Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 27 February 2013

Faris Kemalangan

Awal pagi Khamis jam 12.20 tengah malam 21 Februari 2013. Che Mid baru je tidur-tidur ayam selepas menidurkan Deeja. 

Tiba-tiba henfon ibu berbunyi dari nombor tak dikenali. Pelik dapat 'call' tengah-tengah malam tapi ibu terus menjawab. " Assalamualaikum, ini mak Faris ke..?". Berderau darah bila nama Faris disebut. " Tolong datang ke Klinik Kesihatan Meru sekarang, Faris eksiden". " Macamana dia?" tanya ibu. " Nanti tengokla sendiri!". Orang tu terus off henfon. 

Abah yang dari tadi memasang telinga memandang tepat pada ibu. "Faris eksiden" kata ibu tanpa ditanya. Abah terus menjerit memanggil Farhan yang ada di tingkat bawah. 

Farhan terus keluar rumah mencari Faris. Ibu dan abah bersiap dan bertolak sedikit lewat. Di tengah perjalanan, ibu terima lagi panggilan dari nombor yang sama. " Puan dah sampai mana sekarang.. dah keluar ke belum?". Suara itu kedengaran cemas.. Ya Allah, apa yang terjadi pada Faris? Ibu cuba bertenang dengan berzikir dan berdoa. "Aku redha apa yang bakal aku tempuh Ya Allah, tolong kuatkan aku Ya Allah!" jerit ku di dalam hati. Ayat Lailahaillaanta... menjadi azimat. Abah mula cemas. Sekejapan dia mengeluh, sekejap lagi mengetuk stereng kereta. Ibu biarkan saja.. Perjalanan terasa sangat lama.. 

Sampai di  klinik yang suram dan sunyi, ibu lihat sekumpulan lelaki berada di luar pintu klinik. Ada yang ketawa kecil. melihat mereka begitu, sedap sikit hati ibu.. Keluar saja kereta, ada seorang lelaki mendekati ibu. " Ini mak Faris ya.. ha ini dompet Faris. Dia ada di dalam". Sebaik pintu dibuka, ku lihat Faris terbaring di atas 'strecher'. Kepalanya berbalut besar. Darah di mana-mana.. muka. baju, mulut.. Tangan dan badannya menggeletar.

Faris terus panggil ibu, " Sori bu.. Faris takde niat susahkan ibu.. Faris 'rush' tadi..". Ibu kata, " Takpe, Faris tenang.. ibu ada ni.." Tenang sahaja. Ibu nampak kaki kiri Faris pun berbalut dan darah banyak ..Di saat begitu, pilu ibu bila Faris bertanya adik (Deeja) mana?

Ibu pegang tangan Faris dan urut dadanya yang berombak agak kuat. Sambil ibu menenangkan Faris, tiba-tiba terdengar suara abah di belakang.. menangis. Ibu bergegas memeluk abah dan menenangkannya pula. Salah seorang lelaki yang ada di situ kata, " Bang, tenang ya bang.." sambil menyuruh abah duduk. Abah datang dekat Faris, " Abah sayang Faris tau.." sambil cium pipi Faris.

Ibu dah serah pada Allah. Melihat darah dan balutan di kepala, hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang menimpa Faris. Melihat keadaan Faris yang semakin cemas, lelaki tadi datang menundukkan kepalanya kepada Faris. Hati ibu kata, " Ya Allah, dia nak ajar anak aku mengucap ke... takkan seteruk tu.." Rupanya, orang itu cuba menenangkan Faris. Berkali-kali dia panggil Faris untuk relaks dan jangan banyak berfikir. 

Pembantu perubatan kata Faris mesti di bawa ke hospital kerana luka di kepala parah dan kaki kiri mungkin patah. Ibu iyakan saja tanpa banyak soal. Ibu menemani Faris menaiki ambulan, Abah menyusul kemudian dan Farhan pula berbincang dengan orang yang melanggar. Ibu dan abah tak masuk campur sebab hanya fokus kepada keadaan Faris sahaja waktu itu.

Dalam perjalanan, Faris asyik mengerang kesakitan. Tak tau nak buat macamana, ibu genggam tangan Faris sambil membaca ayatul Kursi. Ibu berdoa, " Ya Allah, Kau salurkanlah kekuatan ayat ini melalui ku kepada anakku. Kau kurangkanlah sakitnya Ya Allah". Begitulah ibu buat sepanjang perjalanan. 

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, pembantu perubatan menerangkan keadaan Faris kepada doktor bertugas. Doktor khuatir terdapat kaca di kepala. Faris tenang tapi tangannya menggenggam tangan ibu. Sesekali Faris cium tangan ibu. 

Pukul 2.30 pagi, Farhan hubungi ibu. Suaranya sangat tegang menggambarkan kerisauan seorang abang kepada adiknya. Ibu keluar sebentar dari bilik kecemasan dan berbual dengannya. " Macamana dengan adik tu bu.. Ayan dah tengok kereta yang langgar dia tadi.. cermin depan retak seribu, tepi kiri kereta remuk.. Motor adik lagi teruk.. Dah lah dia tak pakai topi (keledar).. Ayan tak nak fikir buruk, tapi kalau adik lumpuh nanti macamana bu.." bertalu-talu Farhan meluahkan kebimbangannya. Ibu kata, " Ibu nak sangat menangis.. tapi kita kena kuat. Takpe, Allah masih nak uji kita lagi.. ibu tak apa-apa.. As long as kita sekeluarga ada sama. Abah, Ayan, Farah ada .. kita kuat. Sekarang Farhan ajak Farah solat hajat dan baca Yaasiin. Doa untuk Faris, yang lain serah pada Allah swt.

Jam 3.30 pagi Faris selesai di x-ray dan MRI. Saat paling mendebarkan ialah apabila dua orang doktor bertugas meneliti keputusan imbasan. Ibu tak putus-putus berdoa agar tiada yang lebih buruk berlaku sambil tangan erat memegang tangan Faris. Penantian berakhir, doktor memanggil abah dan ibu perhatikan dari jauh. Terasa bagaikan saat antara hidup dan mati. Terdengar doktor cakap dengan abah yang tengkorak kepala Faris tak retak dan takde pendarahan otak. Kaki pun tak patah dan tak retak. Allahu Akbar..Kau sangat menolongku malam ini Ya Allah. Kau gantikan kerisauan kami dengan kegembiraan dan kelegaan. Mau je rasanya ibu sujud syukur di katil Faris. Tak lama kemudian, ibu terima sms dari Farah mengharap kami sekeluarga tenang dan Insyaallah, Allah akan bantu kita, tentu ada hikmah disebaliknya.

Doktor memutuskan untuk merujuk Faris ke wad pemerhatian untuk memastikan kepala Faris stabil dan tiada tanda-tanda pendarahan dalaman. Dahi Faris dijahit sebelum dia ditolak masuk ke wad pemerhatian. Di sana, dua orang doktor menunggu untuk memeriksa luka di kaki Faris dengan lebih lanjut. Ibu dan abah bercadang untuk keluar sebentar membeli air minuman untuk Faris yang kehausan namun membatalkan niat kami apabila melihat Faris menahan kesakitan apabila doktor mula membuka balutan kakinya.

Bahagian tumit dan buku lali Faris bengkak besar dan luka sana sini. Balutan kaki di buka. Rupanya dua jari kaki Faris parah. Jari sebelah ibu jari terbelah hingga nampak tulang dan bahagian bawah jari tengah terkoyak. Darah senakin banyak keluar. Namun doktor berdua tu terpaksa melihat dengan hati-hati supaya tidak silap membuat keputusan lanjut. Faris mula mengadu sakit bila doktor membelek jarinya yang terbelah. Lagi kuat Faris kata sakit bila doktor mencuci dan mencurah air ubat di atas luka. Ibu cuma mampu suruh Faris tenang dan berzikir. "Ingat apa Faris belajar kat sekolah pondok dulu.. " Faris mengangguk tanda faham tapi kejap-kejap mulutnya kata sakit.. sakit.."

Bagai terlepas siksaan, akhirnya doktor mengesahkan jari tak retak atau patah. Alhamdulillah wa syukurillah. Jururawat meminta ibu dan abah balik ke rumah dulu sehingga siang supaya Faris boleh tidur dan rehat. 

Di rumah, ibu mandi dan terus bersolat hingga subuh. Barulah airmata cemas dan syukur yang terpendam sejak tadi mengalir deras atas sejadah. Baru nak melelap mata lepas Subuh, sms dan panggilan mula masuk bertalu-talu bertanyakan hal Faris. Jadi, semalaman kami tak tidur.

Tengaharinya, Faris dibenarkan pulang. Berakhirnya episod cemas, berganti dengan jadual tambahan untuk menjaga orang sakit pula. Selang sehari kena ke klinik untuk cuci luka. Hari ni masuk hari ke lapan, jahitan di kepala sudah dibuka cuma luka di jari masih sakit-sakit.

Untuk Faris, jadikan pengalaman ini sebagai iktibar. Pada ibu, akibat kemalangan itu Allah boleh tarik nyawa Faris kalau Dia mahu, Allah boleh putuskan kaki Faris kalau Dia hendak dan Allah boleh lumpuhkan Faris kalau dia nak. Tapi Allah cuma beri luka di kepala dan kaki Faris sahaja. Ibu anggap Allah beri peluang pada kita semua untuk perbaiki iman dan amalan kita.

Ibu tak marah Faris kerana kemalangan itu berlaku Faris dalam perjalanan balik dari latihan nasyid di sekolah, bukan sebab Faris merempit atau buat tak elok. Tapi ini tak bermakna musibah seperti ini takkan berlaku lagi.. mungkin dalam bentuk berbeza. Semoga Allah pelihara kita sekeluarga hendaknya. Ameen.


Faris di dalam ambulan. Dalam keadaan kalut, ibu sempat ambil gambar..

 Keadaan Faris di wad kecemasan, selepas x-ray. Dalam mulut pun ada darah..

Kaki kiri bengkak dan jari tengah terbelah..

Untuk sahabat, maafkan Che Mid lama tak bw.. kesibukan oleh dugaan. Take care ya..




62 comments:

  1. Kak Mid, berdebar2 saya baca. Alhamdulillah...tak der kecederaan yg serius. Semoga Faris cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, t kasih kerana sudi baca entri yang panjang ni. Harap sama-sama ambil iktibar..

      Delete
  2. semoga faris cepat sembuh dan kak mid banyakkan bersabar ye..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah takde kecederaan serius Allah memelihara faris...seriau betul membaca kisah ni k.mid
    Moga faris bertambah sihat dan moga k.mid sekeluarga tabah dan sabar mnghadapi ujian ini
    Tetiba saya berderau pulak teringat anak bujang saya kat utara sana..dia pun gunakan motor utk kekelas....
    Ya Allah lindungilah anak anak kami.....ameeeenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang menunggang motosikal memang tinggi risiko kemalangan. Dulu abahnya memang pantang kalau anak cakap nak naik motor. Tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak mengalah.. akhirnya terjadi juga apa yang ditakuti..

      Delete
  4. Semoga Allah sentiasa melindungi Faris,
    Tak pnh saya baca satu entri berulang2 spt membaca entri Che Mid ni
    Sungguh mendebarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun terikut-ikut baca balik semula.. t kasih sudi baca entri panjang ni. Bukan apa, ia akan jadi satu episod sejarah dalam hidup Che Mid sekeluarga, andai umur panjang blog ini boleh menjadi rujukan anak cucu satu masa nanti.

      Delete
  5. Alhamdulillah kak...betul tu kak segala yang berlaku ni kita jadikan pengajaran...Allah masih ingin beri peluang kita hidup lagi..jangan lupa Allah...lihat besarnya pengorbanan seorang ibu...dan doa ibu tiada penghalang...saya jadikan cerita akak ni sebagai panduan hidup saya sekeluarga...sabar kak ye jadi nurse di rumah..hehehe
    semoga cepat sembuh ye Faris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. skrg tengah jadi nurse tak bertauliah.. semalam tersilap bagi makan ikan sardin pada Faris, gatal-gatal juga kakinya..

      Delete
    2. oh ikan sardin tak boleh ye...ye lah luka baru lagi tu kak...ada lah tu tak leh makan makanan yang boleh menyebabkan gatal-gatal...saya pun tak tahu juga kak

      Delete
  6. semoga faris segera sembuh
    alhamdulillah tidak begitu serius kecederaan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga masa depan nanti pun takde kesan sampingan yang memudaratkan..

      Delete
  7. Salam che mid,
    Saya pula yang sebak...
    Harap Faris, kak, dan keluarga kak sabar atas ujian yang menimpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Indah.. keadaan semakin baik dari hari ke hari

      Delete
  8. Assalam Che Mid,

    Haritu masa Che Mid call bg tau Faris kemalangan, Mila boleh tega lagi. Bila baca tulisan nukilan Che Mid ni...adussssss, bergenang air mataku ini. Sedih, terharu dan hiba. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan menerima segala Qada & Qadar dari ALLAH SWT.

    Semoga Faris cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. dugaan datang silih berganti dalam bentuk yang berlainan untuk menguji hambaNya. Selagi hidup pasti akan datang lagi ujian.. semoga kita tabah dan letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah swt

      Delete
  9. Banyak sabar ye che mid...
    Sebah dan sedih bila saya tengoknya tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih bertukar lega bila Faris dah balik ke rumah, menjaganya juga mudah. Faris tak banyak karenah dari kecik sampai besar..

      Delete
  10. Ujian dr Allah kpd hamba yg dikashiNya...
    Redha dan bykan berdoa agar Faris cepat sembuh
    Sadis sgt bca entry ni
    luv u & family kanda!

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Suspen betul mama baca, syukurlah segalanya selamat.
    Bersyukur sangat2. moga CM tabah DA sihat. Amin.

    ReplyDelete
  12. Sebak dan seriau saya baca entry nie. Syukur Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik. Tak apalah kena jaga susah sikit, asalkan kita semua masih mampu bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naluri ibu.. kalau boleh nak diganti kesakitan anak kepadanya..harap Faris mengerti ya nak..

      Delete
  13. baru jap tadi ina baca kat kosmo pasal pelajar sekolah menengah tengku idris shah kapar meninggal dunia selepas terkena renjatan letrik depan sklh ,terus rasa sebak...pegi pulak ke blog che mid ni tgk faris lak..hiba rasa hati.semoga faris segera sembuh dr cedera tu ye.Harap faris dah beransur pulih.Ina org Bukit Kapar(jln Iskandar).Dok Perak sbb kerja.pencen nnt kot baru balik buat umah kt kg hehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid memang ex-SMTIS, kelas sains sampai tahun 83.. ada ke adik beradik yang lebih kurang sebaya Che Mid?

      Delete
  14. ya allah... sabar banyak2 kak dan faris... moga2 cepat sembuh ye.. banya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa pada yana dan juga semua silent readers..

      Delete
  15. Rasa sebak dan ngeri bila baca n3 mid sebab kak Zai pernah mengalami situasi sebegini. Anak lelaki kak Zai pernah mengalami kemalangan jalan raya 6 tahun yang lalu. Kakinya dimasukan besi dan kalau dia berjalan ada dengkot sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak lelaki memang begitu lah kak Zai.. ada yang kata, tak sah kalau masa muda-muda tak eksiden atau berparut..mak bapak yang risau selalu..

      Delete
  16. Salam, suspen bila membacanya.. suspen lagi orang yang mengharunginya. Tapi bila sahabat berkongsi rasa, yang sukar menjadi mudah Insyaallah

    ReplyDelete
  17. diakhirnya...syukur alhamdulillah, faris tidak mengalami kecederaan serius. saspen baca cerita che mid dari awal..
    dan nampaknya dugaan bukan saja pada faris tapi juga semua ahli keluarga..banyak2 bersabar ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah yang Maha Berkuasa untuk menentu segalanya..kita terlalu lemah dan tidak berdaya..

      Delete
  18. semuga cepat sembuh, insha Allah..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah menguji Faris dengan rasa sakit dan tidak keupayaannya.. Dia menguji Che Mid dengan menjaga makan minum dan ibadahnya..

      Delete
  19. tenanglah..
    istifar
    allah nak duga kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah yana.. t kasih sudi tinggal jejak kt sini. Che Mid hargai sangat2.

      Delete
  20. salam che mid
    Sabar sis
    Ta doakan agar cepat sembuh..kalau luka yg berjahit tu nak lekas sembuh try pati ikan haruan .
    Doa ta selali lg agar sis tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Nanti Che Mid carikan pati tu ya..

      Delete
  21. sis sekarang diumah atau masih di HTAR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah ada di rumah.. che mid jadi nurse he he tapi selang sehari kena buat dressing kt klinik.. Deeja pun sibuk gak nak jadi nurse..

      Delete
  22. wak pon doakan muger faris cepat semboh tuuu.,Uhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih wak ya sudi singgah sini.. moga wak pun sihat sejahtera hendaknya sentiasa..

      Delete
  23. As salam Kak,

    Syafakallah...

    Saya baca satu2... seriau rasanya... Hanya Allah je yg tahu perasaan seorang ibu bila berhadapan dgn situasi gini kan... Moga akak sekeluarga tabah & semakin bertambah erat hubungan kekeluargaan... insya'Allah... Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ujian sebegini hanya utk mengingatkan kita menjadi lebih dekat dengan Allah, che mid redha.. semoga jadi pengajaran kepada kita semua kerana malang memang tak berbau. Skrg ni memang Che Mid ada masa utk Faris, kalau tidak dia sibuk dengan hal dia, Che Mid pun tak ambik peduli sangat.. ya la dah besar, buleh makan minum sendiri.. skrg nak makan pun kena sediakan, nak solat kena ambilkan wudu' dll..

      Delete
  24. kalau ta tulis jawa agak2 paham tak?

    Aku pak teko mareng umah che mid.keno? Pak nilek anak ei seng eksiden.

    E-mail ta.

    tiranaaduka@gmail.com

    Per/ che mid-anak eksiden.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih..
    kena panggil sis nurse ni.....
    eh misi( jururawat) leh........?

    ReplyDelete
  26. Kakak ni ciwek CM. Baca macam ini dah berjuraian airmata. Sensitive sebagai ibu terasa dlm hati. Teringat bagaimana kalutnya masa bapak kakak accident last year. Dapat kakak bayangkan hati CM bagaikan melayang. Allah sajalah tumpuan dalam kepala utk mohon bantuan kan detik menghadapai kejadian ini. Sangat menyentuh hati kakak sebenarnya,.

    Moga Faris terus diberi kesembuhan dan penjagaan rapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciwek pun elok la kak.. hilang stres bila dah nangis. Alhamdulillah, Faris semaikn baik. Esok dah nak buka jahitan di kakinya. Tapi dua hari lepas dapat berita sedih dari jiran dekat rumah. Anak lelakinya koma sebab jatuh motor lepas melanggar bonggol .. tak sedar lagi walaupun dah dibedah. Moga Allah menguatkan hati keluarganya..

      Delete
  27. Moga Faris cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa ya

      Delete
    2. saya tinggal di Jalan Iskandar.. menghala ke Kapar.. ;)

      Delete
    3. Laa jumpa lagi sorang orang kampung.. Blogger Tirana aduka tinggal dijalan Nanas..

      Delete
  28. salam che mid
    Hensem upanya fariz ni..
    Lawatan ptg tirana aduka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawatan petang yang singkat dan kelam kabut sbb nak pergi layat.. takpe, lain kali kita arrange bagus punya k

      Delete
  29. Ujian Allah tanda Dia sayang pada kita...

    Moga Fariz cepat pulih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, pagi tadi jahitan di jari Faris telah dibuka. Sakit pun dah berkurangan, sekarang kena banyak eksesais utk gerakkan kaki kiri dan berlatih memijak..

      Delete
  30. ok je che mid,
    Leh la che mid arangekan blogger2 yg skampung dgn kita..mesti meriah.pekata?

    ReplyDelete