Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday, 28 September 2013

Siapa Hilang Coli dan Seluar Dalam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kakak-kakak, adik-adik sekalian..

Agak-agak terkejut tak bila dapat sms macam ni

"  Sesiapa yg kehilangan coli dan sluar dlm didapti bersepah dpn toilet lelaki surau *******" 

Tentu ada yang ketawa rasa macam kelakar dan yang rasa pelik pun adakan..

Beberapa hari sebelum tu ada juga jiran yang bertanya samada Che Mid ada hilang ke tak. Tapi Che Mid ok je sebab ampaian Che Mid dalam kawasan rumah (rumah lot tepi, ada laman lebih sikit) Yang mengadu hilang bra dan panties tu menyidai kain di belakang rumah. Perumahan kami takde tanah lebih, maknanya bahagian belakang takde pagar. Jadi sesiapa yang nak menyidai kain di belakang rumah, kena sidai atas jalan.. 

Ada jiran yang tak perasan langsung, tau-tau je stok bra dah habis.. menggelabah cari satu rumah. Akhirnya dapat tau ada orang jumpa banyak bra dan seluar  di tandas surau kami.

Dua malam lepas, perkara ini dibawa ke mesyuarat KRT kami. Memang ada ajk yang terjumpa seluar dalam dan bra tercicir.. tapi masing-masing ingatkan jiran sebelah punya.. tapi bila masing-masing tak mengaku, barulah terasa ada yang tak kena ni.. Hai, siapalah gerangan yang sudi mencuri benda-benda ni????

Penduduk dinasihatkan menyidai pakaian dalam di dalam rumah untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku. Sehingga sekarang, pencuri itu belum 'kantoi' atau tertangkap lagi. Sah-sah le, orang tu masih lepas bebas lagi di luar tu.. aduiii... Macam mana nak kenal muka pencuri tu ya? Ada sesapa boleh bagi tips tak?

Yang kelakarnya, sewaktu mesyuarat berlangsung, memang riuh rendah jadinya.. ada yang ketawa, ada yang tanya bra dewasa ke budak-budak.. ajk surau jawab " Mana aku tau, takkan aku nak ukur.. aku kutip pas tu buang je la kat tong sampah..". 

Kebetulan, ada ajk yang ke tandas, untuk tunaikan hajatnya kut.. balik dari tandas dia kata," Aku jumpa bra la.. saiz lebih kurang macam ni", sambil tangannya menunjukkan 'cup' bra tu.." Gamat semula mesyuarat jadinya..

Gelak-gelak juga kan.. tapi perkara ni serius dan agak menakutkan!! Semoga Allah menjauhkan kita dari bahaya yang lebih besar! Amiiin. Di tempat anda, ada ke kes-kes macam ni?

P/s : Ingat tadi nak tepek gambar bra dgn panties dr gugel.. tapi ish tak jadi la.. silap-silap nanti ada orang ingat tu i punya saiz.. tak kuasa tau! kih kih .. 


22 comments:

  1. Salam cm.
    bACA memang kelakar. Tapi byk yg boleh difikirkan! Suka dgn CM yg suka berkhidmat utk kepentingan masuyarakat sekeliling.,

    ReplyDelete
  2. hehehe..malunya kan..kalau terkena yg kita nyer tuh wat senyap2 dahla..hehe

    ReplyDelete
  3. misteri.. semoga semuanya akn terungkai. inshaalah..

    ReplyDelete
  4. Kalau saya punya hilang pun, mesti malu nak mengaku che mid..heee..
    Ada pulak kes gitu ya...haha...

    ReplyDelete
  5. Hai Kak Mid. masa saya duduk Miri dulu, ada sekali jemur bra and panties, tu pun sorok2 sikit jemur menghadap dapur sendiri, means tak ada la jemur pakaian terus2 nampak bra & panties...segan la kan....then one day, saya terkejut bukan kepalang sebab ampaian dah beralih, then tengok2 habis satu payung penyankut bra dan panties hilang, yang tinggal cuma pakaian luaran je..dalam gelap2 malam husband cari di sepanjang row rumah teres tu...ada la jumpa 5,6 helai yang bersepah2 tercicir di belakang rumah jiran..nampak sangat si pencuri melarikan diri bersungguh2 sambil bawa lari sepayung undergarments saya..yang lebih takut, yang tak jumpa semua undergarments warna hitam..yang warna lain tu bersepah..jumpa ustaz area situ konon nak minta pendapat, dia boleh gelak2, siap cakap "ala baju je pun,,pergi la beli lain.."..bila husband cakap yang hilang tu underwear, baru dia tersentak..then dia suruh kami baca yasin 3 hari 3 malam..kami buat..so far tak ada la perkara2 pelik berlaku. Kalau dalam kejiranan akak tu saya percaya ada pencuri yang jenis suka bra dan panties perempuan.

    ReplyDelete
  6. seram jugak kalau ada kes macam ni..kat umah saya pulak selipar pompuan yg slalu hilang..masuk ni dah 4 pasang hilang..geram pulak!!

    ReplyDelete
  7. kalu nak ngaku pun malu.. nnt semua tau saiz apa.. lg malu kalu benda tuh,"pelik" dr org lain... haha

    ReplyDelete
  8. takut jugak ada kaki curi seluar dan bau dalam orang ni. Bahaya

    ReplyDelete
  9. salam cik mid,

    errrkkkk ...
    memang lawak tapi misteri tu...
    hmmm apa yang orang tu buat sesaja tinggal kat surau plak ye ...
    semoga Allah lindungi kita drpd perbuatan/niat jahat orang lain...huhuhu

    ReplyDelete
  10. Perghh.,ada2 jer pencuri skrg ni kn..bra n underware pon nk curi..da dgr, klau org dengki kt panty pon org leh wat ubat..

    ReplyDelete
  11. ayyooo, xdak bnde lain ke yg nk d curi..tp dlu2 ms dok hostel hilang bnde gini biasala..hehe

    ReplyDelete
  12. Macam2 lah dia orang ni....benda tu pun nak dicurinya...
    Kat tempat saya tak pernah pun ada kes2 macam ni...minta dijauhkan...

    ReplyDelete
  13. bukak2 blog terus nampak muka chemid ,pastu terus gelak dgn tajuk hehehhe.Sakit perut gelak baca citer ni.Eeeeee sape la punye keja dok curi spender n bra org.Saya mmg sidai 2 benda tu dlm umah.

    ReplyDelete
  14. hehehe... first time singgah sini, ade cerita hangat plak... kwang3...

    ReplyDelete
  15. Che mid..macam2 perangai manusia ni ka..macam tak keje lain..
    Kena lebih berhati hati kan che mid.terpaksa la sidai dalam rumah je

    ReplyDelete
  16. Aina tak pernah ampai pakaian dalam kat luar, lepas cuci tu ampai je kat ruang depan pintu bilik air. Tak ada matahari pun redho jelah dari jadi tatapan mata2 org luar.

    ReplyDelete
  17. Pernah terjadi di taman perumahan kak Zai tapi kantoi. Dapat tangkap masa maghrib, bila disiasat dan bawa ke pengetahuan makbapa dia jumpa banyak disimpan dalam bilik.

    ReplyDelete
  18. awat jadi lagu tu?...puan2 kena lebih hati2 bila nak sidai pakaian dalaman...

    ReplyDelete
  19. pakaian dalam kena sidai dalam rumah...hehehehe

    ReplyDelete
  20. Betul Cik Mid....kawasan nekcik ni pun tak selamat utk mempamerkan ceromin mato dan bagai...amat merbahaya you!!----------------\
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \
    \






    salam Che Mid..kawasan nekcik ni pun tak selamat utk pamerkan ceromin mato ngan chotong tu!! amat merbahaya tahap gaban......



    ReplyDelete
  21. hehehe.. dalam kelakar tu terselit pengajaran.. janganlah sidai kat luar demi keselamatan seisi keluarga. Kita tak tau niat orang.. berhati-hatilah kita semua.

    ReplyDelete
  22. Ya allah. Ada jugak yg persngai x senonoh camtu kn. apa motif x tau la.

    ReplyDelete