Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 14 March 2013

Persandingan Nor Shuai'ba Murni dan Firdaus

Pada 9 Mac pula Che Mid telah diundang mengacara di Dewan Jalan 227, Petaling Jaya. Kali ini sempena persandingan Cik Nur Shuai'ba Murni bt  dan Encik Firdaus bin Mohd Zainai.

 Sedang berbincang dengan DJ L yang turut berada di sana, walaupun tidak bertugas sebagai DJ pada hari tersebut, banyak perkara yang kami kongsi bersama. Insyaallah, ada rezeki mungkin kita boleh bekerjasama untuk projek lain pula.

 Che Mid dan Farah bersiap sedia menunggu ketibaan pengantin. Masih memakai pakaian yang sama dengan minggu lepas kerana kebetulan warna temanya ialah oren dan hitam. Yang bestnya, Tuan Imam yang membacakan doa selamat tertarik dengan persembahan kami. Walaupun terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis di tempat lain, sempat juga dia datang jumpa Che Mid dan minta kad nama. Alhamdulillah..

Sebelum balik sempat bergambar dengan pengantin. Tahniah Maya dan Firdaus..terima kasih kerana sudi jemput kami.

Di sini, Che Mid terpanggil untuk kongsi beberapa tips mengurus majlis persandingan berdasarkan pengalaman Che Mid menjadi pengacara. Moga bermanafaat untuk bakal pengantin dan ibu bapa..

1) Biasanya Che Mid akan pastikan ada seseorang yang bertugas memastikan kelancaran majlis. Lebih kurang macam 'floor manager' he he. Dia akan membantu Che Mid memastikan bila pengantin sampai, kompang bermula dan berhenti, barisan nama perenjis bersedia dan tidak tercari-cari mereka sewaktu nama dipanggil. Tujuannya adalah supaya majlis lancar dan teratur sebagaimana yang Che Mid dah bincang awal-awal dengan pengantin. Ada juga majlis yang 'banyak orang nak jadi bos'.. jadi haru biru la majlis tu kan..tak tau nak ikut cakap sape.


2) Pihak tuan rumah mesti pastikan semua alatan di pelamin lengkap sebelum majlis bermula terutamanya apabila dilangsungkan di dewan. Kalau boleh tugaskan seseorang untuk menjalankan tugas tersebut. Contohnya: Ada satu majlis tu, semasa acara merenjis dan Che Mid dah panggil orang naik pelamin untuk merenjis, baru perasan bunga rampai dan air mawar tidak disediakan. Jadi sudahnya tetamu naik ke pelamin cuma bersalam dan turun semula. Kesian kat pengantin kan.. berubah muka dia..itulah majlis pertama dan terakhir untuk dia.. tentu dia harapkan yang terbaik.

3) Pengantin kena serah tugas pada orang lain. Jangan semua nak buat sendiri. Che Mid pernah tengok, pengantin perempuan angkat kotak bunga telur dan agih-agihkan untuk tetamu sampai tepi jalan besar..camne tu!

4) Kalau kita boleh keluarkan bajet untuk pelamin dan baju pengantin sampai ribu-ribu, eloklah sediakan peruntukan sedikit untuk pengacara majlis supaya majlis lebih teratur. 

Kalau nak guna khidmat deejay pun boleh takde masalah. (Semalam kenduri yang Che Mid pergi memang deejay tu memang bagus.. suara sopan dan audio tak bingit)..cuma kena pastikan deejay tu bersikap formal dan ada persediaan sikit terutama semasa pengantin atas pelamin. Ada deejay buat majlis bersanding macam fun fair atau karnival contohnya guna perkataan tak sepatutnya dan ambik mudah semasa pengantin atas pelamin. Akhirnya merenjis kemana, bergambar kemana, dalam 10 minit majlis bersanding dah tamat walhal itu sepatutnya menjadi acara kemuncak yang menjadi kenangan abadi untuk pengantin dan tuan rumah. Apatah lagi jika pihak bertandang datang dari jauh, tentu mereka sepatutnya dilayan sebaik-baiknya. 

5) Jika nak buat sesi karaoke, buatlah bila majlis dah hampir habis atau tetamu dah kurang.. janganlah berkaraoke terlalu ramai dan semasa 'waktu puncak'.  Lainlah kalau sipengaraoke tu memang sedap suaranya dan lagu bersesuaian dengan majlis. Dah tak kena gaya la bila majlis jadi bingit dan suara penyanyi pulak sumbang sana sini.. ini majlis kenduri kawen tau.. bukan tempat lepas gian menyanyi!

6) Untuk sesiapa yang membaca doa majlis, jadikan doa tu pendek, padat  dan dibaca dengan kuat supaya semua tetamu boleh aminkan dan sambung makan atau beratur ambik makanan. Tidak manis juga jika doa dibaca tetamu pulak buat-buat tak dengar dan tak sesuai la kalau tetamu terpaksa berdiri terlalu lama untuk mengaminkan doa. Che Mid pernah dengar tetamu berbisik sesama sendiri komplen doa panjang sangat.

Alamak, terpanjang pulak entri ni.. tapi apa yang ditulis tu ingatan untuk Che Mid sendiri juga. Kasihan pada tuan rumah terutama pengantin yang mengeluarkan belanja besar dan bertungkus lumus mengadakan majlis tapi mereka tak boleh kawal semuanya. Jadi kita sebagai penanggah, emcee, deejay, katerer dan tetamu perlu 'tolong' supaya majlis mereka berjaya. Sampai sini saja dulu..

23 comments:

  1. Apapun Che Mid tetap anggun...

    Alhamdulillah rezeki anak beranak ye Cik Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap bila masa anak Jun nanti, CM masih sihat dan ada peluang mengacara he he

      Delete
  2. bab deejay dan muzik tu,selalu kalau saya ke kenduri kawin terlalu kuat sangatlah lagu tu,kadang-kadang nak bercakap sesama sendiri mesti terjerit2...eloklah dikawal soundnya kak ye...betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, itukan majlis walimah utk beramah mesra, bukannya party karaoke..

      Delete
  3. alhamdulillah..rezki che mid

    ada juga deejay yang syok sendiri kat majlis kenduri kawen orang..

    seronok tgk che mid gembira dengan apa yg dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, harap-harap Che Mid dan Yahanana Events tak begitu..

      Delete
  4. Saya sangat setuju. Saya uruskan majlis untuk 3 orang adik2 saya dan yes susah sebab buat di kampung. Ada yang tak sporting. Kesian pengantin. Semoga majlis anak saya nanti lebih teratur. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dah lulus jadi wedding planner ni.. kalau mengurus majlis orang lain pun bagus, utk anak sendiri apatah lagi kan, tapi masa tu juga kita tak boleh nak buat semua keje.. mau tak mau kene delegate juga pada orang lain..

      Delete
  5. yup.. betul tu che mid. KA setuju sgt!. n tq share this juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure.. sharing is caring kan kan kan..

      Delete
  6. Selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai.

    Tahniah akak....tentu banyak pengalaman jadi DJ. Kat S.P dulu pun jadi DJ jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh taklah.. di SP tu tak buat apa-apa pun, mati kutu ha ha

      Delete
  7. pB cukup tak suka kalau ke majlis pengantin yang ada musik musik nie.
    Kalau lagu-lagunya lagu berunsur islam , tak apa lah jugak.
    Dan pB paling tak suka , kalau audionya terlalu kuat sehinggakan nak berbual antara satu
    sama lain pun terpaksa 'terjerit-jerit'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu.. lagi-lagi kalau ada live band, bertambah-tambah bingit jadinya..rasa nak balik cepat pun ada..

      Delete
    2. Betul, muzik tu biarlah slow2 macam kat hotel
      Nampaknya Che Mid kita semakin mantap

      Delete
  8. salam che mid
    Aku pak mantu sui meneh.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. yolah.. anak e cilik-cilik meneh kan

      Delete
    2. haah.
      Yok mareng pasar jemuah..
      Lawatan ta di awal pg jumaat.

      Delete
  9. Suka tengok farah pun join sama. Ada generasi y dan generasi kita ( pop yeh yeh). Bagus, boleh sambung usaha che mid. Suka tengok majlis kahwin yg teratur dan semua tersenyum gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hajat tu nak mendidik anak-anak. satu hari nanti mereka akan lebih ke depan dan Che Mid akan gerak belakang tabir saja. Moga Allah perkenankan.. Amiin.

      Delete