Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 14 November 2013

Seram Keee?

Cerita ni Che Mid dengar sekali lalu dari orang lain..tapi cerita balik kat sini dengan ayat-ayat olahan sendiri. Anggap ia gurauan semata-mata k..

Ada seorang bujang hensem ni check in di hotel murah. Masa ambil kunci bilik, kerani front desk tu pesan, " Encik, bila lalu di depan bilik takde nombor, encik jangan tengok bilik tu tau.. Si bujang hensem ni tak kisah sangat apa kerani tu kata..senyum-senyum je dan ambil kunci..terus ambil beg dan masuk lif. Sambil nyanyi-nyanyi bila aku kayaaaa.. lagiiii..

Sampai je bilik tidak bernombor ti si bujang hensem ni lalu je la..tapi oleh kerana anak muda berjiwa membara..dia rasa terpanggil untuk tengok-tengok bilik tu. Orang muda memang begitulah sifatnya..lagi dilarang lagilah nak buat..

Dia pun buat pusingan U dan berdiri di depan bilik tu. Cuba dibukanya pintu..tak boleh..oh berkunci rupanya.. namun perasaan ingin tahu mengatasi segala-galanya. Si bujang hensem ni merendahkan kepalanya dan melihat ke dalam bilik melalui lubang kunci di pintu. " Emm... tak nampak apa-apa pun...kosong je bilik tu..." Sambil mencebik-cebik..(mencebik pada sape tak tau le kan..) si bujang hensem berlalu masuk ke biliknya sendiri.

Esok paginya, bila keluar bilik..sekali lagi si bujang hensem tergerak hati nak jenguk semula bilik tak bernombor tu. Biasalah..ikut lubang kunci juga la..

Macam biasa je bilik tu.. tapi... 

Sampai je di 'front desk'.. si bujang hensem dengan selamba dan muka tak reti bahasa tanya balik pada kerani semalam.." Semalam saya jenguk bilik tak de nombor tu....sajaaaalaaaaa... emm..biasa je..tapi pagi ni, bila saya tengok balik...memang le tak nampak apa-apa..tapi warna bilik ju jadi warna meraaaaahhhh je..Nape ha?"

Kerani tu jawab dengan separuh sebel tapi maintain.." Macam ni cerita dia encik..sebenarnya encik..bilik tu tempat isteri bos hotel ni mati dibunuh. Tu sebab, 'guest' tak dibenarkan masuk kebilik tu. Warna merah menyala yang encik nampak tu..sebenarnya..warna MATA dia!!!"


33 comments:

  1. Hahahaaa..nasib baik dia tak buka pintu tu kalau dak fengsan!

    ReplyDelete
  2. hihihihi....seram campur kelakar..elok jugak kalau pintu tu terbukak..baru tau apa jadi..:)

    ReplyDelete
  3. rs lebih klakar dr takut dr penceritaan..hehe..dok bygkan bilik tuh kosong kaler merah awalnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pengarah lebih suka kelakar dari seram..he he

      Delete
  4. eh..eh...kerani tu selambaaa jer cerita ekk. Mesti kerani tu pun dah nengok...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah-entah kerani tu sama satu komplot dgn si mata merah.. siang jaga kaunter..malam mata tukar kale..waaahhh

      Delete
  5. hahahahaha sabo jelah~ tu lah degil! hehehe

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tak mengidap sakit jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Che Mid dah semput kejap depan kerani tu..

      Delete
  7. Selamba pulak tu budak perempuan tu inform pada si bujang.. Ala.. budak bujang tu mesti tak ada rasa takut hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha..muka kerani tu selamba je sebab menyampah dengan bujang hensem yang tak dengar kata..orang dah pesan jangan jenguk bilik tu kan...

      Delete
  8. heee..degil sangat, ambik engkau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..amek kau..lain kali jangan harap dia nak tinggal hotel tu lagi kan..

      Delete
  9. tu nasib baik tak kena sergah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena sergah, mau lari lintang pukang..

      Delete
  10. Oleh kerana kedegilan mamat hensem tu...maka nya kita semua dah tahu rahsia bilik tu...haha!!

    ReplyDelete
  11. seram lucu ni che mid !

    ReplyDelete
  12. maknanya mata isteri bos tu intai dia kot lubang msa dia intai bilik tu?? huhu..kisah benarke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la..mata merah menyala.. kisah benar ke tak?? Entah, sepatutnya kisah kelakar ni..

      Delete
  13. Sangat menyeramkan Che Mid
    Siapalah jejaka tampan tu?
    Banyak kejadian bunuh, bunuh diri di hotel
    Tapi setakat ni hotel2 itu masih beroperasi
    Dan bilik2 itu masih disewakan kpd pelanggan
    Agak2, kita ni pun pernah menginap di bilik2 mcm tu Che Mid?
    Lagi2 Che Mid yg selalu round Msia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu ni..bikin Che Mid seram je laaaaa...

      Delete
  14. hahaha.. lawak derr! hari tu ada baca tg senarai hotel2 yg berhantu di M'sia kat fb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak tak lawak..silap-silap memang kita pernah duduk kt hotel kerasss!

      Delete
  15. kalau betul-betul, budak kaunter tu pun tak berani nak citer, kan...

    ReplyDelete
  16. this post y5x98l9x98 louis vuitton fake 7a replica bags philippines j1i29m5f80 replica bags paypal accepted replica gucci bag g4c66i1j62 replica bags wholesale replica bags bangkok click here now i4l25e8v98 replica bags high quality

    ReplyDelete
  17. w7g58x6e68 l8w20o6s66 m6s17t6p26 v6k18d3u54 o6r47i1x52 p9c11a5r71

    ReplyDelete