Alhamdulillah, sumbangan bulan ini telah selamat diserahkan seperti mana yang dirancang. Maahad Tahfiz Darul Itqan al Muhammadi, Batu 40, Sabak Bernam, telah ditimpa musibah kebakaran paa Mac lepas. Mudirnya ialah Ustaz Sharif 012 3524420.
Sebaik kenderaan kami masuk ke perkarangan, sayu hati melihat kesan-kesan kebakaran. Beberapa bilik asraman. pejabat dan stor musnah sama sekali.
Menurut Ustaz Munir, kejadian berlaku pukul 4.30 pagi. Memang ketika itu waktu pelajar-pelajar bangun tetapi 'alarm' tidak berbunyi kerana telah terbakar. Pelajar yang dah bangun menjerit-jerit mengejutkan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun api sudah sampai ke syiling asrama. Allahuakbar!.
Kami memutuskan untuk menyumbang peti sejuk 4 pintu menggantikan peti sejuk yang rosak akibat kebakaran.
Pendingin beku atau "freezer" bersaiz 5 setengah kaki. Kami dinasihatkan untuk membeli yang besar kerana adakalanya tak cukup untuk mengisi daging korban apabila musim raya korban. Kedua-dua alat ini berharga RM5141.00 hasil sumbangan sahabat-sahabat prihatin.
Kami meminta kawan sekampung (kawan atas kawan) yang tinggal di Sungai Sirih untuk membantu kami memilih alat dan menguruskan pembelian dan penghantaran. ( Dari rumah Che Mid kira-kira 2 jam perjalanan) Kerana dari sana lebih dekat. Walaupun Che Mid tak kenal, cuma berhubung melalui whatsapp dan telefon sahaja, tapi itulah ... demi kerja kebajikan, Allah memudahkan. Che Mid cuma membayar deposit dari rumah. Kemudian selepas barang tu sampai di Maahad Tahfiz, barulah Che Mid "bank in" bakinya. Penghantaran juga dibuat awal dua hari sebelum kami ziarah. Bila kami datang, peti sejuk itu telahpun dimanafaatkan. Jika tidak, pembekal barangan basah terpaksa menghantar secara harian. Alhamdulillah..
Selain dari dua barangan tadi, kami juga membeli barangan makanan seperti makanan sejuk beku. Penuh satu kotak polisterin dengan samosa, karipap dan donut.
Tu dia... dah diisi dalam peti sejuk baru.
Se karton buah epal segar
Se kotak buah oren
Anggur pun ada.. tentu anak-anak tahfiz ini suka dapat buah-buah macam tu kan..
Sedikit barangan dapur
10 papan telor - selalunya pembelian melalui orang perseorangan yang tahu kami jadikan sumbangan, akan dapat diskaun. Contohnya tauke telor ini cuma caj kami RM50 dari harga RM98. Frozen food tadi pun dapat special pack dan saiz pun besar-besar. Kata Iza, pembuat frozen food," Kakak kan nak menyumbang pada orang, saya pun nak juga menyumbang. Saya pun nak pahala juga." Masyaallah..
Perasaan sayu melihat bekas kebakaran beransur hilang dan bertukar gembira bila melihat anak-anak pemyejuk mata ini.
Semuanya bersopan dan pemalu.
Tengah basuh kain... semuanya mengelak untuk diambil gambar..he he
Semasa kami sampai, anak-anak ini hampir selesai makan tengahari.
Mak Che Mid dan Halijah bergambar dengan freezer. Sedang elok je letak di hujung bilik stor makanan.
Mudir - Ustaz Sharif - Allah.. auranya sangat kuat. Beliau cuma bercakap perlahan tapi penuh tawaduk. Sentiasa menyebut kalimah Allah.. jazakallah khair pada kami. Tersentuh sampai ke hati sungguh bila dengar Ustaz bercerita tentag kebakaran dan rancangan pembangunan semula.
Kami menyerahkan wang tunai pula, masih ada lagi baki selepas dibelanjakan untuk barangan tadi. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak tahfiz ini melalui kami, Allah swt beri RM7000 lebih walaupun sloga kami "RM10 jeee". Segala puji bagi Allah. Jazakallah khairan kathira kepada SEMUA penyumbang. Terharu sungguh atas kepercayaan yang diberi pada kami. Terbukti - The power of sadaqah and zakat, the power of love and friendship membawa kepada jalan amal.
Bangunan lama itulah yang asrama yang selamat dari kebakaran. Sekarang pelajar tinggal bersesak sedikit sementara menunggu bangunan baru dibina. Kami datang dengan tiga buah kereta, penuh dengan barangan sumbangan dan sahabat yang ingin melihat sendiri suasana sekolah. Insyaallah kenderaan yang kita naiki nanti akan berbicara membela kita di mahsyar kelak. Menjadi saksi bahawa kita melakukan amal kebajikan demi mencari redhaMu ya Allah!
Bakal-bakal al Hafiz.. Malu-malu nak dekat dengan kami.
Acik terjumpa kopiah bawah kereta... kotor dah.. tak tau sape punya.
Bersama dengan En Izat (sahabat kepada Zuraidah, bertudung kuning) yang menguruskan pembelian peti sejuk. Allah juga yang menggerak dan mendorong hati-hati kita untuk bertemu dan sama-sama bekerja membantu yang memerlukan. Perkenalan dengan En Izat ini mungkin membuka peluang kepada kerjasama lain pula nanti... mana tau kan..
Bergambar sebelum beransur pulang di ruang makan dengan ustaz dan beberapa pelajar.
Inilah sahabat antara sahabat setaman yang ikut berziarah. Mereka jugalah antara yang tak jemu-jemu menyokong program sumbangan ini dari awal lagi. Che Mid sangat percaya bahawa program sedekah seperti ini akan mengikat hati-hati kami untuk lebih berkasih sayang dan menjauhkan sifat mazmumah antara kami, maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula jiran tentangga he he. Semoga program seperti ini akan berterusan selagi terdaya.
Inilah sahabat antara sahabat setaman yang ikut berziarah. Mereka jugalah antara yang tak jemu-jemu menyokong program sumbangan ini dari awal lagi. Che Mid sangat percaya bahawa program sedekah seperti ini akan mengikat hati-hati kami untuk lebih berkasih sayang dan menjauhkan sifat mazmumah antara kami, maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula jiran tentangga he he. Semoga program seperti ini akan berterusan selagi terdaya.
Perjalanan dari Meru ke Sabak Bernam agak jauh. Tapi kami tak terasa pun jauh sebab asyik ada sahaja bahan berbual dan berjenaka. Selesai berziarah kami melepas lelah di pekan Sungai Besar. Ada juga sahabat yang tak dapat ikut tapi menghulur duit minyak.. begitulah.. walaupun kita gunakan duit sendiri, masih ada yang nak 'menyumbang' belanja perjalanan kami. Masyaallah tabarakallah..
Kami tinggalkan Sabak Bernam dan sawah menghijau dengan hati tenang. Tenang kerana puas memandang kehijauan alam, dan tenang kerana amanah penyumbang telah kami tunaikan. Tiada tinggal satu sen pun. Mohon Allah satukan hati-hati kami lagi untuk projek pusingan ke 7 pula. Ke mana.. kalau kali ini keluar daerah, mungkin yang akan datang ke luar Selangor pula? Doa-doakan ya..
No comments:
Post a Comment