Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 18 February 2015

Indahnya Berdua eh..Bertiga..

Assalamualaikum wbrk sahabat yang dirahmati Allah swt

Che Mid nak tulis pasal lain, tapi ternampak gambar ni..tergerak pulak nak tulis di sini. Gambar di bawah menunjukkan tiga keluarga berpoligami. Isteri pertama sebelah kanan dan isteri kedua sebelah kiri suami masing-masing.


Yang Che Mid nak tunjuk ialah bahawa molek lah kita war-warkan hidup berpoligami yang bahagia dan mengikut syariat. Untuk sedikit sebanyak menidakkan contoh-contoh poligami drama tv atau realiti yang kacau bilau dan huru hara disebabkan kedangkalan ilmu dan tindakan masing-masing. Sampaikan orang Islam sendiri takut  berpoligami dan menjadi bahan momokan orang bukan Islam yang anti Islam.

Islam itu indah dan syumul. Mengikut kisah di atas, isteri pertama yang meminang bakal madunya. Bukan calang-calang wanita boleh buat macam tu dan tentu dia tahu benar bagaimana suaminya. Tentu dia tahu benar yang suaminya mampu beristeri lebih dari satu.




Ini Ustaz Abd Rashid dan isteri-isterinya. Dalam gambar pertama tadi, mereka duduk di tangga teratas. Che Mid tak baca kisah mereka tapi gambar ini di majukan oleh guru sekolah yang sama mengajar. Isteri pertama meminang isteri kedua. Bahagia ..alhamdulillah..dan kini menetap di rumah yang sama.

Media tak habis-habis "promote" teruknya poligami tapi hakikatnya hukum Allah itu benar dan adil. Begitu juga dengan hudud dan lain-lain. Seolah-olah Islam itu boleh dipilih-pilih. Yang nampak cantik boleh guna yang tak berapa best tolak tepi dan buang jauh-jauh. Tak cukup dengan itu, tambah sini sana biar nampak buruk dan tak elok,, Astaghfirullah..

Kalau yang tadi gambar pasal ustaz dan ustazah, ada yang kata, " Dia orang boleh lah..ustaz..ustazah.." Meh sini Che Mid tunjuk..

Sahabat baik dunia akhirat insyaallah..pun bermadu. Dan berbahagia hari ini. Suami tak pernah tipu untuk berkahwin baru. Sebagai isteri tetap diterima walau pedih di hati tak siapa tahu. Akhirnya, iman mengatasi segalanya. Semua pihak berusaha ke arah bahagia. Insyaallah..

Hujung minggu lepas Che Mid hadir di satu satu majlis walimah. Yang dirai adalah anak dari isteri pertama. Yang menyambut tetamu si suami dan isteri kedua. Isteri pertama duduk di sebelah kerana uzur..sama-sama berbaju sedondon. Manis kan begitu..

Berikut gambar-gambar yang Che Mid cari dr Mr Google...sekadar hiasan.

Salih Yaakob dan empat isterinya

Ustaz Zaharuddin dan dua isterinya

Ustaz Azhar Idrus dan tiga isteri serta anak-anak

Masyaallah tabarakallah...doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Penutup kata, Che Mid selit sikit cerita Allahyarham TGNA. Suatu hari ada seorang ustaz datang berjumpa beliau di pejabatnya dengan membawa sebuah kitab dari Yaman. TGNA kata," Ambo suko dapat kitab dari dapat isteri baru. Dapat isteri buat senak perut, baco kitab dapat ilmu.".

Hmmm..itu TGNA yang tinggi ilmunya tetap memilih untuk punya hanya seorang isteri, Tapi beliau pesan pada isterinya Datin Tuan Sabariah supaya menjaga 3 perkara:-
1) Jaga tempat tidurku
2) Jaga makan minumku
3) Jaga pakaianku

Hasilnya, TGNA pernah kata pada isterinya, " Kito ni dah tuo tapi masih macam pengantin baru..." 

Nabi Muhammad saw, sewaktu diisra' mi'rajkan, melihat wanita paling ramai dalam neraka, Antara sebab utama ialah isteri yang suka berkeluh kesah dengan suaminya. Sering berasa tidak cukup itu ini dan banyak merungut. 

Ustaz Muhammad, dalam pengajian yang Che Mid ikuti pula berkata cemburu isteri juga  boleh menyebabkan isteri masuk neraka. 

Allah..sama-sama kita fikirkan sejauh mana ketaatan kita pada suami. Tak payah la fikir suami kahwin lain, suami yang ada depan mata 24 jam ni pun belum tentu kita 'betul-betul taat'. 

Maaf jika ada yang terasa..sama-sama audit diri. Macam Raja Shamri kata ," Kita kan Islam..."

Akhir kata..selamat bercuti panjang..hati-hati di jalan raya. Ma'as salamah wa ilalliqa'



19 comments:

  1. Entahlah che mid... saya suka je baca kebahagiaan mereka..

    ReplyDelete
  2. selamat bercutilah utk che mid ya, dan berbahgia lah pada mereka yang bertiga berempat berlima dan berrrr ber entah lah kan kaalau terjadi kat diri sndiri ...

    ReplyDelete
  3. Isu poligami ni isu yg negatif utk seorg wanita. Tapi kita kene balik PD qada Dan qadar. Diana tertarik dgn jaga 3 perkara iaitu
    1. Jaga tempat tidurku
    2. Jaga makan minumku
    3. Jaga pakainku

    Terima kasih utk peringatan ini

    ReplyDelete
  4. saya pernah baca satu cerita di Johor dalam majalah mastika... penghulu beristeri empat, tinggal serumah dan anak2 menyusu dengan mana2 ibu tiri mereka dan semua anak memanggil ibu dan ibu tiri mereka dengan panggilan emak... bila suami sakit, masuk hospital, isteri bergilir2 jaga dan yang lain jaga rumah... bila salah satu isteri sakit begitu juga... bahagia di rasa bukan dengan nafsu tapi dengan ketenangan... kalau suami hanya ada seorang isteri tapi dia liar di luar pun isteri tetap takkan bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun ada baca kisah itu dahulu di Mastika. Bukan calang-calang orang boleh berkahwin lebih dari saatu dengan saksama..

      Delete
  5. Indah berpoligami jika si suami adil.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    apa yang penting hati...sekiranya hati kita jujur dan ikhlas tiada rasa cemburu, iri hati, tamak, dendam atau kecewa, maka biarlah berapa pun ...asalkan yang suami pulak adil dan saksama, InsyaAllah aman....bakal payung emas dijanjikan..

    ReplyDelete
  7. Bila iman sudah kental di dalam hati mudah menjiwai keindahan hukum-hakam yg dibenarkan dalam agama. Peraturan sudah disusun kalau ikut dgn betul segalanya akan berjalan lebih indah sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. apa pun bermula dgn iman dan taqwa. Tidak kira ustazah ke orang biasa ke..bukan semuanya kuat..

      Delete
  8. Isu paling sensetif bagi wanita ni Che Mid dan akan banyaklah komen negatif dari positif jika di utarakan. Kita lebih kenal siapa suami kita jadi tepuk dada tanyalah hati... Moga kita akan menjadi seorang yang sabar dan redha sekiranya kita menjadi insan terpilih itu...insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sensitif memang sensitif, tapi orang perempuan pun bercakap tentang hal ini terutama bila terkena dengan pada jiran atau sedara mara. Nasib baik tak kena kat aku..begitu kut bersyukurnya orang perempua ni he he

      Delete
  9. Ermmm tak leh imagine kalau asben saya berkahwin dgn sy semasa dia belum divorce dgn yg pertama.
    Dah divorce lama pun, dia mengacau rumah tangga kami.. inikan pulak KALAU BELUM hu huhu.

    Allah tau apa yang terbaik.. wallahualam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekda dan suami adalah orang yang sabar. Kuatkan semangat dan teruskan bergumbira ha ha

      Delete
    2. Semangat sentiasa kental nih kak :P

      Delete
  10. Terkesan....insyaAllah kita perbaiki mana yang kurang...bertambah iman bertambah ketaatan kepada Allah & suami :-)

    ReplyDelete
  11. CM.....mana yg ditakdirkan beristeri lebih kira rezekilah tu hihi...yg tidak, redho ajelah kan CM...
    Mana yg rasa mampu dan terbaik....pilihlah....

    ReplyDelete
  12. senengnya bisa poli gami.. rukun lagi,,,,terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete