untung dpt ikut ibu kemana mana....Esok boleh ganti Che Mid ek
ReplyDeletePelan2 upgrade yer kak. Dr Asna Ul Husna..hingga doa Dhuha. Nnt pelan2 masukkan amalan lain. Saya pun kalau hr biasa, boleh tertinggal zikir. Kalau dlm jemaah, bersemangat sikit. Comel sungguh la Deeja ni.
ReplyDeleteSalam singgah Che Mid!
ReplyDeleteMembalas kunjungan katanya. Bagusnya ada kumpulan marhaban macam ni. Adalah juga bagusnya perhabiskan masa ikut kumpulan marhaban macam ni. Paling menarik tertarik tu uniform banyaknya ^_^
Terima kasih, sukanya saya jumpa blog ni... Tqvm C.Mid
ReplyDelete