Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 5 April 2016

Ziarah OKU..Pusingan ke 5 RM10 jeee

Assalamualaikum sahabat semua. 

Terima kasih atas komen di entri sebelum ni. Tapi napa ek.. gambar-gambar lawo-lawo dalam tu banyak hilang.. tak boleh buka. Pelik la.. ada sesapa boleh bantu Che Mid ke? Mohon wasap di 013-3672459. Ingatkan sebab internet slow ke ada sebab-sebab lain?  Sedih betul bila tau gambar tu lenyap camtu je..

Ok. Back tu our borak-borak. Sumbangan pusingan ke 5 untuk anak-anak yatim dan miskin telah selesai dijalankan pada 21 Mac 2016. Sangat lewat dari kebiasaannya. 

Kami memilih untuk ke Pusat Pendidikan Komuniti OKU Klang Utara, No 2, Jalan Harapan 7E/ku&, Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Selangor. Pengurusnya ialah Puan Norlida (016-6675419) 

Dikendalikan oleh NGO yang berdaftar di bawah JKM. Mempunyai 50 orang anak OKU yang berdaftar dengan rumah ini. Mereka diwajibkan hadir di rumah ini 8 kali sebulan. Setiap Jumaat dikhususkan untuk lawatan dari rumah ke rumah bagi anak-anak OKU yang tidak boleh bergerak. Alhamdulillah, rumah ni ditadbir dengan baik, cuma memerlukan dana yang agak tinggi untuk membeli alat-alat bantuan pendidikan bagi mengganti yang telah rosak atau yang baru. 



Kali ini sahabat Che Mid, Zihan bertindak sebagai penyelaras program bulan ini. Bila kami minta senarai barangan yang rumah ini perlukan, mereka kata anak-anak ini perlukan alat fisio. Agak mahal juga jika dibandingkan dengan harga makanan atau alat kebersihan diri yang biasa kami sumbang. 



Trampoline 72" with netting RM964.80  (dalam gambar atas)
Pedal Exerciser RM130
Adjustable & Folding Rellator RM420
Jumlah RM1,514.80

Zihan dah cuak dah bila tengok senarai harga tu. Maklumlah, kami cuma kempen RM10 jee kan..paling banyak kami dapat dalam RM1000. Tapi Che Mid naikkan semangat Zihan. "Takpe Zihan, doa banyak-banyak. Allah pasti tolong sebab Dia yang gerakkan hati kita.. ".

Alhamdulillah, ada dua orang hamba Allah beri RM500 seorang. Jadi kami teruskan pembelian barangan tersebut dari pembekal yang dirujuk oleh PDK sendiri. Barangan dihantar awal ke PDK dan boleh digunakan terus tanpa menunggu kami datang. 


Sehari sebelum ke sana, kami shopping sikit barang makanan untuk anak-anak istimewa itu.


Kami datang dengan dua buah kereta mewakili kawan-kawan penyumbang. Waktu melawat pada hari bekerja sahaja membataskan hasrat rakan-rakan lain untuk ikut sekali. Bergambar dengan alatan yang dibeli hasil sumbangan rakan-rakan prihatin.


Adik tu masuk dalam trampolin tu seronok sangat sampai tak mau keluar he he..


Anak ini sedang menggunakan pedal exerciser sambil dibantu petugas. Tujuannya untuk membentuk tapak kaki bagi memudahkan melangkah. Satu lagi alat fisio yang ditempah masih belum sampai kerana tiada stok. Kena tunggu beberapa minggu lagi. 

Kedatangan kami disambut meriah.. ada ucapan aluan dari salah seorang ajk. Bila ditanya kami dari NGO mana.. errr.. tergamam kejap.. he he.. kami kawan-kawan dan jiran-jiran je.. 


Kami juga diberi peluang beramah mesra dengan anak-anak syurga ini dan ibu-ibu yang sentiasa di sisi. Anak-anak remaja diberi kemahiran mengikut minat masing-masing. Anak ini menggunting kain perca yang kemudian dijahit dan dicantum-cantum.



Sangat kreatif..

Anak autis ini sedang diajar membaca

Bermain-main dengan anak syndrom down

Anak syndrom down  ini sentiasa tersenyum. Khusyuk membuat hiasan tudung saji yang boleh dijual RM10 satu. Hebat kan..


Zihan dan anak manis ini yang membuat hiasan dari kain


Suasana di luar .. masing-masing diberi 'work station'. Ada juga mahir berkebun dan bertanam-tanaman.


Anak-anak diberi makan nasi lemak yang dimasak untuk mereka. Dan kami juga bawa juadah untuk sama-sama menjamu selera.

Tu dia... sedap-sedap. Ada yang kami bawa, ada yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

Sebelum kami mengundur diri, kami suka-suka je bersolawat dan berzikir beramai-ramai. Anak-anak yang di luar ikut masuk dan duduk bersama berzikir. Ada yang cuma mampu berkata " Aaaaaa.." tapi tetap mahu berzikir. Allahuakbar.. suasana yang syahdu dan sayu. Airmata membasahi pipi keibuan kami.


Anak ini adalah seorang hafiz 30 juzuk al Quran dari sebuah sekolah tahfiz sebelum menyambung kemahiran di sini. Beliau sedang menyanyikan lagi Aku pun punya hati.. (tak pasti tajuk sebenar) dan benar-benar 'melajukan' airmata kami. 



Hasil kraftangan anak-anak dan petugas. Boleh dijual untuk tabung tambahan.





Mengagumkan sungguh - 5 orang anak muda berbaju uniform ini merupakan siswa UITM Puncak Alam jurusan Degree in Occupational Therapy yang menjalani latihan praktikal di situ. Hebat anak-anak muda ini!!

Afiq (berbaju petak-petak) adalah sepupu Che Mid yang ikut ziarah ini. Afiq pernah belajar sekali dengan anak-anak ini semasa di sekolah khas. Pertemuan ini bagaikan pertemuan dengan kawan lama pada Afiq. Am (baju ungu) asyik menangis dari pagi, katanya nakkan ayahnya. Bila dah puas menangis dan sibuk makan nasi lemak, baru Am perasan yang Afiq ada sekali. Maka bertemu dua orang sahabat OKU ini dengan penuh mesra. Hanya mereka berdua sahaja yang faham apa yang dibual dan tawakan.. Masyaallah, besar sungguh kuasaMu. Anak-anak ini nampak kekurangannya di sana sini tetapi punya naluri yang kuat. Dekatilah mereka, kita akan dapat capai hati mereka... tulus... 



9 comments:

  1. Alhamdulillah,niat murni dipermudahkan .
    Sungguh kreatif anak2'syurga ni kan cik mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang rasa sejuk hati bila dekat dengan anak-anak ini.

      Delete
  2. Assalamualaikum Che Mid,

    Semuga usaha murni Che Mid dan kawan-kawan diberkati Allah,
    dan semuga anak-anak ini dalam peliharaan Allah sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Normah

      Doakan kami istiqomah ya kak.

      Delete
  3. moga apa yg kawan, jiran & Che Mid buat ni menjadi contoh pada orang2 di luar sana termasuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ikut kami.. bulan ni kami akan ziarah maahad tahfiz yang terbakar di Sabak Bernam.

      Delete
  4. Alhamdulillah dapat menyempurnakan hajat mereka.Semoga menjadi contoh dan mendapat ganjaran dikemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih kak. Kecik sangat yang kami buat ni kak... kadang-kadang tu rasa malu pun ada nak buat entri pasal ni.. he he

      Delete
  5. Alahai, tak dapat tengok semua gambar-gambar yang ada. Che Mid, itu lagu kumpulan Revolvers rasanya, memang sedih kalau mengamati liriknya.

    Saya selalu aje nak menghubungi Che Mid tapi setiap kali keluar dari blog ni, terlupa. Allah tak gerakkan hati lagi agaknya!

    ReplyDelete