Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 23 September 2012

Che Mid @ Amanat Musikhat

ASSALAMUALAIKUM wahai sahabat-sahabat yang dirindui sekalian!! Lama benar Che Mid menyepikan diri ya.. Hari ni nak menjenguk sekejap sambil melepas rindu.

Kali ni nak berborak pasal keberadaan Che Mid di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Che Mid berada di sana selama 8 hari kerana terlibat dalam Konsert Amanat Musikhat oleh MOHRAM. Sape tak kenal MOHRAM, meh Che Mid perkenalkan..


MOHRAM adalah kumpulan muzik yang dianggotai oleh dua orang pemuzik. Mohar bermain flute/seruling dan Ramli bermain rebana. Gambar di atas diambil semasa promosi Amanat Musikhat di MHI,TV3. Kalau nak tau, kami berolak sebelum subuh untuk tiba di TV3 jam 6.30. Subuh di sana kerana "call time' pukul 7.00 pagi.

He he sempat gak mengecek gambar di Fitri..

Selain dari MOHRAM yang menjadi tunggak konsert tersebut, Farihin Abdul Fattah bertindak sebagai Pengarah Persembahan dan disokong oleh 7 pemuzik dari Kuala Lumpur dan 6 orang lagi pemuzik dari SUKTRA Terengganu.

Latihan telah pun dimulakan di studio Bsync Petaling Jaya seawal 30hb Ogos lalu dan disambung semula di studio SUKTRA Terengganu pada 10 September sehingga hari persembahan pada 15 & 16 September 2012. ( Dah tau dah kan.. nape Che Mid lama tak tulis blog nii... al sibuk al sangat... laptop yang hilang tu tak jumpa lagi sampai sekarang..)

Di Lapangan Terbang Subang sebelum berlepas ke Terengganu. Pertama kali berpisah lama dengan Deeja ku sayang..(Ada cerita mengharukan pasal Deeja yang akan Che Mid kabokan di lain entri..)

 Lihatlah beningnya Sungai Terengganu. Che Mid tinggal di Rumah Tamu TTI yang berlatar belakangkan sungai yang tenang ini.

 Bersarapan sambil menghirup udara segar pagi di tepian sungai.. tenang dan damai..Jangan tanya dah mandi ke belum tau.. terutama yang t-shirt biru tu..hi hi


 Pemandangan Masjid Kristal ketika mentari mula bersinar..Tak lepaskan peluang bersolat jamaah di masjid yang sangat cantik ini. Sayang seribu kali sayang, masjid ini cuma bertaraf surau kerana tidak ada kariah.. tapi Che Mid gunakan kesempatan yang ada untuk bertelekung berjalan kaki dari Rumah Tamu ke masjid. Buat macam di rumah sendiri.. semoga satu hari nanti masjid ini akan mencukupi bilangan pemastautin dan boleh dijadikan masjid. Alhamdulillah Che Mid dapat empat kali Subuh berjamaah di situ.. hari lain cuma solat di bilik saja sebab tidur lewat sangat.. sedar-sedar dah azan.. aduhaiiii..rugi beso..

Farihin, Cha'an, Afi dan Ammar, bersidai di luar Rumah Tamu selepas pulang dari masjid. Che Mid siapkan nescafe O panas dan biskut kering sementara menanti waktu bersarapan. Farihin memang tegas orangnya dan yang paling bagusnya, dia akan pastikan solatnya dan pemuzik terjaga, kalau boleh sentiasa ada air wudhu'.

 Inilah perangai melepaskan stress selepas rehearsal. 

MOHRAM bersedia di atas pentas ketika upacara perasmian Terengganu International Islamic Art 2012 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan. Di sebelah kanan sekali tu ialah Bahman Panahi, seorang pemuzik dan kaligrafer keturunan Iran yang menetap di Perancis.

Si pendek di tengah sedang cuba meninggikan diri kerana di apit oleh dua orang yang melampai..

 Bersantai di B Beteng selepas selesai persembahan. Kelakarnya, sedang kami leka minum, tiba-tiba dapat panggilan supaya segera ke dewan sebab Sultan nak jumpa.. fuh.. berpeluh jugalah menapak semula ke sana..Rupanya kena standby berbaris sebab sultan hampir berangkat pulang..

Farhan Azman bergambar bersama Firdaus, jurutera lampu konsert. Dah lah namanya Firdaus, umurnya pulak 26 tahun, sebaya dengan arwah Firdaus.. Agaknya kalau dia masih ada, tentu rupanya ada iras-iras ..

 Beramah mesra dengan Kaligrafer dari Jepun, Mariam dan Pakistan, Fareha. Yang lelaki tu, dah tak ingat namanya..

 Taklimat terakhir sebelum persembahan kemuncak pada malam 15hb.. 

 SHOW TIME!
Rasa penat lelah dan kerja keras berbaloi-baloi apabila melihat persembahan hebat yang diakui oleh penonton. Alhamdulillah ya Allah!

Sebahagian dari kami bergambar dengan perwakilan dari Brunei Darussalam..

Che Mid terbang pulang pada malam 17hb September, paling merindui keasyikan pemandangan dan kekhusyukan di Masjid Kristal...

17 comments:

  1. opkos la kenal Mohram- mereka kan agak popular.

    saya ingatkan ramai calligrapher untuk islamic art festival bulan 10 kat KL tu..tapi ni rupanya event lain ya..bestnya Kak Mid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he terkenal juga mereka tu kan..tapi rugu akak tak dapat tengok sgt bahagian kaligrafi tu, dok sibuk buat keje lain.. taman monumen pun tak sempat jenguk..

      Delete
  2. Dah kerja semula ya kak mid?...seronok kan dpt jln2 ..:-) walaupun penat takpe yg penting pengalaman yg berharga k.mid dpt
    jgn lama sangat menyepi dr blog ni k.mid...kami rindulaaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha.. memang rindu nak berblog ni.. tapi jadual kadang2 ketat sgt la.. cuba la mana yang termampu..jgn lupakan daku k..

      Delete
  3. Rumah tamu tu kat mana?? Tak perasan pulak. Mcm jaoh jgk kot nk menapak gi masjid tu..sebelum masuk pintu gerbang TTI tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tamu terletak paling dekat dengan masjid, tu sebab boleh jalan kaki ke solat subuh.. tapi ramai pula yang tak perasan.. bentuk rumah tu macam banglo dua tingkat, dua buah berhadapan satu sama lain, belakangnya adalah sungai..

      Delete
  4. sy dpt tgk dr jauh aritu..(masa blk kg masa merdeka dan gi antar adik sambung belajar kat terenganu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mama dtg dekat dengan pentas, mesti dapat jumpa che mid..

      Delete
  5. amboi che mid, berbunga2 jiwa bahagia terpancar di muka bila dapat bergambar ngan fitri tu yek hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooi, itu muka tak cukup tido la... ha ha.. takut tak terbangun awal, langsung tak boleh tidur..

      Delete
  6. Kak Ani baru sekali ke sini. Masjid2 yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat cantik sekali untuk dinikmati dan diziarahi.. sayang sekali kalau tidak di imarahi sepenuhnya.. rasa rugi sungguh..

      Delete
  7. terima kasih sebab sudi follow blog ciput sayer.. :D selalu2 lah jengah yer.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem kak.. eh eh ya ke kakak, entah entah adik...he he

      Delete
  8. Masjid kristal memang cantik dan indah. Apa lagi dibawahnya penuh dgn air nyaman.

    Seronok juga berjumpa mereka-mereka yg glamour ye CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kita menikmati dan beribadah di sana.

      Memang seronok bila baru berjumpa, tapi kadang kala indah khabar dari rupa.. tu yang tak best..

      Delete