Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 24 November 2015

Ingatan Terindah "Anniversary"

Assalamualaikum sahabat-sahabat ahli syurga sekalian..

Sabtu 21/11/2015.. makan-makan.. tapi ad surprise sikit..jom tengok..


Bersiap nak pergi makan-makan anniversary

Gambar paling loving setakat ini

Dah sampai di Restoran Pocobox Cafe. Terletak di dalam kampung je. Tapi satu inovasi terbaik dari anak muda ini. Menyatukan western cousine dengan fotografi kerana pemilik kedai adalah seorang fotografer, kawan Farhan.

Si kecik sentiasa nak sedondon dengan ibu dan kakak.. penat melayan karenah dia ni. Kekadang nak ke surau sebelah rumah pun jadi lambat sebab nak berdondon-dondon juga. 

Restoran Pocobox ni tak besar, tapi ada sudut mainan untuk sikecil. 

Cekak rambut kesukaan dari persembahan di sekolah, tetap dipakai ke mana-mana.

Farhan dan Epa yang makin bulat.. alhamdulillah dan 4 bulan berisi..

Chicken grill pilihan Farah RM10.00


Mix grill RM19.00 untuk Farhan


Lamb chop untuk abah RM15.00


 
Spaghetti bolognaise untuk Epa RM15.00

Spaghetti Carbonara plus chicken untuk ibu - RM15.00


Dan pelbagai jenis kopi - latte, mocha dll

Seperti biasa, makan-makan dan borak-borak sambil makan. Sayang Faris tak dapat balik sebab sedang bersiap untuk peperiksaan akhir semester.

Ada juga kejutan kek dari anak-anak.. tak le terkejut sangat... kek.. biasalah tu..


Tapi yang lebih 'surprise' ialah rupa-rupanya Farah dah siapkan slide tentang kami. Seharian dalam bilik rupanya Farah dan Deeja buat tu. Pandai Deeja simpan rahsia ek!


Setiap orang anak akan hantar nota suara via whatsapp dan beri ucapan dan soalan-soalan untuk ibu abah.

Semua anak mengucapkan happy anniversary dan mendoakan kebahagiaan perkahwinan kami hingga ke jannah. Soalan tentang karektor ibu abah, semua anak kata lebih kurang. Abah seorang yang tegas, bila garang memang nampak garang, bila kelakar memang kelakar. Ibu pulak seorang yang kuat pot pet tapi hati lembut dan penyayang. Namun untuk soalan seterusnya, Che Mid dah tulis seperti kat bawah ni. Antara momen paling indah dan 'rare' dan soalan cepu emas untuk ibu dan abah. 

Farhan :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa keluar berdua atau bercakap tentang 'mens stuff'.. 
Momen dengan ibu 
(i) Semasa pagi-pagi nak pergi sekolah, mesti keluar rumah serentak. Ibu naik kereta pi kerja, Ayan naik basikal. Sampai kat simpang, Ayan masuk kanan, ibu jalan terus sambil kita babai-babai. 
(ii) Yang kedua,  semasa menangis bersama-sama, tak kisah la tentang apa pun. 
Soalan cepu emas - Semasa nak kahwin, ibu abah tau ke atau plan ke nak anak macam sekarang ni atau keadaan rumaht tangga macam sekarang.. (Soalan dari seorang yang baru jadi suami dan bakal bergelar bapa he he)

Farah :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa dapat hadiah dalam sarung bantal buruk sangat. Mula dapat bantal tu rasa nak nangis.  Tak tau rupanya dalam tu ada patung arnab yang sangat cute.
Momen dengan ibu semasa belajar memasak sayur kobis. Ibu puji, tapi lepas puji je mangkuk tu jatuh pecah. Tak dapat dimakan. Tapi ibu kata," Takpe, takde rezeki". 
Soalan cepu emas - Apa harapan ibu abah pada setiap seorang anak-anak. (Soalan dari orang kejuruteraan..aduii he he) 

c) Faris :-
 Momen terindah dengan abah semasa abah bedakkan Faris. Dengan tapak tangan abah yang kasar tuuu... abah sapu kuat-kuat, rasa macam kena papan ha ha
Momen dengan ibu semasa ibu usap kepala Faris sebelum tidur. Ibu bacakan doa dan tiup kepala Faris. Masa tu rasanya best sangat. (Ayan menyampuk, " Ayan pun ingat nak cakap tu jugak tapi Faris dah cakap dulu")
Soalan cepu emas untuk ibu abah - Bila ibu abah mula jatuh cinta dan rancang nak kawen? (Betul-betul punya cepu emas ni he he)

d) Faiqah :- 
Abah kadang-kadang jahat kadang-kadang baik. Masa abah jahat abah marah adik. Masa abah baik abah bawak pergi City Mall makan aiskrim sama-sama. Abah bawak pergi taman, abah bawak pegi Tesco, Giant dengan taman yang ada nyamuk (hi hi..tempat joging kat Setia Alam tu kadang-kadang ada nyamuk)
Ibu pun sama. Kadang-kadang garang kadang-kadang baik. Masa ibu garang, ibu tak kasi mandi kolam. Masa ibu baik, ibu kasi tengok katun. Paling best sekali ibu beli mainan yang ada marker dan ada puzzle kat belakang tapi sekarang ni dah hilang hi hi.. 

Nota: Kami tak jawab soalan masa tu juga sebab Faris tak de. Kena jawab dalam voice note juga he he.

Abang besar dan adik kecik..

Sebelum balik, posing lagi..

The ladies..



Esok tengahari 22/11/2015, Ahad kami ke tempat Faris. Tak plan juga tapi teringatkan kakak Farah dah nak balik Johor, adik pulak tengah nak exam. Tak jumpa la pulak nanti..

Cuma bawa nasi lemak 

Ekstra telor dan sayur kacang buncis goreng

Sambal sardin 

Dua bekas agar-agar milo dan kek anniversary semalam. 


Berselera makan di kafe yang ditutup pada hujung minggu. Deeja paksa kami sedondon biru pulak. Kami tapaw baki makanan untuk Faris dan kawan-kawan. Tu yang guna bekas recycle je..  Kejap je licin.. begitulah anak-anak duduk kolej ni, sesekali dapat 'home cook' memang selera sungguh.. Ralat juga tak masak lagi banyak.. 

Kakak dan adik

Si kecik menyelit..

I learnt something. Sebenarnya, anak-anak tak kisah pun apa yang kita beri. Yang melekat kemas di ingatan mereka ialah ingatan kecil yang kita cipta bersama. Che Mid pun dah tak ingat doa apa yang Che Mid baca dan tiupkan di kepala mereka sebelum tidur,  dah tak ingat pun tentang sayur kubis yang pertama kali Farah masak sedap. Tapi masyaallah, untuk mereka..itu yang paling manis dan "rare".

Sekadar perkongsian, pada ibubapa yang terlalu 'reserved' dengan anak-anak, sesekali keluarkanlah emosimu. Ceritakanlah pengalaman melahirkan, membesarkan atau even pengalaman cinta kita. Rupanya anak-anak akan lebih menghargai kita dan menyayangi. Juga sebagai panduan hidup mereka sendiri nanti. Sebab semasa mereka berumah tangga nanti tak semesti kita ada lagi di sisi mereka kan.. 

Very true.. 



38 comments:

  1. kenapa lak sura yg terharu baca n3 ni..hukhuk..
    happy anniversary kak..semoga kekal hingga ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun terharu juga Sura. Tu yang kena tulis buat entri. Untuk kenangan masa depan he he

      Delete
  2. Seronok kan bila anak2 dah besar..
    Ada jer kejutan utk ibubapanya..
    Seronok pulak baca moment mereka bersama Che Mid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, moga terus rapat seperti ini walaupun tinggal berasingan..

      Delete
  3. So sweet. Happy anniversary kak mid & hubby. Smoga kekal bahagia till jannah. Tak lama lagi sambut cucu plak ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih Fiza. Insyaallah bulan April 2016 jadi nenek pulak..

      Delete
  4. sweet yew kak midah...happy anniversary...moga bahgia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..orang dekat tapi jauh ni.. t kasih juga ya..

      Delete
  5. suke tgk family akk ni. happy dan sporting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada masa happy dan kena ada masa serius sis kan.. baru le seimbang..

      Delete
  6. Seronoknya tengok anak2 cik mid meraikan anniversary makayah tersayang dengan kejutan2'gitu....bahagia sungguh.Makanan juga nampak sedap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan sedap dan masih murah. Sengaja Che Mid tayangkan di sini dan kemudian akan di link ke fb pocobox.. tolong promosi sikit..

      Delete
  7. Romantiknyaaaa akak..seronok sangat Wa tengok gambar2 family akak ..happy family.. Happy Anniversary buat akak n hubby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak yang jadikan tahun ini kami macam lomentik.. kami biasa-biasa je sebenarnya. Hadiah-hadiah pun takde, selalu makan-makan je..

      Delete
  8. Dan hadiah yang bakal tiba beberapa bulan lagi... tentunya cucu ye dok!

    ReplyDelete
  9. Kak....dah ler saya baruuu jer selesai sesi luahan perasaan kat Adam. Bila baca ni, sambung balik hujan lebat says...huwaaa. CM, semoga kebahahgiaan percintaan ini kekal selamanya. Pahit yg dilalui, manis telah dicapai. Dan saya masih menunggu manis saya. Doakan saya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sama-sama kita doakan anak-anak berjaya menempuhi godaan dunia yang semakin hebat ini.

      Delete
  10. Saat yang paling indah bila anak2 sudah meningkat dewasa dan berkeluarga. Bila tiba hari2 istimewa masing2 berebut nak bawa pergi makan special.

    Sweet sangat tengok gambar berdua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatan tu yang pentingkan kak.. Ni tengah berangan nak buatkan sambutan ulang tahun perkahwinan mak abah CM yang ke 50.. hi hi..

      Delete
  11. che mid..happy belated anniversary. tak terpandnag lak yang keberapa..tut..rahsia ya
    happeningnya..suka baca
    walaupun umur kita cam lbh kurang sama, saya ni punya anak kecil lagi. maklum, dah tua baru jadi ibu. nasihat yang che mid berikan, jadi panduan buat saya. tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih Anim. Yang ke 22 dah. Farhan dah 24, jodoh pulak cepat.. maka cepatlah omaknya tuo ha ha..

      Delete
  12. psstt: Che Mid, saya tak pernah cuba makan lagi kat situ.. walau hampir setiap hari lalu depan tu.. ;)

    ReplyDelete
  13. Happy Anniversary buat akak dan suami....Suka saya tengok expression muka akak pekup mulut tu ( masa tengok slide video)...Hahahhaa...

    Pasal "momen2 indah " tu...tq sebab berkongsi....ianya jadi inspirasi buat saya...utk saya cuba buat momen2 se macam itu dengan anak anak saya....

    Kat Setia Alam ni memang banyak nyamuk kat tempat jogging tu! hahaha

    ReplyDelete
  14. Seronok nya nengok ni kak..
    moga kasih syg berpanjangan hingga ke syurga... best bila anak2 dah besar ni..mcm2 suprise dr mereka...

    ReplyDelete
  15. Tahniah kak... tumpang seronok dan berharap peroleh kebahagian yg sama.. amin

    ReplyDelete
  16. Barokallah... pejam-celik-pejam-celik 22 tahun dah tidur sekatil CM. Tahniah dari kakak.
    Anak-anak pun dah besar. Moga limpahan kebahagiaan dan rahmatNya sentiasa mengiringi hingga ke syurgaNya.

    ReplyDelete
  17. happy anniversary ye kak. betullah... bila mak ayah tak reserve sangat, anak-anak akan jadi semakin pandai appreciate. :)

    ReplyDelete
  18. Happy Aniversary...semoga berbahgia selalu...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Che Mid yg ceria sokmo
    Tahniah dan Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan.

    ReplyDelete
  20. Happy anniversary che mid.. even i x leh nak tgk gambar2 ni..but m sure.. happy semuanya.

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah....
    smoga kbhgiaan milik akak sekeluarga slamanya..amin...

    seronok bila tringat moment bersama ank2..lain ank..lain knagannya

    ReplyDelete
  22. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  23. Hepy Anniversary CM....moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tak dpt tengok gambolah CM. Kosong jer tu huhu....Rugi betullah. Tak dpt tengok gambo romantik CM hihi...

    ReplyDelete
  24. Hepy Anniversary CM....moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tak dpt tengok gambolah CM. Kosong jer tu huhu....Rugi betullah. Tak dpt tengok gambo romantik CM hihi...

    ReplyDelete