Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 6 February 2015

Mewah dan Meriah

Assalamualaikum semua di penghulu segala hari ni...banyakkan berselawat ke atas Nabi ya. Allahumma solli a'la Muhammad..sollu a'laih!!

Hari ini nak berkisah tentang meraikan majlis walimah anakanda sahabat baik Che Mid. Jom kita sembang..Ruang parkir di Pusat Perdagangan Aman Jaya, Puncak Alam bertukar wajah menjadi tempat majlis resepsi yang mewah dan elegan tapi penuh seni tradisi Melayu. Oh, tuan rumah memang sangat-sangat menitikberatkan soal adat budaya Melayu dan Jawa. Biar berbelanja lebih asal terserlah kemelayuannya. 


Dua orang anak lelaki naik pelamin sekali gus..pelamin ciptaan Kuzie Katering


Lain dari yang lain..tiada meja beradap yang panjang untuk pengantin. Diganti dengan meja bulat berhias elegan. Jadi ada dua set meja sebegini untuk dua pasang pengantin.Gubahan makanan beradap belum dihidang lagi masa ni..


Hidangan jamuan raja sehari yang first class dari Pak Engku @ Kuzie Katering. 


Nampak acar timun tu..amat menggamit selera kan..


Kambing golek menjadi daya penarik, tetamu beratur panjang menunggu daging siap dibakar.



Dah siap sedia untuk bertugas. Pakej Yahanana Events hari ini;  Sistem PA -  kami menggunakan 4 speaker untuk cover ruang lokasi yang luas iaitu kawasan letak kereta rumah kedai di Pusat Perdagangan Aman Jaya, Puncak Alam, emcee ( Che Mid le tu), kompang dan homestay Jamilians.

 Hubungi kami di 013-3672459 untuk tempahan. 


Kru Yahanana Events dan adik pengantin yang suka 'mengacau' kami..ada sekali tu, kakinya 'tersandung' kabel, majlis tetiba senyap sunyi kejap  ha ha..


Kumpulan kompang kami - Kumpulan Kompang Seri Menanti. Patutnya pakai baju baru tapi saat akhir tak cukup stok pula, tapi memang kacak bergaya berbaju Melayu..Che Mid suka dengan anak-anak muda yang berjiwa besar, sanggup korbankan masa hujung minggu mereka untuk mempertahankan budaya Melayu daripada lenyap ditelan arus kemodenan. Wang ringgit bukan ukuran..

Lihat juga ukiran pintu gerbang. Sangat unik kan...


Beraksi di hadapan pelamin, lengkap dengan pesilat sekali.


Kumpulan Gamelan Gema Gangsa dari UIAM - pelajar-pelajar belaka tu. Memang cukup terserlah budaya Melayu bila muzik latar sebegitu. Atas permintaan tuan rumah, lagu-lagu selingan MP3 diambil dari lagu Bosanova Jawa - berkonsepkan ala RnB tapi dalam bahasa Jawa ala Belanda. Memang mengasyikkan..


Selingan dari kumpulan Nasyid Soul Brothers. Lagu 'Yang Agung' nyayian asal Lah Ahmad menjadi antara lagu pilihan.

Bersedia untuk mengacara semasa bersanding. Orang kata Che Mid nampak kurus...entah..Buat pertama kalinya Che Mid bersyair, selalunya berpantun saja..

Pengantin pertama diarak masuk - Muhammad Kuzax Kusari dan Raja Shahinda 

Diikuti pula dengan pasangan kedua - Muhammad Daniel Kusari dan Madihah Ameera

Pakaian songket pengantin ditempah khas dari Terengganu dan dijahit oleh pereka terkenal Salikin Sidek. Tatarias juga oleh Salikin Sidek. Hasilnya - cukup cantik menawan penuh kemelayuan. 

Ini dia tuan rumah majlis - En Ghazali & Puan Laila, sangat anggun dan menawan

Kawan-kawan kami yang turut memeriahkan majlis. Ada yang datang jauh dari Kedah dan Johor.

Sentiasa suka sangat bila dapat berkumpul macam ni..


Ada yang dah tak kenal atau ingat-ingat lupa..

Sebelum balik sempat bergambar dengan Pak Engku. Awat gambar macam tahun 60an pulak kalenya...

Ini komen dari Laila Ghazali..tuan rumah..alhamdulillah..Memang sedikit mencabar bila mengendalikan majlis rakan sendiri, tentu harapan tinggi diletakkan atas bahu kita. Apatah lagi, rakan-rakan lain pun turut hadir menyaksikan bagaimana kita 'bekerja'. Namun setinggi penghargaan kepada tuan rumah atas kepercayaan kepada kami. Insyaallah, kami terus berikan yang terbaik.

Ma'assalamah, wa ilalliqa'




15 comments:

  1. wah dua pengantin sekaligus. sweet la mcm tu. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sweet dik..ada seorang lagi anak tuan rumah ni, baru tingkatan 2..lama lagi le nak bermenantu semula..

      Delete
  2. mewah hebat dan bergaya... senang tengok adat lama masih dikekalkan.... satu majlis yang super meriah.... senang tengok dan makanana aduhai... kambing golek yg takleh nak tolak tu... nyum nyum....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyum nyum... tapi orang bertugas macam Che Mid, tak boleh nak makan sangat..sibuk dan risau lebih ha ha

      Delete
  3. salams kak, semua cantik....akak pon cantik:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduii..I pun cantik..angle tepat kut ha ha

      Delete
  4. Memang meriah...bukan murah ambik pak Engku dan salikin sidek.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Che MID
    Saya boleh bayangkan bagaimana suara Che Mid bergema
    Memeriahkan majlis yang memang nampak mewah tu
    Tanpa pengacaraan yg baik, sudah pasti majlis menjadi tidak bermaya dan suram kelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih cikgu. Bayangkan yang indah-indah sahaja ya..he he

      Delete
  6. Seronok jugak yer CM....buat bisness gini, bekerja ikut permintaan. Sepasang gambar pengantin tak keluar....
    Deeja tak ikut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..setakat ini masih bertahan..

      Delete
  7. Mesti Che Mid ni peramah orangnya. Seronok kan memilih kerjaya yg memang menjadi minat kita.

    ReplyDelete