Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 28 April 2014

Bertemu Singapura di Kajang

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Rezeki..Allah anugerahkan Che Mid dan keluarga berjumpa dan bersilaturrahmi dengan ramai orang.  Kalau entri sebelum ini Che Mid ramai saudara semasa menziarah jenazah Arwah Azam Sulaiman (saudara sebelah abah), malam minggu lepas kami dijemput ke Kajang untuk bertemu dengan sepupu sebelah suami. Ada yang dah 30 tahun lebih tak jumpa, sejak zaman student dulu...



Photo: 1st family udah sampai...:-)

#cuzziescatchupgath
Tuan rumah, abang Sham dan isteri, kak Milah dah bertahun-tahun menetap di Kajang. Baru je pindah ke rumah baru di Taman Ramal Suria. Adik-adik abang Sham, abang Badin dan Fauziah pulak datang menziarah dari Singapura. Jadi kami dijemput sekali untuk berkumpul sambil makan-makan. Dalam gambar kat atas tu, adik Che Abang, Acam dan keluarga yang pertama sampai.

Photo: 2nd family's arrival..  ;-)
#cuzziescatchupgath 
#atKajang 
Famili Che Mid yang kedua tiba.. berpeluk sakan dua sepupu yang dah 30 tahun lebih tak jumpa.. tapi tak sempat snap gambar..kalau pompuan mau nangis-nangis..Dulu kecik-kecik selalu main sama-sama bila abang bercuti ke Singapura...mak mertua dulu membesar di Singapura dan sampai sekarang ni kaum keluarga ramai di sana. Khabarnya dah generasi piut miut dah..Che Mid je tak pernah jejak Singapura 

Abang pernah bercerita kecik-kecik dulu balik Singapura naik keretapi dari Lipis, Pahang. Bawa bekal macam-macam tapi yang paling dia ingat bekal telor rebus. Semasa di sana, suka makan lontong. Tu yang bila kawen dengan I (kan Jowo)..suka sangat makan lontong..he he..



Photo: ...3rd family safely reached :-)
#cuzziescatchupgath 
#atKajang
 Famili Alang datang lewat sekali sebab baru balik dari hadir ke majlis konvo Atiq di MSU. Datang lewat tapi siap bawa kambing panggang... Che Mid kuih frozen je..gambar blur semacam sebab Fauziah ambik kandid je..



 
 Deeja suka dapat jumpa Azyan... sehari sebelum tu jari kaki Azyan terlanggar  pintu, luka teruk gak kuku kakinya, sampai ke bawa ke hospital.  Bila Deeja tau, menangis dia.." Khadeeja sedih...kalau Azyan mati nanti Khadeeja tak de kawan..." Ke situ pulak dia...aduii..

 
 Tuan rumah (berkupiah) ajak kami lepak di belakang rumah.. tentulah sate Kajang jadi menu utama..



Puan rumah, kak Milah (duduk, bertudung ungu) yang sangat peramah..eh semuanya peramah la..baru jumpa pun dah macam kenal lama... riuh rendah rumah abang Sham tu. Keluarga di Singapura pulak 'tengok' kami melalui facebook. Apa kami buat dan apa kami makan menjadi sasaran kejelesan tak bertepi he he. Fauziah (bertudung biru) 'update' gambar-gambar on the spot..


 Anak-anak dara berpangkat sepupu dan dua pupu..

 
Si macho-macho dan si tembam gebus


 Oii..kamera siniiii! 


Kat mana-mana pun boleh borak... atas tangga  pun jadik!

Sebelum balik...sekali lagi berposing..bukan senang nak jumpa kan..


28 orang dalam satu rumah...KECOH!!

Sibuk berbual panjang dan makan-makan, tak sedar dah pukul 1 pagi...itulah indahnya bila persaudaraan di pupuk... semoga terus bertaut sampai bila-bila. Amiin.

18 comments:

  1. Meriahnyaa!!. Best.
    Menyebut pasal Singapore... walau hanya seberang tambak,
    tapi amat jarang saya ke sana, rindu kenangan manis bermalam tahun baru
    kat sana suatu masa dulu Che Mid.. mintak2 hubby bwk ke sana lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid tak pernah sampai pun..keluarga sebelah Che Mid takde sedara mara sana.. belas suami yang ramai rupanya..

      Delete
  2. Salam kenal che Mid,
    Meriah kan kak bila dapat berkumpul dengan sedara mara. lebih-lebih lagi yang dah lama tak jumpa. Segala memori terimbau kembali.ehe...Selalu jumpa sedara yang jauh dan dekat bila ada kenduri kawin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam diki, lagi lah orang yang mulut pot pet macam kami ni..ada je la yang diborakkan..bila ketawa riuh sekampung..aduhai..

      Delete
  3. Ramainya saudara mara kaum kerabat, sepupu dan sepapat.
    Nampak Che Mid sekeluarga hidup semakin berkat
    Wajah yang tersirat dan tersurat, semuanya menampakkan kegembiraan tidak terkira
    Atas pertemuan dinantikan sekian lamanya

    Gambar header lagilah hebat.....
    Datuk Terlajak laris tu pun ada

    Selamat terus berjuang di medan pengacaraan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar Datuk je terlajak, kita maintain ha ha

      Delete
  4. Subhanallah, cemburunya saya, kak.... Semoga kebahagiaan dan ukhuwah itu akan terus bersinar.

    P/S : Masalah saya ialah saya belum dapat mencari masa lagi. Mungkin bila ada jodoh kita bertemu, CM akan faham situasi saya..hehehehhehe. Maklumlah, boleh gosip lebih2 sikit nanti kan....


    Kak, guna whatsap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah le, ada gak dua tiga orang blogger kata cemburu he he, tak berkesempatan kut korang ni... ini pun plan dan-dan tu jugak, kebetulan je jadi beria berjumpa. Kalau plan beria, belum tentu jadi..

      Delete
  5. wah seronoknya dapat berkumpul ramai2 macam ni CM.. ! terasa kemeriahannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sesekali jumpa, sekejap pulak tu...macam-macam benda nak cakap la... tak cuku mulut ha ha

      Delete
  6. besar keluarga,besar persaudaraan...dah lama tak jumpa tentu dah macam2 cerita kan kak...sampai tak sedar dah lewat pagi ye....kita ni bila?huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sedar dah lewat, patut la ada anak-anak yang dah terlelap atas kerusi, mak bapak berborak tak ingat dunia ha ha..kita tak de rezeki nak jumpa lagi la..Insyaallah satu hari nanti..raya-raya kut..

      Delete
  7. Seronok kan keluarga besar ni...sesekali berkumpul macam2 topik keluar...kalau buat kenduri tak payah panggil ramai pun, keluarga sendiri pun dah cukup meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ni sedara jauh nun dari Singapore kak...takkan nak suruh rewang-rewang kut he he

      Delete
  8. seronoknya...nampak meriah bkn main...makan2...sembang2..tak terasa masa berjalan,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sedar masa berlalu..banyak benda nak catch up..

      Delete
  9. Bestnya jumpa sedara marakan Che Mid.... Tak pe...rumah cukup besar nak menampung 28 orang tu.....Cantik rumah depakan Che Mid...

    ReplyDelete