Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 8 April 2012

Lontong

Majlis perjumpaan keluarga hari tu, Che Mid tak merasa langsung lontong. Jadi lepas geram punya pasal, Che Mid pun masak sendiri dua-tiga hari lepas tu. Jom telan air liur manyak-manyak..

Lontong orijinal .. Che Mid tempah je, harga RM 1.20 sebatang. Memang jauh lebih ummph dari nasi himpit..

Serunding daging - baki dari majlis perjumpaan hari tu yang dimakan dengan nasi ambeng.

Ha.. yang ini barulah Che Mid masak. Kegemaran Che Abang sayang - daging palembang

Kuah lontong pun Che Mid masak sendiri. Nampak tu.. tempe, kentang, tahu, kubis, lobak, suun dan kacang panjang. Che Mid akan masak kuah tu lama-lama sikit hingga sayuran jadi lembut.

Sila lah..awak satu

Saya satu. Memang sedap banget bila dah campur semua. Berulang kali makan dari sarapan sampai makan malam.. sampai puas...

26 comments:

  1. berziarah disini..dan follow skali..masakan sedap2..klu sudi ziarah blog saya..:)

    ReplyDelete
  2. salam che mid..mana nak dapat ditempat acik..semua orang jual guna ketupat segera je..ada jugak yang rebus guna plastik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. memang susah dapat lontong ori ni.. meh datang Klang.. Che Mid belanja..

      Delete
  3. Pagi2 belum sempat sarapan, buat perut Aina makin lapar.

    Che Mid boleh syer resepi daging palembang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha sementara ni, telan air liur puas-puas..

      Insyaallah Che Mid buat bagi tahu resepi nanti..

      Delete
  4. Oh... kakcik suka makan lontong dengan kuah lodeh+kuah kacang. Sedapnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka.. Che Mid malas nak buat kuah kacang, sebab selalu buat tapi jarang betul2 sedap.. lagi pun dan ada serunding daging..

      Delete
  5. wah.. terlior saya... kongsilah resepi daging palembang tu kak Hani. Nampak sedap. Tak boleh jadi ni. Nak kena buat ni. Tapi tak taulah bila nak buatnya hehehehe

    ReplyDelete
  6. waduh enakeeeee.....weekend nih kita pn nk wat la!!!

    ReplyDelete
  7. tengah telan air liur sekarang...
    suka lontong yang gitu...

    ReplyDelete
  8. memang nampak sedap, terus teringin ni...huhu

    ReplyDelete
  9. Che Mid ni dah boleh pasarkan satu buku resepi
    Mesti laris macam goreng pisang panas...atau entah2 dah berpuluh-puluh buku resepi yang telah diedarkan cuma saya tak tau aje.?

    ReplyDelete
  10. mcm menu raya pula hehehe...sy pernah mkn lontong tu kt rumah mil

    ReplyDelete
  11. chemid;mm sy pun da lama tak buat lontong...tengok lontong chemid tak menahan betoll..sok kena buat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai pun suka makan nasi impit dengan kuah lontong,tak berapa suka dengan kuah kacang.

      Delete
  12. Eh... CM mana pergi gambar header yg cantik tu? Tukar bunga semalu pulak dah.

    Lontong siapa tak suka. Bohonglah kalau tengok gambar CM tepek ni tak ngences... Sampai hati CM tunjuk sampai 2 pinggan pulak tu...:)

    ReplyDelete
  13. sedapnya...!!!!!mmng telan air liur jerlah....

    ReplyDelete
  14. Aslkm CM

    Mama teringin nak mkn lontong berdaun pisang.Kat KL mana nak cari. Hari tu ada pergi rumah jiran dikg diaorg singapore, dia guna alat khas utk bagi daun pisang tu bulat dan cantik.
    Bagilah resepi daging pelembang tu, buat satu N3 ya? sori...

    ReplyDelete
  15. salam... sedap sangat..... mak sy selalu buat tapi x mcm ni la.... terus terliur tgok cik mid punya lontong.....

    ReplyDelete