Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 25 September 2013

Melepas Rindu di Batu Kawan, Penang

Sebelah petang mengacara di rumah Cik Julima (entri lepas) malam pulak mengacara di Rumah Terbuka taman sendiri. Cadang tu nak sekejap je, agak-agak boleh 'pas' keje kat orang lain, Che Mid nak bergegas balik ke rumah sebab nak bertolak ke Penang malam tu juga, untuk mengacara di sana keesokkannya. Tapi seronok sangat majlis tu, rasa sayang nak tinggalkan majlis.. 

Program rumah terbuka pada 31 Ogos bersekali dengan sambutan merdeka.. ada makan-makan hari raya, pertandingan gerai ikut tema, persembahan qasidah dan cabutan bertuah.. 

Che Mid sempat turun dari pentas pengacara, nak menyibuk dengan kawan-kawan.. khabarnya gerai lemang menjadi rebutan.. 10 minit dah langsai!!

Nak tau pukul berapa Che Mid bertolak ke Penang.. pukul 12 tgh malam.. Che Abang kata takpe dia memandu, jadi Che Mid boleh rehat (tidurrrr..) dalam kereta. Aleh-aleh, dia yang mengantuk sakan, stop kereta tepi jalan dan suruh Che Mid ganti... dari selepas Tapah, Che Mid terus memandu sampai Gunung Semanggul tau.. jalan punya la sunyi sepi.. dan gulap gulita... mulalah terbayang wolkswagen kuninglah.. benda putih melintas lah... aduii... jalan berkabus dan sejuk menggigit pulak tu!! Pukul 4.30 pagi baru Che Abang memandu semula. Kami tiba di homestay menjelang Subuh, dapatlah tidur sekejap.

Tapi nape Che Mid beria sangat nak ke Penang??

Tak lain tak bukan sebab nak berjumpa dengan puteri yang dirindui laaa... Farah.. sambil menyelam minum air he he. Rasa best sangat dapat mengacara sama-sama dengan Farah. Memang rindu sangat nak dengar Farah mengalunkan suaranya yang lembut merdu tu.. (suara Che Mid lebih lantang)

Sebenarnya kami ke rumah kakak pada suami Alang.. kami jadi 'hadiah kejutan' buat pengantin sekeluarga. Kami pun teruja juga.. Aturcara dan skrip majlis pun tuan rumah dan pengantin tak tau, semua info dapat dari Alang dan keluarga. Che Mid bawa lagu "Kasihnya Ibu'" sewaktu ibu pengantin beri restu di pelamin, sebab ayah pengantin baru meninggal. Memang suasana jadi pilu sekejap.  Pengantin lelaki baca doa selepas nikah pun sambil menangis.. 

Inilah pengantinnya.. dapat anak mami la you...

Che Mid dan Farah ajak sekali alang dan Joe ber Ya hanana..sporting kan! Suasana hujan tidak menghalang majlis berjalan seperti yang direncana.

Usai majlis, kami pun ke Permatang Pauh untuk hantar Farah balik asrama. Sebelum tu pekena dulu burger bakar Abang Burn.. kalau tak silap cawangan ke 19..Farah memang teringin sangat makan . Tapi tengoklah muka adik tu.. muka penat.. Kami tinggalkan Farah di hostel dan balik ke Klang dalam pukul 8.30 malam, tiba di rumah jam 2.30 pagi. Memang sangat penat tapi hilang macam tu saja bila dapat sms macam ni..

Alhamdulillah syukur.. dapat respon yang baik dari orang Penang.. Insyaallah, ada rezeki kami ke sana lagi.. boleh jumpa Farah lagikk!! Suka suka suka!!

Ha, sebelum berundur, Che Mid ada satu lagi cerita ni.. 

Pagi Ahad lepas, lepas Subuh (Subuh gajah...)  Che Mid turun ke dapur. Isi kain baju dalam mesin basuh, panaskan gulai asam pedas siakap yang sedap sangat tu atas dapur. Pukul 9 nanti nak keluar mengacara, jadi lauk dah ada untuk suamiku tercinta yang akan ditinggalkan nanti. Lepas tu Che Mid duduk depan TV, tengok Tanyalah Ustaz...eh eh.. ngantuk lagi.. terkuap-kuap je mulut ni. Terus naik atas.. masuk bilik...kunci pintu dan zzzzzz...

Bangun semula kira-kira satu jam selepas itu. Buka pintu.. tengok tingkap bilik Farhan terbukak luas terbentang.. ada bau menyengat hangit.. tapi tak sedar diri lagi tu Mata melilau carik Farhan. Rupanya dia di tingkat bawah.. atas sofa... pintu depan, dapur, tingkap semua terbukak seluas-luasnya.. " Ayan, apa yang terbakar ni?" Wah, Che Mid meninjau-ninjau keluar tingkap.. tengok-tengok.. kut ada kilang terbakar ke? Jiran bakar sampah tak hengat ke??

"IBU LAH... ibu masak apa atas dapur? " ADOIII.. PERIUK DAH HITAM.. LAUK SIAKAP yang sedap sangat tu DAH RENTUNG!!


29 comments:

  1. kiki... tak dpt la merasa lauk siakap yg sedap sgt tuh... kiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak de rupa asam pedas dah.. tapi yang bestnya, che mid balim petang tu.. periuk tu dah bersih berkilat semula.. terima kasih che abang..

      Delete
  2. wah hebat Che Mid. Tahniah kerana pengacaraan Che Mid disambut baik. Teringin nak tengok sendiri Che Mid beraksi ..... ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde hebat mana pun.. temberang je lebih ha ha.. ada rezeki kita jumpa nanti..

      Delete
  3. Ada lagi ke VW kuning tu? Dah lama tak dengar kisahnya ..... huhu

    ReplyDelete
  4. Letih sangatlah CM sampai hangus - nasib baik hero tu sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero tu sedar sbb bilik tidur dia betul2 atas dapur.. jadi asap tu dah masuk bilik dia dulu.. bilik che mid tertutup rapat.. memang tak bau apa2 pun..

      Delete
  5. Rezeki dari bakat yang Allah kurniakan, sambil cari rezeki sambil buat pahala ye Che Mid.

    Nasib baik anak2 ada kat rumah kalau tak tak tahu apa akan jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan niat tak terpesong dek pujian dan harta dunia..

      Delete
  6. Saya belum habis tergelak lagi mengenangkan siakap asam pedas sedap khas untuk suami tercinta yang rentung. Hahahahahha.

    Kak.. seronok kan business akak. Enjoy jumpa ramai orang, dapat travel, dapat beramal dan dapat hasil sekali gus. It's like a dream job sebab at the same time, boleh berada bersama keluarga. Talent yang dikurniakan ternyata tidak sia2.

    Ada ramai manusia yang tak sedar betapa berharganya nilai diri masing2 sehinggalah bila di uji Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang cukup suka makan asam pedas tu malam sebelumnya.. jadi hati dah suka la, ada lauk utk dia makan tengahari bila che mid keluar.. dah nasib takde rezeki he he

      Delete
  7. tahniah che mid.hehehe,mst sonok bila org happy kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid cuma penuhi hajat adik tuan rumah utk buat seprais utk kakaknya.. alhamdulillah menjadi..

      Delete
  8. Dapat rezeki melimpah ruah lepas tu dapat pula jumpa anak...tentulah seronok sakan.

    Asam pedas hangittt....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat duit sikit je pun takpe, janji dapat jumpa anak.. bahagia sangat..

      Delete
  9. hahaha.. comel je kes asam pds hanget.. alhamdulillah smoga brtambah2 maju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la tu.. comel kes tu sbb ada penyelamat.. kalau dibiarkan mau bau tu sampai aman perdana ha ha

      Delete
  10. che mid ni kena pasang driver..nak jaga suara dan kesihatan, banyak undangan tu..huhu...

    p.s asam pedas hangit..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan memang ada driver he he, tapi driver yang ngantuk camne tu?? upahnya asam pedas hangit he he

      Delete
  11. Salam kenal Che Mid...
    Teringin pulak nk dengar Che Mid mengacara ....macamana agaknya... sampai dpt pujian tu...
    kempunanlah nk makan siakap...

    ReplyDelete
  12. wah tahniah Che Mid, apa2 pun sedap jugak tu asam pedas hangit heee daripada gulai hangit betui dak?

    ReplyDelete
  13. bukan semua org ada kemahiran public speaking..tahniah...ramai yg gabra bila bercakap..gugup...hilang kaya2 hehe

    ReplyDelete
  14. amboi makin maju yer skang che mid

    ReplyDelete
  15. Ahamdulillah Che Mid semakin busy mengalahkan perdana menteri....
    Semoga usaha-usaha yang baik, yg Che Mid usahakan sentiasa mendapat kerahmatan daripada Allah SWT
    Terbakar Siakap Nampak Berasap, Hati gundah tidak terkira, Makan nasi berlauk kicap, Asal hati riang gembira

    ReplyDelete