Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 10 February 2015

Tumis Pakis Merah campur Nenas

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian...apa khabar...

Dah makan ke belum? Belum..ala kesiannya...Hari ni Che Mid nak tayang satu lagi masakan turun temurun orang Jawa iaitu tumis pakis merah. Tentu ada yang pernah makan dan mungkin ada yang tak pernah rasa..

Inilah dia pucuk paku pakis merah. Kena masak cepat sebab bila simpan lama daun tu cepat layu dan lunyai.

Nenas telah dipotong ikut suka. Yang beso-beso tu untuk mangsa kunyahan Che Mid sambil memasak ya..

Nak resepi ke? Ala senang je macam kita tumis pedas sayur lain.

Cili api lebih sikit baru kick, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit belacan. Tumis semuanya dengan minyak, pastu masukkan nenas. Kacau sikit-sikit hingga nenas layu dan air nenas mula keluar. 

Akhir sekali masukkan pucuk pakis merah, kacau lebih kurang. Kalau nak kuah tambah sikit je air. Perasakan dengan garam dan matikan api bila sayur agak layu. Done!


Dah siap..

Untuk lauknya pula, Che Mid pasangkan dengan lemak udang belimbing buluh. Resepi dah ada dalam blog lama Che Mid di sini. Pokok belimbing kat tepi rumah tu tengah berbuah lebat, minggu depan dah boleh petik banyak-banyak..


Tambah pulak dengan telur asin rebus. No ikan no ayam...

Hari Ahad lepas, si Faris balik bercuti. Dia minta masakkan feveretnya ikan keli pecal. Resepi boleh tengok kat sini

Yang sedihnya, Che Abang beli 3 ekoq je... dua ekor Faris dan Che Abang makan untuk lunch, baki seekor lagi Faris tapaw balik hostel. Terpaksa berkongsi makan dengan roomate..siannnn...





Ini pun Faris suka sangat. Kobis goreng mak mertua Che Mid punya style. Tak pedas sebab takde cili, tapi tambah dengan tauhu dan isi ayam. Bubuh juga kiub ayam dan sikit sos tiram. Masak sampai kobis tu betul-betul lembut... Hmmm..memang meratah-ratah le Faris makan ni. 

Sebenarnya sejak awal tahun ni, Che Mid jarang masak sangat. Sebab tinggal kami suami isteri dan Deeja je. Tak seronok rasanya masak sedap-sedap bila situkang makan duk berjauhan. Ayan pun dah berpindah ke rumah lain sejak beristeri ni. Time pagi hingga lepas Zohor, memang Che Mid sorang-sorang je di rumah.

Selamat memasak dan memasak lah dengan selamat he he..


21 comments:

  1. nyom nyom nyom,, sedap nya kak che mid,, lama sangat dah tak jamah pucuk paku merah,, memang susah nak cari kat tengah bandar ni,, sedap2 lah resepi che mid ni,, kalau berkeinginan saya nak wat gak lah,, insha allah sayur kobis tu saya nak cuba sebab huby suka kobis hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur kobis paling senang nak masak..anytime ada je kan. Pakis merah ni pun susah nak dapat..tu yang syok sangat masak bia dapat.

      Delete
  2. Musim belimbing sekarang ni Che Mid pokok kat rumah pun berbuah lebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A aj..kat umah Che Mid pun tengah tunggu masa utk dipetik..

      Delete
  3. pakis merah kat brunei ni di panggil lemiding, mmg sedap tumis air macam tu, sesekali masak lemak pun ok + ikan masin che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak ? Tak pernah tau pulak kak..kena cuba ni,,

      Delete
  4. Pucuk pakis+ nenas ni resepi keluarga kakak juga ni CM.
    Kakak baru semalam masak lemak belimbing tapi dgn ikan masin bukan udang. Siap bagi jiran lagi sebab belimbing kan tengah musim sekarang ni. Bergayutan macam anggur:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba dengan udang pula kak Zakie he he terangkat gitu..

      Delete
  5. Pakis merah ni kak zai tak pernah makan biasa yang hijau.

    Sama macam kak zai tinggal berdua bila petang baru hubby blk.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak baca entry masak memasak akak. Kalau dah tak ramai penghuni, nak masak pun takder mood kan kak. Hubby saya pun tak bagi masak. Buat penat mengemas jer katanya...

    Pecal tu sedap betul nampaknya. Masukkan cekur la tu yer kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..hari ni akak buat jemput-jemput je utk dinner..abang makan nasi lemak..done!

      a ah, bubuh cekor..baru bau original he he

      Delete
  7. Sedapnya tengok gambar.......CM, bunda belom pernah makan pakis merah ni...sama ke rasanya ngn pakis hijau tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Sarawak ada sejenis pakis jugak...midin namanya...

      Delete
    2. midin tu bukan pucuk paku hijau tu ke bunda..

      Delete
  8. Lapar jadinya tgk lauk pauk yang sedap2 ni...
    Tapi saya tak pernah lagi makan tumis paki nenas tu... nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba nur..cuma susah dapat pakis merah ni...ada masa-masa nya je..

      Delete
  9. sedapnya pakis + nenas.
    Kalau di pasar tani, paku pakisnya dah tua-tua pun dijualnya..

    ReplyDelete
  10. mak datuk... jangan kata jawa macam saya ni... yg bukan jawa pun meleleh tengok... pecal ikan keli... aduhai... nanges tengok... tapi paku pakis nenas memang best....

    ReplyDelete
  11. Pakis merah tu kalau saya buat goreng bercili.

    Camtulah yang saya rasa selama beberapa tahun kebelakangan ni cik mid. Sepi dan sunyi kat rumah... anak-anak duk berjauhan... tapi rasanya tak lama lagi 'terang' lah balik rumah... anak-anak saya dah nak habis belajar.

    ReplyDelete
  12. 1st time saya tengok puck pakis merah...makan mmg la lagi tak pernah...haha
    Ikan keli pecal tu menarik betul la rupanya...saya nak mintak wife saya tgk kan resepi tu la..hahaha..sebab saya tahu makan je...:P

    ReplyDelete
  13. pucuk pakis merah + nenas memang 1st time tau, che mid. kena cuba...
    keli pecal,my faveret.tak pernah masak sendiri, makan mak masak aja..haha
    boleh cuba..boleh cuba

    ReplyDelete