Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 16 November 2015

Marhaban di Puncak Setiawangsa

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian..jumpa lagi di saat hujan lebat di sana sini.

Hari tu baru cerita tentang marhaban, tapi hari ni nak cerita lagi. Yang ini special sikit he he.

Hari Sabtu 13/11/2015 di majlis khatam Quran Cik Afzan Idiana anak kepada Dato Azri dan Datin Aida di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Mendapat tempahan melalui ANH Wedding Planner, yang mahukan kumpulan marhaban yang boleh bernasyid. Che Mid tak pasti kehadiran ramai ahli kerana hari itu ialah hari Jumaat, hari bekerja. Cuma sasarkan dua buah kereta maksimum 14 orang sahaja. Tapi komitmen ahli sangat mengagumkan, ada yang sanggup bercuti atau ambil cuti setengah hari demi memenuhi tempahan ini. Akhirnya, kami pergi dengan 4 buah kereta. 

Memandangakan hari Jumaat yang diketahui lalulintas sesak, kami bertolak seawal jam 8 pagi. Tapi kami sampai dalam pukul 9 pagi, tak sesat pun dan kemudian berhenti minum di kedai berdekatan. Ada yang bawa sarapan dari rumah, jadi kami sama-sama menikmati sarapan pagi sambil borak-borak kosong. Jam 9.45 kami bergerak ke surau berdekatan untuk 'freshen up' sebelum 'sound check' pada jam 10 pagi. 


Ini dia bunga telor istimewa dari pengantin. Bunga emas berladung dan telor bertinta nama pengantin. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Bella, personaliti TV9. (Gambar ihsan Google).

Diikuti dengan solawat selamat datang oleh Ustaz Hasnol Diwani. Semasa ustaz baerselawat, kami ahli marhaban berbaris masuk ke ruang majlis.


Pengantin Cik Afzan Idiana di apit oleh 6 orang saudaranya untuk sama-sama berkhatam Quran. Kami memulakan majlis dengan selawat dan zikir munajat, kemudian pengantin dan kumpulannya mengaji dan diakhiri dengan doa khatam Quran. Kami sudahi majlis dengan marhaban beramai-ramai. Kemudian pengintin diiring keluar ke halaman untuk sesi bergambar dan memotong pulut kuning.


Menerima cenderahati berupa sebuah beg yang berisi pulut kuning rendang dan bunga telor.


Bergambar dengan Dato, Datin dan pengantin.

Kemudian kami meneruskan persembahan yang merangkumi nasyid dan qasidah. Antaranya ialah Ya Badrotim, Taqwa (Opick) dan Qasidah Assamualaik dan Ya Rasulullah Ya Nabi. 


Dengan staf ANH Wedding Planner yang berhubung dengan Che Mid. Maklumbalas dari mereka ialah 
1) Semua orang suka dengan persembahan kami -  Tuan rumah, tetamu dan staf bertugas. 
2) Katanya, memang sukar untuk mencari kumpulan marhaban yang boleh bernasyid sekali dan kami boleh bawa lagu yang up todate. Ada campuran lagu lama dan baru. 
3) Mulanya mereka ingat kami ni kumpulan orang-orang tua, tapi terkejut bila nampak kami semua muda-muda. He he, Che Mid kata dalam kumpulan kami ni ada nenek-nenek juga. Cuma kami jaga penampilan dan pemilihan pakaian supaya nampak segar dan 'muda'. 
4) Mereka mahu kami siapkan video melalui whatsapp supaya mereka boleh rujuk kepada bakal-bakal pengantin untuk masa akan datang. 

Hiasan di meja makan dan cenderahati. Khabarnya malam itu akan diadakan majlis berinai. Dan esoknya pula majlis akad nikah tetapi di tempat lain..hmmm..memang mewah..


Syukran jazilan kathira pada kawan-kawan yang ikut serta. Kalau boleh kawan-kawan lain pun ikut juga, tapi apakan daya ada komitmen lain yang harus didahulukan.



Buah hati hamba yang 'lead' lagu-lagu..


Orang kuat Helwa.. dua yang kiri tu dah bergelar nenek..


Dua beradik yang sangat sayangkan Helwa.. Ani dan Azma. Sanggup cuti dari tugas untuk pastikan Helwa boleh 'perform' dengan bagus.

Lagi pengikut setia..


Bunga telor yang sangat cantik..dan berat..kalau tukar duit mau kayoooo..

On the way balik ke Klang, geng sekereta Che Mid sempat singgah pekena cendol. Ingatkan boleh le duduk bawah pokok sambil makan laksa ke rojak ke..tapi hujan lebat masa tu.


Jadi kami order dan bawa ke kereta saja.

Jom nyendolll!!

Che Mid selalu anggap yang jemputan marhaban sebagai 'ladies day out' untuk ibu-ibu. Tinggalkan famili dan kerja rumahtangga yang tidak pernah habis untuk bersosial 'dressed up' sedikit disamping memenuhi majlis zikir dan solawat. Insyaallah pahala dapat, enjoy pun dapat.

Selepas ini kami akan ke Cheras, bermarhaban di sana pula pada 28/11/2015. Nak jemput kami? Hubungi Che Mid di 013-3672459 ya..

Ma'assalamah wa ilalliqa'..


24 comments:

  1. True enough..ladies' day out. Semua pun nampak enjoy. Semakin berkembanglah sayap lepas ni. Syukur Alhamdulillah kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, bila berbincang dengan wedding planner selepas majlis, memang banyak benda kena fikir dan upgrade. Pendekatan yang kami bawa ni memang ada permintaan.. cuma cara promosi perlu digiatkan lagi.

      Delete
  2. komitment yg diberikan ahlinya melancarkan urusan persembahan marhaban...tahniah moga terus sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang terharu sangat.. bukan wang ringgit yang kita cari.. setiakawan melebihi segala-galanya..

      Delete
  3. Tahniah la che mid..memang nampak very outstanding pun marhaban che mid nie..tambahan ngan adenya anak dara manis sbg penyeri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya penyeri majlis cuma ada bila cuti je he he

      Delete
  4. Sanggup ambik cuti demi komitment tahniah buat che mid dan rakan2.

    Ladies day out kak Zai suka tapi selalunya berakhir dengan shopping gila2.

    ReplyDelete
  5. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. wah makin maju yer che mid.. tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. bersatu kita teguh KA ha ha..

      Delete
  6. tahniah cik mid ...majlis berjalan dengan sempurna dan dapat sambutan.
    mewahnya majlis mereka kan cik mid bila tengok bunga telor pun dah tau...
    part cendol tu yang tak boleh tahan nak tatap lama2 ...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tunjuk benda mahal.. tang cendol jugak yang tak boleh tahan ha ha

      Delete
  7. Tahniah kak...berjalan dengan lancar nampak tu..meriah.. dapat pujian pasti nya kumpulan akak terbaik... insyaAllah ... cantik bunga telor tu kak..unik sgt! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Atie. Unik..cantik..dan berat bunga telor tu..

      Delete
  8. Mmg muka kesian che mid. Muka sedih je. Risau bile sekolah nanti. Muka baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaann.. kena antar dia kelas taekwando ke silat ke.. atupun mungkin sekarang dia macam tu.. dah besar sikit esok, jadi macho dan sado pulak he he

      Delete
  9. Cantek bunga telo tu... tahniah kumpulan aktif dan cemerlang semestinyer...

    Bunda dah lama tak hadir mengikuti kumpulan yassin kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy sangat ya bunda..kadang2 memang macam tu, ada perkara yang perlu didahulukan..tapi jangan tinggal terus tau Bunda, nanti kawan-kawan rindu pulak..

      Delete
  10. Orang nak yang fresh & lain dari yang lain sekarang heheh.

    Assalam kak.. lama tak jenguk.. bz benor sekarang ni huuu!

    ReplyDelete
  11. wahh..meriah kumpulan marhaban cik mid..ramai. majlis dari dato' datin memang dinanti olih setiap kumpulan marhaban. betul kata cikmid.. jemputan marhaban sebagai 'ladies day out' untuk ibu-ibu yg kerja rumahnya tak pernah habis..

    ReplyDelete