Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 11 January 2013

Apa khabar Khadeeja

Lama tak berceloteh tentang Faiqah Khadeeja.. dia dah 3 tahun.. tepatnya pada 3 Februari nanti. Pada gang blogger yang selalu ikuti perkembangan semasa Che Mid mengandung dulu sehingga melahirkan Deeja, tentu rasa sekejap sangat kan. Che Mid pun rasa macam tu juga..

Tentu ramai yang nak tau perkembangan Deeja sekarang, jom tengok ni..

 Eh, apahal pulak ni? Ini sebenarnya mainan Deeja yang Ibu nak cuci .. dalam mesin basuh. Deeja panggil semuanya teddy bear. Masa ni Deeja tengah tidur..

 Bila dah siap cuci, ibu sengaja tenggekkan si penyu ni atas mesin basuh. Tunggu Deeja tengok sendiri nanti bila dia bangun..

 Heran dia tengok penyu tu kat situ, kawan-kawan yang lain dalam mesin basuh lagi.. tengok la muka budak kecik yang baru bangun tidur tu..

Lepas tu tolong ibu jemur kawan-kawan dia kat pagar rumah! 

Walaupun suka teddy bear.. Deeja tak suka sangat main anak patung.. dia lebih suka main tembak-tembak atau tengok video game masak-masak atau DIY. Kalau pergi kedai mainan, yang di carinya senapang atau robot spiderman. Buku dan komik pun suka gak. Kalau ke kedai baju, Deeja tak suka baju ada gambar Dora atau barbie.. Deeja lagi suka angry bird atau spiderman... Bila taim main pun, Deeja jenis lasak.. aduii..dia boleh bergelut dan bergolek dengan sepupu lelaki yang lebih tua dari dia. Ammar, sepupu Deeja yang berumur 11 tahun kata, " Deeja ni macam gangster!"

Deeja ada satu perangai.. kalau nak ke mana-mana, suka bawa bekal. Tengok gambar atas tu, kat Setia City Mall.. siap bawa basikal dan teddy bear sekali. Kalau dari bilik tidur nak turun bawah, biasanya Deeja akan bawa selimut ke bantal ke buku ke henfon ibu ke.. apa-apa je yang dia nak. Kadang-kadang sampai tak cukup tangan.. Pernah sekali tu, dia bawa ibu punya selimut tebal (comforter).. dia heret sebesar-besar selimut tu turun tangga!

 Suka berposing... abang Ayan pun rajin melayan.. dah macam bini si Beckham pulak ibu tengok..

 Satu lagi perangai Deeja ni.. tak takut orang. Semua orang kecik ke besar, kenal atau tidak.. kira kawan dia semua. Lagi kalau jumpa nenek-nenek.. lagi tua orang tu, lagi suka dia dekat. Deeja akan pergi dekat orang tua tu, lepas tu dia cuit pelan-pelan dan panggil, "Onyang.. onyang.. salamlah.." sambil hulur tangan nak bersalaman.

Ada sekali tu, dengan baik hatinya dia ambik buah potong, lepas tu bagi pada nenek sedara ibu sambil cakap, " Onyang, makan  buah ni tau.." Bila masa bersalaman nak minta diri, Deeja cakap lagi kat nenek sedara ibu, " Onyang, baik-baik tau."  Sejak tu, nenek sedara Che Mid tu bila jumpa Che Mid, mesti tanya, " Mana anak kau".

Kalau ada sesapa pegang ipad ke henfon yang ada gambar-gambar, memang Deeja akan mengendeng-ngendeng.. macam gambar kat atas ni..

 Abah Deeja belikan telekong untuk solat. Deeja akan guna sejadah kecik tu sekali..Tapi solat tak ikut tertib.. ha ha .. suka hati dia lah.. berdiri terus sujud lepas bagi salam kanan kiri, bangun dan mula balik..Kalau dengar doa selepas azan (dari surau, tv atau radio dalam kereta, Deeja akan pastikan semua orang tadah tangan. Kalau tak Deeja akan jerit mintak semua orang aminkan doa.

Macam tu juga bila nak baca doa makan, Deeja akan pastikan setiap ahli keluarga duduk di kerusi masing-masing baru baca doa. Tak boleh lambat .. atau kalau ada yang dah jamah makanan dulu, Deeja akan marah, " Abang Aish.. baca doa dulu lah"

 Tuu.. sibuk buang sampah atas kubur abang Firdaus..Kalau ada rumput atas kubur tu, Deeja tak kasi buang.. Dia kata, "Biarlah pokok tu kat situ.. kita buang daun-daun je la.." Betul lah kan, kan Nabi kata pokok yang ada atas kubur akan mendoakan roh simati..


 Gambar hepi beday ke dua tahun lepas. Tapi sebenarnya.. sesapa punya kek beday pun adalah Deeja punya. Bila nyanyi lagu hepi beday.. bila tang nak sebut nama je..Deeja akan sebut nama dia sendiri.. tak aci betul!

 Jelingan manja Deeja dengan sepupu, Azyan dan kak Ili Athira. Pasal tudung pulak, ibu memang biasakan Deeja keluar rumah dengan bertudung. Kadang-kadang je Deeja free hair terutama bila keluar berdua dengan abahnya (abah malas nak matching tudung la tu). Yang baiknya, Deeja tak pernah minta buka tudung sebab dia tengok ibu dan kakak tak buka tudung kat luar rumah. Kadang-kadang dia merungut juga bila panas tapi taklah sampai minta dibukakan tudung.  Bila sampai rumah je, baru Deeja tanggal tudung sendiri.


 Masa ni, Deeja baru putus susu ibu sepenuhnya sebab ibu kena outstesen dua minggu.. mula-mula susah tidur malam, tapi ibu pujuk selalu, lama-lama ok. Takde le susah sangat sampai kena cari ubat atau helah..

 Baby Az-Zahra.. Deeja sebut Ajawa.. pangkat dua pupu..Deeja kata diri dia adalah 'adik' dan Ajawa tu 'baby.'

 Seorang lagi dua pupu..boleh jadi menantu ni..

 Ini sah-sah keturunan ibu, tak boleh tengok mikforon... Deeja boleh selamba je naik stage pegang mikrofon.. konon nak karaoke lagu.. "kosong.. kosong".. (lagu Najwa Latiff).. Nasib baik kenduri rumah sedara sendiri..

 Sweet moment dengan abang Faris.. Deeja panggil abang Aisshh..

 Seronoknya makan kat tangga rumah nenek... dengan sepupu sepapat..

 Topi tu memang la padan sangat dengan Deeja.. mak lang ke mak cu belikan kat Langkawi. Tau apa dia dah buat dengan topi tu..meh.. baca ni betul-betul..

Suatu hari, abah sedang duduk tahiyat akhir solat Asar. Pelan-pelan Deeja 'pakaikan' topi tu atas kepala abah. 'Terpaksa' abahnya solat sampai habis (bagi salam kiri kanan) dengan topi tu atas kepala. Habis je abah solat, Deeja mengekek-ngekek ketawakan abah.. Abah nak marah pun tak jadi..

 Umur 3 tahun, rambut masih tak panjang mana pun..Tak pernah sekali pun Deeja potong rambut tau.. Kalau pakai baju T dan seluar, orang memang ingat Deeja ni boboy..

Shopping time.. Yang mana satu patung, yang mana satu orang ni.. 

Abah selalu bawa Deeja makan angin kat Giant atau Tesco. Satu hari, tiba di tempat perhiasan diri wanita, Deeja ambik satu barangan kecantikan, kalau tak salah jenama Safi. Deeja cakap pada abah dengan penuh gaya macam dalam tv, " Abah, ini losyen untuk WANITA" dan disambung dengan kata-kata yang dia sendiri je faham, seolah-olah sedang menerangkan tentang produk. Promoter Cina yang ada kat situ terkejut tengok gelagatnya, " Hei, you besok besar nanti boleh buat keje aunty la.."

My little precious princess... Ibu perasan satu benda.. masa kakak dan abang-abang kecik dulu, semuanya pelat bila  belajar sebut nama masing-masing. Firdaus jadi 'Daus', Farhan jadi 'Ayan', Farah jadi 'Aghah', Faris jadi 'Aish'. Tapi Deeja sebut dengan sempurna. Dia boleh sebut 'Khadeeja' atau 'Faiqah Khadeeja'. Bila bercakap, Deeja sentiasa bahasakan dirinya 'Khadeeja' atau Deeja atau adik. 

Itu cerita tentang Deeja... harap sesapa yang rindu pada Deeja suka baca entri ni...

27 comments:

  1. Deeja yg sangat sweet :) moga menjadi anak yg sentiasa mendoakan kebahagiaan ibuayah... Amin


    abah solat pakai topi tu yg tak tahan gelak... hihihi

    ReplyDelete
  2. Tu la.. maknanya abah solat kena pakai songkok atau kupiah nii..

    ReplyDelete
  3. Memang rindu sgt dgn deeja...ish ish umur baru 3thn tapi cheghedik nye mcm umur 5thn...hehe
    Bijak le org kl kata
    Moga deeja mmbesar jd gadis solehah dan dpt berbakti pd ibuayah...:-) ameeeenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Saniah nak tau, bila orang tanya berapa umur Deeja jawab.. 5 tahun.. dah sekolah..

      Delete
  4. Salam Che Mid,

    Dan besar Deeja, comel dia.

    Seronok yer bila tengok anak2 semua diberikan Allah kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak

      Akak pulak tentu suka tengok cucu membesar dengan bijak dan sihat. Orang kata, nenek sayang cucu lebih dari mak sayangkan anak, betul ke..

      Delete
  5. Bila Deeja mengenakan tudung, bertambah2 kecomelannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he bila Deeja bertudung, nampak keperempuanannya ..

      Delete
  6. Memang rindu sangat.. Sebab liza pun rindu kat anak liza Khadeeja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... kalau begitu, tengoklah gambar Deeja puas-puas ya, walaupun takkan sama dengan Khadeeja yang jauh tuu..

      Delete
  7. comel sgt deeja btudung.. a ah.. pic 1st tu lya cam confuse gak mulanya.. igtkan boy... tp bila btudung..sgt2 mnis muka dia..senyuman dia.. comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. rambut dia memang pendek sangat utk budak 3 tahun..campur dengan lasaknya.. dah jadi macam boy..

      Delete
  8. cumilnya deeja pakai tudung.. ayu sungguh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap sampai besar nanti deeja akan terus bertudung ya..

      Delete
  9. Deeja mmg fotogenik!!! mummy sayaaaaaaaaaang deeja.

    ReplyDelete
  10. suka baca n3 yag sweet ni che mid. Comelnyer deeja!

    ReplyDelete
  11. Comelnya deeja, especially gambar bertudung tu. Sebaya ngan anak dara saya lah kak. Bln 9 nih 3 tahun ☺☺. Perangai pon lebih kurang juga...tak takut orang & lasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aitt.. lasak juga ke.. macam emaknya kut he he

      Delete
  12. Assalam Che Mid..

    Selamat hari lahir Deeja, semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dan menjadi anak cemerlang dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  13. Comelnya dia...secantik namanya. Semoga menjadi anak solehah dan kebanggaan ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  14. kak, mmg nampak boy kalau tak bertudung, tp bila deeja bertudung nampak sweet sangat. Sebaya Arif anak sayalah kiranya deeja ni ya, lasak sama je nampaknya...:)

    ReplyDelete
  15. sy suka bc n3 pasal deeja. bila pakai tudung br nampak dia girl & sweet sgt. pandai gak deeja susun ayat yer kak

    ReplyDelete
  16. Bijak dan berani. Penuh self confident dan sangatttttt comel. Seronok pula tengok anak patung dia bersidai kat pagar dengan mcm2 posing.

    ReplyDelete
  17. Comelnya deeja. deeja nampak boy kalau tak bertudung

    ReplyDelete