Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 4 February 2013

Anggur Malaysia

Jangan terpedaya dengan tajuk kat atas tu.. anggur yang dimaksudkan ialah .....

 Belimbing buluh Malaysia.. tengah hangat bergayut-gayut kat tepi rumah Che Mid.. betul-betul di sudut pagar. Benih pokok ni dari Kuala Lipis, mak mentua Che Mid bawa dan tanamkan. Hari tu macam kering nak mati, tapi buah tetap lebat. Sekarang daun menghijau semula.. segar bugar.. Kalau mak mentua nampak ni, mesti geram sungguh.. air tangan eh apa istilah untuk orang yang sesuai menanam-nanam ni.. lupa la pulak..

 Kalau sesapa nak petik silalah, kalau tak de sesapa kat rumah.. no hal.. capai je dari luar pagar tu..Tarik dan lentukkan dahan.. petiklah berapa banyak ndak..asal jangan melompat masuk dalam pagar dah ya..

 Che Mid dah tak larat nak perabih ni.. nak jual ke kedai, mak mentua pesan jangan jual.. kau sedekah je Insyaallah bertambah-tambah lebat buahnya nanti.. yo lah mak..

 Ha.. dah ramai yang telan air liur tu.. kalau sudi singgahlah rumah..kalau malu nak petik.. takpe..

 Mak Che Mid boleh tolong.. hari tu, dia dapat dua beg besar.. habih dia ronda-ronda kat rumah jiran .. tolong agihkan..Masing-masing konon-konon tanya, "masak apa sedap dengan belimbing ni ya.. kalau masak lemak udang sedap ni". Ada sorang tu, asal Pahang gak.. dia suka buat sambal mentah je, bubuh bilis dan bawang pas tu tumbuk kasar-kasar..masak tumis taucu pun mengancam gak..

 Che Mid pun boleh kata hari-hari masak bubuh belimbing, agak-agak sesuai je.. masuk 7-8 bijik buat ganti asam jawa atau tomato..

Hari Jumaat lepas Che Mid hantar sebesen belimbing ni ke rumah jiran jauh sikit dari rumah yang nak buat kenduri kawen.. bolehlah dia masak untuk orang rewang.. Sekarang ata pokok tu adalah dalam dua besen besar lagi yang belum dipetik.. yang gugur atas tanah pun dah banyak.. sayang la..

 Untuk menu hari ni, Che Mid telah campurkan belimbing tu dalam gulai lala ni..

Nampak tak belimbing di celah-celah lala tuuu..

Gambar ini jadi merah-merah sikit sebab dah ter'flash'..

Okaylah, sementara Che Mid menjamu selera, anda semua jamu mata je la ya..(harap-harap tak de yang pembawak budak la.. syiannn)

32 comments:

  1. Uishhh...banyakk nyer. Tak silap saya, sambal hitam orang Pahang meamng guna belimbing nie kan Che Mid? Saya selalu buat masak lemak dengan telur itik jer lah biasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal hitam.. wah tentu sedap tu tapi tak pernah makan la, mak mentua asal orang nogoghi.. nanti balik Lipeh esok Che Mid nak tanya dia la..

      Delete
  2. Assalam Che Mid,

    Mila ingat betul-2lah,anggur Malaysia..macam rumah Ustazah Laila tu..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mila, ha ha terkono .. eh meh le singgah umah ambik sikit.. hari tu antar kt umah kak Yah jln 4cc, sebesen tuu

      Delete
  3. kat depan umah mak saya kat KL pun ada poko belimbing ni.mak rajin masak buh dalam gulai lomak...sodap...kalau orang Pahang diorang buat sambal itam kan kak...buatlah banyak2 boleh bagi kat ida kat Benta ni...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada orang Pahang kt umah akak sekarang buleh le buat sambal hitam tu.. teringin gak nak rasa..

      Delete
  4. zaman sekolah rendah dulu, kami buat cuci kuku, bersih!. la, payah nak jumpa pokok ni kat kampung. kat pasar malam area sp, satu pinggan beberapa ketui pun dah rm1.00. arwah nenek dulu rajin buat halwa...sedapnya, teringat2 kat halwa dia. kalau dekat klang dgn sp tu che mid, saya naklah sebesen..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang orang blend dan minum buat ubat kencing manis dan darah tinggi kan.. akak pun pernah makan halwa belimbing tu.. tapi zaman skrg ni payah nak cari orang buat halwa ni..

      Delete
  5. Assalam Che Mid. kalau kat kedah selain buat masak lemak ngan telor itik, sedap juga dibuat kerabu atau dibuat sambal kelapa. knah pernah makan sambal itam masa balik pahang, memang sedap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, menantu makcik Che Mid orang Kedah, dia ada bagi tau boleh buat kerabu belimbing bubuh kerang tp che mid tak pernah rasa.. he he boleh bayang-bayangkan je le

      Delete
  6. salam kenal dari saya juga che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita terus bermahabbah.. jangan segan singgah sini tau

      Delete
  7. sedap nie makan cicah garam gitu saja..kecur liur haaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. makan macam tu je???? tak pernah terlintas dihati ku..

      Delete
  8. wah.. lebatnya buah..susah nak hidup ni.. sejuk tangan mak you.. aritu ada tanam tapi tak berjaga, habis daunnya gugur., pastu tukang mesin rumput ingat batang apalah ni.. habis dimesinnya.. waaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh singgah umah, ambik sejambak dua.. apadaa tukang mesin rumput tu.. tak tau beza antara pokok dan rumput ke..

      Delete
  9. wah yang ni sedap buat gulai telor itik ni che mid. takpun buat asah2 kuku supaya nampak berkilat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan lemak telour itik.. jari jemari yang kekuningan sebab terlebih kunyit dalam gulai tuuuu.. elok kita tenyeh dengan belimbing tu .. tak payah nak bermedicure.. pedicure .. buang duit je..

      Delete
  10. Banyaknya buah tu. Aina ada sepokok tapi kecik lagi dah mula berbuah jugak. Biasanya petik sedekah jiran-jiran je. Serai, pandan jangan cerita banyak walaupun tanam kat rizab longkang besar tu. Sellau jugak tau2 hilang ja tapi dah pesan dengan husband halalkan jelah sekurang2nya kita dapat pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin menanam ya.. bagus la tu kan.. kalau setakat serai sebatang dua nak buat lauk, tak payah ke kedaikan.. tapi suami che mid rimas tengok daun serai berjurai-jurai tu.. semak dia kata.. apa la kan..

      Delete
  11. memang terlior tgk asam belimbing ni.. kalau masak lemak ikan tarok belimbing buluh ni sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menu esok ikan siakap masak lomak.. dah standbya ikan tu dalam peti sejuk..

      Delete
  12. Replies
    1. Iyolah tu.. apa-apa bubuh belimbing pun sodap yoo. eh, t kasih sudi singgah sini ya..

      Delete
  13. ehm memang anggur malaysiani kalau masak lemak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul.. che mid dah naik pening ni asek makan belimbing je ha ha

      Delete
  14. wah banyak nye.. haha.. mak sy pn byk tanam pokok.. ade pkok rambutan, nangka. ramai org amek.. hehe.. boleh jdi sedekahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kawasan rumah ada tanah kosong, lebih baik tanam menanam.. tak habis makan, boleh jadi rezeki jiran tetangga..

      Delete
  15. terima kasih datang melawat blog saya & doa tu :) rindu rumah la tengok pokok belimbing ni. hee sedapnya masuk sekali dalam masak lemak.

    ReplyDelete