Jom tengok gambar Che Mid semasa menjadi pengacara majlis di sepanjang cuti persekolahan tempoh hari.
'Job' pertama yang didapati dari iklan Mudah.my iaitu menjadi pengacara satu majlis graduasi sekolah agama dan tadika di Bandar Baru Bangi. Rasa 'panik' sekejap kerana tak biasa dikerumuni anak-anak kecil tapi begitu kagum dengan tenaga pengajar yang sangat sabar melayan karenah anak-anak.
Che Mid meredah hujan lebat dari Klang ke Bangi dan tiba di dewan sekadar cukup masa untuk 'sound check' dan berbincang tentang skrip dengan penganjur. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, mula dan tamat program betul-betul ikut waktu yang ditetapkan.
Sistem bunyi yang bagus membuatkan Che Mid perasan suara 'sedap' he he.. nape le muncung bebeno tu ya.. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memanggil Che Mid, walaupun di saat akhir. (Agaknya, penganjur sangat berpuas hati, kerana bayaran yang Che Mid terima adalah lebih dari yang dipersetujui.. Alhamdulillah..)
Riuh rendah suasana anak-anak dan keluarga yang hadir.
Secara spontan, Che Mid 'paksa' pengantin perempuan menyanyikan lagi selamat hari lahir khas untuk suaminya yang jatuh pada hari perkahwinan mereka. Yang sportingnya, ahli keluarga turut menyanyikan lagu tu bersama-sama.
Hamidah Jamil Thanks pada Srihawa Samsuri and family for the offer jadi emcee.. kalau tuan ramah happy, che mid pun Alhamdulillah sangat!
Testimoni dari tuan rumah. Alhamdulillah..
Kali ini Che Mid bawa anak dara Che Mid yang baru tamat SPM. Mulanya, Che Mid bawa dia untuk membantu mengendalikan notebook tu. Sebab Che Mid siapkan sekali lagu kompang, lagu ketika merenjis, lagu sewaktu memotong kek perkahwinan dan lagu latar ketika makan beradab. Tapi oleh kerana Farah mempunyai suara yang bagus, kami berdua berduet ketika berselawat dan menyanyikan lagu pengantin baru.
- Rehan Ayat Alhamdulillah... sejuk hati bila memandang dan mendengar suara anak-beranak ni.. keep it up!
Komen dari salah seorang tetamu yang hadir..terima kasih Rehan..
Selamat pengantin baru Dayah dan Mizi, semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Pengantin bersanding lewat sedikit dari jadual yang ditetapkan, tetamu mula ramai dari jam 12 tengahari tetapi pengantin berarak masuk pukul 2.30 petang.
Oleh kerana Che Mid dan Farah mula 'bertugas' dari pukul 2 petang, jadi kami bersolat Zohor dulu di masjid bersebelahan, sempat ikut solat berjamaah!. Apa pun pengantin kata mereka 'happy' dan segalanya berjalan lancar sebelum hujan lebat datang tanpa diundang..
Aitt.. Farah pun sempat berposing disebelah hantaran.. dah teringin ke?
Lain majlis lain cara dan lain ragamnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, Che Mid cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Keyakinan diri pun semakin kuat, Insyaallah.
Kepada sahabat-sahabat yang berminat, silalah hubungi kami di YAHANANA EVENTS di 013-3672459 atau emelkan ke hmj_66@yahoo.com.
Alhamdulillah....che mid berjaya mengenengahkan bakat dari ilahi utk dikongsikan bersama. Napa tak masukkan sekali persandingan nawal & farah pd tahun baru tu? Yahanana dialunkan bersama kaum keluarga pengantin lelaki mmg best!!
ReplyDeleteHe he sengaja che mid tak masukkan hari ini sebab nak buat entri khas.. tunggu!
DeleteSubhanallah,moga bertambah rezeki yahanan events. Seronok membaca pengalaman che mid. Moga sukses, ya kak! :))
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak pun tumpang seronok bila orang suka baca..
Deletewah heabtnye Che mid ni
ReplyDeleteTakde apa nak dibangga.. rezeki Allah bagi, kita saja yang kena usaha..
DeleteHighly recommended ~ Alhamdulillah... sejuk hati bila memandang dan mendengar suara anak-beranak ni.. keep it up!
ReplyDeleteTerima kasih atas sokonga tak berbelah bagi selama ini..
DeleteAlhamdulillah, semoga Che Mid bertambah suksess dan gemilang pada tahun 2013 dalam bidang pengacaraan.
ReplyDeleteInsyaallah, mana tahu kami ke Johor pulak he he
DeleteSalam Che Mid,
ReplyDeleteSeronok baca berkembangan kerjaya Che Mid. Alhamdulillah rezeki datang dari segela sudut atas kehendakNYA. Teruskan.....
Alhamdulillah.. adalah sikit-sikit.. teruskan doakan ya kak..
ReplyDelete