Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 24 May 2016

Ahlan Wa Shalan Muhammad Aazad Sharhan

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian.

Alhamdulillah. Che Mid telah pun bergelar nenek pada 28 April 2016. Adoii.. lamanya la baru update yaaaaa!!. Tapi takpe, janji boleh tulis dan simpan di sini untuk tatapan sahabat tercinta dan keluarga.

Dua hari dua malam menanggung sakit.
3 kali pergi ke hospital baru masuk ward.
Dua hari sebelum tu dah pergi, doktor suruh balik.
Tengah malam pergi lagi, doktor suruh balik.
Sampai rumah tak boleh tidur, esok subuhnya pergi lagi..
Farhan memandu macam F1 driver pun ada
Semua ahli keluarga risau dan tak cukup tidur..



Dalam fb Farhan.. Be strong dear.. everything will be fine.





Wajah-wajah bakal mama dan ayah.. depan kamera boleh senyum, belakang kamera berkerut menahan sakit. Kadang-kadangan tak tahan, meleleh airmata Epa. Dua malam di hospital.



Mak nenek pun sibuk nak ikut tunggu. Sampai terlelap-lelap. Ini di luar Dewan Bersalin, Hospital Shah Alam.



Pukul 12.30 tengahari.. Farhan keluar dari Dewan Bersalin tapi Epa tak bersalin lagi.  Kesian, muka tak tidur dah berapa hari. Time ni dia tak perasan ibu ambik gambar..



Tapi bila sedar ibu snap, tetap cuba tersenyum.. oh anak.. anak..



Besan Che Mid, En Osman pun sempat datang.. ikut berdebar menanti cucu lahir. Tapi kami lebih kasihan pada Epa yang menanggung sakit lebih 24 jam. Memang semua orang risau.. ngilu pun ya..

 Tak lama lepas tu Farhan masuk semula. Che Mid dan Farah ke surau untuk solat Zohor dan berdoa. Mak Nenek je tunggu.


Selesai solat Zohor, Farhan meluru masuk ke surau, beritahu Epa dah bersalin. Kami sama-sama menangis kegembiraan, syukur dan lega kerana lama menunggu.





Wajah-wajah lega di luar Dewan Bersalin



Introducing Muhammad Aazad Sharhan bin Muhammad Nur Farhan. 3.65 kg. Kena vaccum baru nak keluar budak comel ni.

Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ayah menatap anak sulung. Nak cite sikit panik punya pasal isteri dah sakit-sakit.

Malam pertama, Farhan tertinggal dompet. Dia punya risau sampai call ibu tengah-tengah malam. Ibu kata tak pe. "Nanti kalau nurse nak IC ayan camane?" "Laaa bukan Ayan yang nak beranak..kan Epa."  Ha ha

Malam kedua. Pukul 4 pagi whatsapp kat ibu, " Ibu ... Ayan kat luar ni. Kat parking.". Nape? "Kunci kereta tertinggal dalam kereta. Ni tengah cuba buka pintu la ni.." Adoii.. anak ibu ni. Dari luar nampak tenang, rupanya dalam hati panik tak tentu hala ya..

Epa terlalu lemah. Beberapa hari tak tidur menanggung sakit tapi bukaan terlalu lama. Ibu cuma boleh bantu bacakan doa dan selawat syifa'. Allah memberi ganjaran besar untuk ibu-ibu beriman yang melahirkan, bagaikan bayi yang baru lahir, bebas dari dosa. Sabar ya.. 



Maha suci Allah yang mengurniakan kami cucu yang sihat sempurna. Semoga besar nanti jadi anak soleh dan pembela agama ya sayang..

Atuk ni tak aci tau.. masa sibuk2 di hospital, dia tak datang pun (risau disimpan dalam hati le tu.)  Bila dah lahir, dia yang sibuk pot pet dengan baby.. 

Ummi Farah says assalamualaikum baby..

Abi Faris tengah bacakan doa untuk baby tu.


The Proud greatgrandnenek!! 

Cicit pertama dalam keluarga Che Mid dan suami. Mak dah jadi Onyang pada umur 66 tahun. Suka betul mak jadi orang pertama tengok cicit. Dia adalah antara yang tak tidur malam menanti berita Epa di hospital. Sempat masak nasi berlauk ayam sambal untuk Ayan sementara menunggu Epa di hospital. 

Ada kisah lucu gak ni. Mak tunggu dengan penuh setia kat bilik menunggu. Bila Farhan keluar dan beritahu dah bersalin, mak pun terkocoh nak masuk dewan bersalin. "Nurse, boleh tak saya masuk". Nurse kata tak boleh, cuma suami saja yang boleh. " Ala, boleh laaa.. saya moyang dia". Sambil tangannya mengusap bahu misi tu. Tak boleeeh. Lepas tu mak berpaling ke arah Farhan, "Tak boleh la..." dengan muka frust sungguh he he. Excited sangat tu kan..



Dengan besan, yang terkejar-kejar balik dari ofis untuk menatap cucu sebelum waktu melawat tutup.



Dah jadi nenek.. nenda.. granny.. hai macam-macam gelaran dapat ni. Pada usia 50 tahun. Ok la kan.. alhamdulillah!





"Deeja belum jadi makcik lagi. Sekarang ni Deeja jadi kakak dulu. Dah besar nanti barulah Deeja jadi makcik." Boleh ke gitu ha ha..

Suka sangat dapat tidur sebelah baby


Atuk pun dah jadi Onyang. Umur 75 tahun. Alhamdulillah. 


Ini adik Che Mid, pun baru bergelar nenek.. dalam grup whatsapp keluarga dan Che Mid dan suami, masing2 teruja mencari nama gelaran baru atuk dan nenek. Ada nenek Ain dan atuk Di, Nek Uda, Nek Ngah, Nek Adik, Nek Ucu.. maklumlah Che Mid ada 8 beradik semuanya.. macam2 ragam. 

Ini Nenek Alang dari belah  che abang..



Nek Lang and family..


Onyang Chik datang terus dari Lepih nak tengok cicit pertama. Comel je onyang dan cicit ni kan. Onyang Chik dah umur 76 tahun baru Allah bagi rezeki cicit pertama. Aazad dah boleh fokus pandang orang.. 

Farhan bagi Aazad pada Onyang Usin, umur hampir 90. Walaupun tak nampak, tapi dapat dukung dan bau wangi baby.. touching moments.. subhanallah..

Semoga Allah panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan Onyang-onyang semua untuk menyambut kelahiran cicit-cicit lain, Aamin.


Adik arwah ayah Farhan pun dah tengok cucu gak. Happy je dia. Tengok kain bedung tu. Asalnya kain batik Nek Mid. Onyang pi koyakkan sebab tak cukup bedung.. 


Baby-baby sekarang.. baru berapa hari dah boleh pegang duit..ish ish..


Dah pandai genggam jari atuk..

Dah mula aktif..


Farhan & Junior

Syukur alhamdulillah!!

32 comments:

  1. Alhamdulillah...dah selamat semuanya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah che mid..comel sangat cucu..bertuah che mid baru 50 dah ada cucu.acik dah 57 menantu pun belum ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sabar tunggu giliran ya Acik.

      Delete
  3. TAHNIAH CHEMID, FARHAN/EPA...TURUT BERKONGSIA GEMBIRA CHEMID...COMEL SGT BABY..

    ReplyDelete
  4. Tahniah bt che mid n famili...semua hepi sgt
    comelnya baby...geram nur tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu dan cicit pertama la katakan... semua happy lain macam. Alhamdulillah..

      Delete
  5. Tahniah bt che mid n famili...semua hepi sgt
    comelnya baby...geram nur tgk

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Tahniah buat Che Mid dan Farhan..
    Kegembiraan buat semuakan..
    Dapat menatap wajah yg dinantiakn tu...
    Comel betul cucu che mid tu :)

    ReplyDelete
  7. Amboi comelnya cucu che mid. Seronok memasing nampaknya. Tahniah! buat Farhan dan seiisi keluarga che mid dengan kelahiran cucu dan cicit sulung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur. Dapat juga kegembiraan dengan geng blogger .. tambah seronok!!

      Delete
  8. Assalammualaikum Aazad...subhan Allah..indah anugerah Allah..

    ReplyDelete
  9. Tahniah cik mid dapat cucu sulong dah...comel sangat.Semua sungguh teruja menyambut kelahiran si kecil ya.Tapi kan cik mid salah bagi tarikh tu 28 mei ke 28 April?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha ada yang perasan rupanya. Jap lagi tukar ya..

      Delete
  10. tahniah cikmid
    wah dpt cucu dah mesti seronok sngt ni
    syok sngt dpt cucu lah tu kan cikmid sampai salah tarikh hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni ada satu penyakit, kalau tang tarikh selalu silap ha ha.. selalu kena tegur dgn kawan2..

      Delete
  11. tahniah che mid, alhamdulillah semua selamat dan dah bergelar nenek pun..dapat rasakan kegembiraan che mid sekeluarga...comelnya azaad sharhan..:)

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak.. dah bergelar nenek..alhamdulillah... comel sgt Farhan Jr tu...
    lama juga nak tunggu baby keluar ye..apa pun semua dah selamat.. selamat berpantang buat menantu.. pasti kehadiran baby sangat2 di nanti oleh semua...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama sakitnya.. sian epa. Alhamdulillah nampaknya dah pulih dah. dekat sebulan berpantang

      Delete
  13. Tahniah che mid sekeluarga. Seronok bukan kepalang dapat cucu sulong comel pulak tu.

    ReplyDelete
  14. Tahniah CM..... Seronoklah CM ye dapat cucu. Alhamdulilah sihat comel satu pakej....Lepas ni dah boleh ganti papa bernasyid ye Azad...Yang paling best dah boleh dapat duit Raya kan Azad!

    Satu rombongan nampaknya tu CM kat sepital, memasing seronok dapat sambut orang baru.

    ReplyDelete
  15. Tahniah, Che Mid! Dah jadi nenek sekarang. Tahniah juga pada makpak baby,makpak sedara baby, atok nenek kedua belah keluarga dan onyang semua ^_^

    Saya pun dari keluarga besar. Muda-muda dah jadi nenek saudara tau. Nama glamour saya, Granny Yan gitu. Hahaha!

    ReplyDelete
  16. Tahniah akak...selamat menimang cucu..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.... Tahniah kak mid.

    ReplyDelete
  18. s4u86q0c77 x8x76h8h97 n6f46a7e78 u1l85b7k85 f5f13t7t18 i9u77l2p26

    ReplyDelete