Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday, 10 February 2013

Aku Harap Kau Tak Baca Ni

Salam semua!

Tadi Che Mid ke hospital KPJ Klang, melawat sahabat baik (bff kut istilah jaman sekarang) yang sedang uzur. Hari Jumaat lepas dah admit, Che Mid (kunun kawan baik) baru sempat menjenguk hari ni.


Pada awalnya, Ana dikatakan mengidap fibroid. Bila scan memang nampak ada ketumbuhan besar dalam rahimnya. Kalau period memang heavy selalu dan memakan masa lama. Tapi awal dulu tak sakit, lama kelamaan mula rasa sakit dan badan jadi lemah dan tak berdaya.

Tahun lepas (ketika arwah suami masih ada lagi) Ana cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk mengecutkan fibroid tu. Tapi selepas kematian suaminya, rawatan terhenti disebabkan waktu eddah dan Ana sendiri yang malas untuk keluar rumah kecuali untuk hal-hal penting sahaja. Che Mid tak bertanya sangat tentang penyakitnya tu, tapi perasan dalam FB baru-baru ni dia kata akan berpantang makan pada Jumaat. 

Malam semalam baru Che Mid sms untuk bertanya keadaannya. Ana tak balas pun sehinggalah pagi tadi jam 5.30 pagi. Che Mid memang dah bangun, baru lepas solat sunat dan menanti masuk waktu Subuh. Sms berbunyi, Ana kata dia di hospital dan dah pun menjalani pembedahan.

Menurut Ana lagi, pembedahan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam telah berlanjutan sehingga 4 jam setengah kerana rupanya doktor mendapati penyakitnya bukan fibroid tetapi macam ketumbuhan yang disebabkan oleh darah haid yang tidak keluar habis dan melekat serta membesar di dalam rahim juga diluar rahim. Che Mid cuba mengawal perasaan terkejut bila Ana kata keseluruhan rahimnya terpaksa dibuang! (Untuk pengetahuan, Ana tak mempunyai zuriat sendiri tetapi mempunyai seorang anak angkat).

Catatan seterusnya ini khusus untuk Ana.. 

Masyaallah Ana... masa kau cakap rahim kau kena buang, selamba je airmuka kau tu.. Tapi cuma Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku di hati...Memanglah kau dah takde suami, tapi bagi aku, ditakdirkan kau masih ada jodoh yang baru mungkin ada harapan untuk merasa mempunyai anak sendiri.. tapi bila dah takde rahim, maknanya kau takkan berpeluang langsung.. Allah...

Ana, I hope you don't read this, but if you do.. ketahuilah bahawa aku sayang kau, emak dan adik-adik sayang kau.. Apatah lagi Allah swt. Dia sangat-sangat sayangkan kau ... Kuat ya sayang.. Cubaan dan ujian besar untuk engkau nampaknya belum berhenti..Tahun lepas kau kehilangan suami tersayang secara tiba-tiba, tapi tahun ini kau kehilangan harta paling bernilai buat seorang wanita.

Aku sentiasa doakan kau terus bersemangat meneruskan kehidupan. Aku jugak sangat tahu bahawa kau seorang yang sangat baik dan orang disekeliling akan sentiasa menyokong dari segala segi. Yang pasti Allah sentiasa dekat dengan kau kerana itulah Dia memilih untuk menguji kau. Allah sayang kau Ana. 

Kepada kawan-kawan yang membaca entri ini, tolong doakan Ana sama ya..

Jazakumullah..



19 comments:

  1. Salam akak...moga Allah menyembuhkan penyakit Ana.

    ReplyDelete
  2. Che mid, orang sakit ni doanya dimakbulkan Allah tau.Berat mata memeandang, berat lagi bahu yg memikul.
    Mudah2an dengan kesabaran dan sifat redha Ana ni, Allah mengangkat darjatnya..Beruntung Ana krn punya sahabat dan taulan yg menyayangi dan mengambil berat tentangnya. Semoga Ana cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid sebenarnya tak sebaik mana pun, tapi Ana memang seorang yang kuat Insyaallah

      Delete
  3. Semoga Allah akan gantikan yang lebih baik buat Ana dan semoga Che Mid terus jadi sahabat terbaiknya..

    ReplyDelete
  4. assalam che mid..semoga ana tabah dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini atau esok,Insyaallah boleh balik dan berehat di rumah.

      Delete
  5. semoga Allah menggembirakan ana dngn cara lain yg tidak kita ketahui..

    ana beruntung mempunyai sahabat seperti che mid ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Allah lebih dekat dengannya Insyaallah

      Delete
  6. TUHAN menguji hambaNYA dgn berbagai cara...mudah2an Ana tabah dan semoga kebahagiaan lain menantinya dihari muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun diuji samada mengambil berat pada kawan yang sedang sakit.

      Delete
  7. Ana memang wanita yang tabah,semoga bersabar selalu.saya doakan kebahagiannya.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum CM

    Terharunya mama. Moga dia cepat sembuh . Amin.
    Tabahkan dia.
    Terimakasih CM.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam, Insyaallah CM akan pergi ziarah dia lagi ya.

    ReplyDelete
  10. sis
    Teringin nak lepak restoran dpan perumahan sis'restoran warisan.'

    ReplyDelete