Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 16 December 2015

RM10 jee.. pusingan kedua

Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi sekalian.

RM 10 je ... Sumbangan untuk anak-anak yatim dan miskin pusing kedua selamat dijalankan.

Pagi 7 Disember 2015. Dengan sahabat setaman, Zuraidah dan Cik Nah, kami ke pasaraya ANK, satu pasaraya bumiputera yang terdapat di kampung Che Mid. Bulan lepas kami ke NSK, pasaraya milik orang China, kali ini kami cari Melayu punya. Sebelum tu kami ke bank sekejap untuk keluarkan duit, kerana ada sahabat yang bank in ke akaun. 

Seperti yang dijangka, banyak barangan bersaiz besar atau borong takde kat sini. Samada memang tak jual ataupun takde stok. 

Semasa menghubungi Puan Hafisah, pengurus rumah kebajikan yang akan kami ziarah, dia kata jarang orang tanya tentang peralatan pembersihan seperti sabun cuci baju dan pencuci lantai. Dan kami belikan barang-barang tersebut. 

Apakah perasaan membeli belah untuk sumbangan anak-anak yatim? Zuraidah kata, " Nikmatnya subhanallah, tak boleh digambarkan. Lebih seronok dari beli untuk diri sendiri rasanya.."

 Terpaksa ajak si bujang Faris ni, tugasnya untuk angkat barang-barang berat ke kereta. 

Sedang kami shopping, ada dua orang masuk ke pasaraya yang kebetulan Che Mid kenal. mereka berdua pun tak ketinggalan menyumbang untuk anak-anak yatim ni. Alhamdulillah. 

Mendapat kerjasama penuh dari senior staf di situ untuk mengira jumlah barangan dan menghubungi pemilik pasaraya yang tiada di premis pada masa itu untuk dapatkan diskaun.  Staf itu juga mencadangkan supaya kami menulis surat rasmi dengan senarai barangan supaya mereka dapat menyediakan lebih awal dengan potongan harga sekali. Insyaallah lain kami kami datang lagi ya dik!

2 bungkus besar mi hun, 6 bungkus nasi impit dan kacang tanah, 2 kg kacang hijau, gula merah dan santan .. boleh buat mihun goreng, nasi impit kuah kacang dan bubur kacang kan... tentu suka anak-anak kita makan nanti.. 

Masa kami membeli belah, rupa-rupanya anak-anak dari rumah tersebut tiada di rumah. Mereka sedang diraikan dengan ronda-ronda Shah Alam dan Sungai Buluh sempena cuti sekolah ni. 

Penat shopping, kami tak a break dengan minum-minum di gerai Kempas. Pernah Che Mid ceritakan dulu. Cik Nah dan Zuraidah memang tak pernah ke sini. Lempeng dah habis ... rugiii..

Pecal yang sangat sedap..

Pukul 2 petang, kami bergerak ke Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku. Berdekatan dengan rumah kami, tak sampai 10 minit perjalanan. 

Papan tanda jelas terpampang di hadapan rumah. Boleh hubungi nama dan nombor di atas untuk info lanjut ya. 



 Kereta penuh dengan barangan. Masih ada juga yang menghulurkan wang tunai di saat akhir. Jadi kami singgah lagi ke Pasaraya ANK untuk menghabiskan baki wang tunai. Memang tak mau simpan baki langsung. 

 Faris tak dapat ikut, digantikan dengan anak Cik Nah, Faisal Hadi al Hafiz yang bercuti dari belajar di Indonesia. Bulan ini kami dapat hampir RM1000. Alhamdulillah.. dari RM10 jeee... he he



Pusat Jagaan Nur Ekhwan mempunyai 25 orang anak-anak lelaki sahaja dari darjah 1 hingga 12 tahun. Mereka tidak menerima anak-anak 12 tahun ke atas kerana tidak mahu ada percampuran dengan anak-anak yang masih kecil. Pusat Jagaan ini diurus oleh Ustaz Zairi dan isterinya Ustazah Hafsah. 


Pada masa kami ziarah, anak-anak ramai yang telah pulang bercuti ke rumah waris masing-masing, cuma tinggal beberapa orang yang berumur 12 tahun, meniti hari-hari akhir sebelum pulang terus kepada waris mereka. 

 Kami berbual di dalam, anak-anak bergambar dengan abang Faisal di luar rumah. 

 Majlis Perbandaran Klang, baru sahaja menghantar tilam terpakai dan beberapa biji bantal. Ada juga penderma yang baru menyumbang kain langsir dan kain tebal yang sesuai untuk dijadikan sarung bantal. Sebagai pendapatan tambahan, ustazah Hafsah membuat dan menjual telekong. Anak-anak ini juga diajar menjual roti yang dibuat oleh kakak Ustazah. 

Ruang belajar dan ruang solat.

Jalan menghala ke dapur. Rumah ini merupakan rumah teres setingkat 3 bilik lot tepi yang telah diubah suai. Ada tandas di luar rumah dan dapur memasak di ruang tambahan. Rumah ini dimiliki seorang hamba Allah yang membenarkan dijadikan rumah anak yatim secara percuma. Namun perbelanjaan lain dicari sendiri oleh ustaz dan ustazah. 

Rak baju

Baju Melayu dan baju sekolah. Anak-anak juga mempunyai baju khas untuk bersolat. 

 Ingatkan buat apa tu.. rupa-rupanya anak-anak ini buatkan kami teh o. Ustazah menggunakan konsep gotong royong, sama-sama memasak dsb, dan ada jadual untuk melakukan kerja rumah. 

Ruang tepi rumah.. luas untuk aktiviti sampingan

Team kami yang turun padang hari ini - Ustazah Hafsah berjubah ungu gelap. Seorang yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar dan kental menjaga anak-anak kurang bernasib baik. Anak-anak sendiri sanggup diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya supaya boleh memberi tumpuan khusus untuk anak-anak terpinggir ini. Masyaallah, tabarakallah. Che Mid memang tabik habis pada orang-orang seperti ini. 

Sebelum mengundur diri, Che Mid nukilkan di sini salah satu cerita Ustazah Hafsah. Bila ditanya, macamana dengan perbelanjaan harian seperti lauk pauk basah, ustazah kata, mereka beli di kedai biasa je secara tunai. " Tetapi rezeki budak-budak ni memang murah, rezeki tak pernah putus. Ayam sekali masak 5 ekor untuk makan tengahari dan malam. Ada je orang yang menghantar ayam. Ikan pulak, ada seorang Cina bagi PERCUMA setiap minggu. Sebab dia tahu untuk anak-anak yatim. Sejenis ikan 10 kg dah siap siang". Allahukbar.. Che Mid dengar meremang bulu roma. 

"Lagi satu, budak-budak tak memilih makan. Buat cucur tepung kosong pun laju je makannya." Anak-anak kita??? 

Akhir kata, doakan Che Mid dan kawan-kawan terus istiqomah. Impian Che Mid, andai nanti Che Mid dah tak berdaya, ada orang lain yang akan teruskan.. sekurang-kurangnya pahala sebagai pencetus program ini akan tetap Allah beri. Aamiin. 





9 comments:

  1. chemid n frens sentiasa istiqomah melakukan kebajikan untuk anak yatim suka hati kak mendengarnya terasa teringin nk menyumbang sama. moga rezki anak2 yatim ni sentiasa Allah murahkan n permudahkan.

    ReplyDelete
  2. Sayu ati tengok bebudak tu dah pandai buat Teh .. Che Mid. Alahaii.. Moga ceria hendaknya hidup mereka.. walau telah kehilangan tempat bergantung. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Sayu ati tengok bebudak tu dah pandai buat Teh .. Che Mid. Alahaii.. Moga ceria hendaknya hidup mereka.. walau telah kehilangan tempat bergantung. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Mulianya hati ustazah menjaga anak2 ini,semoga hidupnya sentiasa dirahmati.
    Juga cik mid dan rakan2 yang baikhati bersedekah pada anak2 yatim ni ...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semoga apa saja yang dilakukan akan mendapat ganjaran dikemudian hari.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...tgn yg memberi lebih dari yg menerima....moga kite sentiasa mengingati mereka yg kurang bernasib baik.....

    ReplyDelete
  7. Moga Allah membalas keihlasan hati CM dan sahabat sahabat yg menyumbang.

    ReplyDelete
  8. Rezeki mereka tetap ada. Syukur kepadaNYA.

    Che Mid.. Pasaraya tu dah dekat dengan rumah saya.. ;)

    ReplyDelete