Sejarah percintaan kita
Tak seindah orang lain
Penuh liku dan airmata
Hampir putus di hujung jalan
Kau pernah hilang pekerjaan
Leherku pernah dihinggap pisau
Demi menegak sebuah ketulusan
Diijabkabul dalam kekurangan
Hati berbaur bahagia dan sayu
Memulakan rumah tangga
Tanpa apa-apa harta
Tapi kau bawa Firdaus
Di sisiku ada Farhan
Pernah kawan datang bertandang
Sedih melihat keadaan kita
Cuma karpet lama menghias ruang
Tapi kita tetap ketawa riang
Perlahan menapak alam rumahtangga
Satu tangga ke satu tangga
Berbaur suka dan duka
Farah dan Faris menambah ceria
Faiqah Khadeeja melengkap cerita
Dan Firdaus pergi dulu bertemuNya
Kau bukan yang pertama
Insyaallah kau yang terakhir
22 tahun bahagia tercipta
walau tidak sesempurna mana
Satu hari kebahagiaan ini akan terhenti sementara
Relakan aku pergi selamanya
Kita jumpa semula sebagai bidadari syurga
Di sana kekal selama-lamanya
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 23 tahun zaujiku Fazli Husain..
Permata hati dari kiri : Farah, Farhan, Faris (riba) dan Firdaus (anak tiri tercinta meninggal 2004)
Bidadari kecil kami - Faiqah Khadeeja.. 5 tahun
23 tahun - semakin teguh
Ya Allah.. Bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.
Sedih baca nukilan Che Mid..
ReplyDeleteSemoga ikatan ini berkekalan hinnga ke syurga..
Selamat ulang tahun perkahwinan Che Mid..
Dulu pernah cemburu dengan orang lain.. kenapa lah orang lain boleh je bercinta sekali terus kahwin dan bahagia.. kenapa aku ni diuji begitu sekali. Tapi sekarang syukur sangat2.. Allah mahu kita susah dulu. manisnya sekarang
Deleteselamat ulangtahun che mid..moga kekal hingga jannah..
ReplyDeleteterharu lak bc nukilan indah..:)
Aamiin Ya Robb. Allah maha tahu apa yang terbaik buat hambanya..
DeleteSelamat ulangtahun cik mid,moga Allah akan memberikan kebahagian hingga ke Jannah.
ReplyDeleteTerharu baca catatan cik mid tentang nostalgia silam....liku2'itulah sebenarnya jalan menuju kebahagiaan kini.
Tepat sekali Saniah.. kena sabar banyak-banyak..
Deleteamin..amin..amin..moga rumahtangga akak dirahmati Allah..
ReplyDeleteTerima kasih Perdu Cinta..
DeleteTerharu sekali saya che mid! tahniah atas ketabahan mengharungi segala rintangan demi sebuah cinta dan kasih yang di perjuang dan di pertahankan.
ReplyDeleteBagaikan sebuah novel kehidupan. Memang teringin mencoret dalam blog ini sebelum menutup mata, buat tatapan dan pedoman anakcucu. Bukan mahu membuka aib, tetapi mengongsi pengalaman yang mungkin orang lain boleh belajar darinya..
DeleteBegitulah adilnya Robbuljalil
ReplyDeleteSetelah puas dibebani ujian
cahaya indah menyusul lebih panjang nikmatnya
selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak.
Barokallah..
TAHNIAH...SELAMAT ULNGTAHUN PERKHWINAN...PENGALAMAN PAHIT KEHIDUPAN JADIKAN KENANGAN MANIS INSYAALLAH....
ReplyDeleteselamat ulang tahun cikmid, semuga kekal bahagia sehingga ke jannah..
ReplyDeleteChe Mid..kita adik zaidi lah Che Mid.. ;)
ReplyDeleteSelamat ulangtahun perkahwinan...moga berbahagia hendaknya
ReplyDeleteTahniah Che Mid...Selamat ulang tahun perkahwinan...
ReplyDeleteHappy anniversary Che Mid...
ReplyDeleteMoga berbahagia hingga ke Syurga.
Happy belated anniversary che mid semoga berbahagia dan kekal selamanya.
ReplyDeleteSedih kak Zai baca.
semoga jodoh hingga ke jannah..amin..
ReplyDeleteSalam n happy Monday. tahniah che mid, mog kekal bahagia hingga syurga yer amin2
ReplyDeleteSenyuman manis terhias di bibir cuba menghapus susah-payah yang hadir..
ReplyDeleteMoga Che Mid dan hb kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)
Alhamdulillah kak.. Tahniah ya..moga terus berkekalan hingga ke syurga..bahagia selamanya...amin..amin
ReplyDeletesupreme
ReplyDeletebirkin bag
balenciaga trainers
moncler jackets
yeezy boost 350 v2
golden gooses
curry 6
a bathing ape
kd shoes
balenciaga triple s
replica bags in pakistan replica bags aaa quality joy replica bags review
ReplyDeletey2o09n1x06 e1c41f7c13 v2r85l0a15 g5m64u0f86 i7m99o8i47 z4t83g1q64
ReplyDelete