Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 28 September 2012

Senda Jumaat - Wak Long Sakit

Petang semalam, tiba-tiba je adik Che Mid, Acik, telefon.

Acik           :   Akak, ada dengar cerita tak? (Suara separuh saspen)

Che Mid     :  Cite apa? Tak tau pun..

Acik           :  Ni.. dengarnya Wak Long masuk spital.. (Wak Long tu adalah bapa sedara kami SEBELAH EMAK)

Che Mid     :  Ye ke.. tak tau pun... (Selalunya apa-apa hal pasal famili, Che Mid tau dulu.. he he kepoci la katakan... eh bukan.. Che Mid ni kira macam Centre of Information la..)

Acik           :   Tadi, Abang Usu datang rumah, dia kata Wak Long masuk spital, dari semalam lagi. Kat spital Klang.. tapi acik tanya mak, dia pun tak tau... (Abang Usu aka. Ketua Kampung ialah sepupu SEBELAH ABAH)

Che Mid    :  (Sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab terus je tawar diri).. Tak pe.. tak pe, nanti akak tanya anak Wak Long ya.. nanti akak call Acik balik..)


Tanpa berlengah, Che Mid call Awa (pangkat akak sepupu, anak Wak Long tapi disebabkan dia orang lebih muda, jadi Che Mid dipanggil akak..).. tak jawab pulak. Telefon sorang lagi anak Wak Long, Alis.

Che Mid    :   Ni akak nak tanya, betul ke Wak Long masuk spital?

Alis            :   HAA?  Bila ? Alis tak tau pun...(ketawa kecik) La, abahkan memang selalu pergi spital, ambik jenazah ( sebenarnya Wak Long ni buat bisnes kereta jenazah, memang tak heran lah kalau dia selalu je ada di hospital)..

Che Mid    :   Hey, betul ni..dah ada orang datang rumah bagi tau Wak Long masuk spital. Orang tu kata Wak Long masuk sejak semalam lagi kat hospital Klang..

Alis            :   Biar betul kak... takkan Alis tak tau kut.. abah ok je nampaknya..Macam ni, nanti Alis cuba tanya-tanya.. (suara macam tak percaya je..)

Che Mid    :  Ok.. cepat bagi tau akak balik.. kang kecoh satu kampung... (Maklumlah, Wak long ni memang terkenal merata kampung, yang kasi tau pulak Ketua Kampung.. aduhaii..)


Setengah jam lepas tu, Acik telefon balik.

Acik          :     Macamana kak, dah tanya ke belum... betul ke Wak Long masuk spital..

Che Mid    :     Tak tau lagi la... (dalam telefon tu macam dengar je ada call masuk).. eh dik, ni kut Alis call.. nanti ya.

Bila Che Mid jawab je fon tu.. rupanya Wak Long sendiri yang bercakap.

Wak Long :    Ini Wak Long la... wak kat kubur ni.. antar jenazah... ha ha.... apa kecoh-kecoh ni.. Wak tak apa-apa la..


Che Mid    :  (Ikut ketawa)... Ha ha.. Alhamdulillah... abis sapa pulak yang sakit???

Wak Long   :   Ha dah dah.. ko pegi kasi tau semua orang Wak sihat. Nanti ramai pulak orang carik Wak kat spital....

Jadi sape yang sakit???

Rupanya, ada seorang lagi yang dipanggil Wak Long tapi di sepupu disebelah abah Che Mid, tapi kami tak biasa panggil macam tu... kami panggil kakak je...

Tu lah akibatnya bila nama sama orang tak serupa.. tak pasal-pasal jadi kecoh..
















17 comments:

  1. salam kak che mid!

    hadoii.. mula2 mmg saspen tp lepas tu nak tergelak pun ada ...
    gitu la skrg ni kan kak, mmg kena alert sana sini berita sedara mara masuk keluar spital ...

    semoga waklong akak sihat2 sahaja ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha yang kelakarnya tu, orang yang dikatakan sakit tu sendiri yang bagi tahu dia sihat..

      Delete
  2. alhamdulillah.. panjang lagi umur wak long tuh yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu Che Mid, wak Long memang jarang sakit.. sakit biasa-biasa tu adalah. Tu sebab sampai la ni dia masih terus memandu ke seluruh negara.. hantar jenazah.. he he

      Delete
  3. hehe mmg panjanglah umur wak long tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Wak Long memang sentiasa cool and steady..tu sebab ramai orang sayang dan ambil berat tentang dia..

      Delete
  4. Boleh bayangkan kecoh dan panik yang melanda... Konpius lagilahhhkan..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha huru hara kejap kampung Che Mid..

      Delete
  5. Syukur alhamdulillah...wak long tak apa2,semoga panjang umurnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Che Mid pun ingat nak ziarah dia jugak ni.. dah terlanjur cerita pasal dia, jadi teringin pulak nak jumpa he he

      Delete
  6. Cik Mid ni baru cerita sakit jgn bawak cerita lebih berat lak. Mau huru hara kaum keluarga. Pengajaran: kalau ada berita usul dan periksa dahulu jgn nak tweet2 tak tentu hala...ekekkee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau hal sakit dan masuk spital ni, kita jadi cepat panik kan.. jadi sape yang terlintas di kepala itu lah orangnya.. walhal orang tu sihat walafiat..

      Delete
  7. hehehe...kalau dua nama serupa memang selalu jadi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Wak Long yang benar-benar sakit tu semakin sihat hendaknya..

      Delete
  8. Mesti Wak Long yg sihat tu gelihati. Yg sakit sebab tak femes kuranglah org tahu. Kakak pernah CM bila bibik kakak masa tu beritahu Pak Uda sakit, kami bayangkan Uda sebelah hubby kakak sebab dia lebih mesra dgn kami tapi rupanya Pak Uda sebelah kakak (dah meninggal pun sekarang).

    ReplyDelete
  9. ha ha ha kak...macam2 cerita...kena double check kan kalau dapat cerita sebegini..

    ReplyDelete
  10. découvrez ici dolabuy ysl site officiel réplique louis vuitton visitez ce site Web -site Gucci Dolabuy

    ReplyDelete