Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday, 14 February 2016

Inilah Mentorku

Bismillah.. izinkan daku bernostalgia..

Hadir di satu majlis kenduri tempoh hari, betul-betul mengimbau memori. Masuk je ke ruang tamu, rupanya sedang berlangsung majlis marhaban untuk cucu tuan rumah. Dan yang sedang bermarhaban ialah senior-senior Che Mid dulu. Memang pleasant surprise.. alhamdulillah.

Ini Ustazah Misriah, orang yang mula-mula mengajar berzanji dan marhaban pada Che Mid. Dan ada satu pertandingan berzanji yang Che Mid bertanding, suami ustazah, Ustaz Maa'mor Haji Noor pulak yang mengajar secara berdepan. Ekslusif gitu. Ustaz ada pesan, jangan hanya belajar sebab nak bertanding, tapi sentiasa baiki dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, pesanan tu tetap diingat sampai hari ini. 

Yang membuat Che Mid bertambah syahdu dan sendu ialah bila tengok ahli-ahli marhaban ni. Umur dah lanjut dan kesihatan pun nampaknya tak berapa menyebelahi. Bayangkan, mereka dah pun aktif dari zaman muda-muda dulu. Che Mid mula ikut kumpulan ni mulai 1987, masa tu baru grad.. kalau mak-mak kita ni berumur 50an masa tu, senang-senang hari ni ada yang 70an.. tetapi semangat tetap tinggi. Walau bertongkat atau berteman anak cucu, tetap hadir. Allahuakbar..

Makcik Asmah berbaju pink tu, datang ditemani cucunya. Bertudung biru, mak cik Jaharah, yang baru ikut kumpulan ini selepas kematian suami tercinta - sekadar masa terluang. 

Bagi makcik-makcik atau nenek yang bertongkat dan sakit lutut, terpaksa duduk atas sofa. Tidak berdaya bukan alasan untuk menghadiri majlis marhaban seperti ini. 

Gambar ini tak berapa terang, tapi suka tengok kemesraan mak Che Mid dan ustazah. Tamat majlis, apa lagi, Che Mid ambil peluang melepas rindu dan bertanya khabar. Ada yang 'pukul-pukul' Che Mid bila merasakan lambat sangat sampai 'turn' dia hehe. Walaupun tinggal sekampung, memang jarang sangat dapat berjumpa apatah lagi dalam majlis macam ni. 

Melayan mereka makan - ambilkan nasi dan air, cukup mengujakan. Nak bangun sangat pun dah tak larat. Makan pun sekadar menjamah hidangan mengambil hati tuan rumah. Namun demi marhaban dan silaturrahim, jemputan tetap ditunaikan. Respek betul..


Bergambar dengan makcik-makcik dan anak-anak yang masih tinggal. Yang lain dah balik dijemput anak atau suami. 

Umumnya mereka tahu yang Che Mid kini mempunyai kumpulan marhaban sendiri dan bergerak aktif. Tentunya lebih panjang langkah dan panjang 'akal' dibandingkan dengan mereka yang kini rata-rata uzur. Kami pelbagaikan cara persembahan, atas pentas, dalam dewan atau dalam surau mengikut tema majlis dan kehendak semasa. Belajar lagu baru dari internet, berbincang dalam grup whatsapp dan telegram, dan sibuk bertukar busana dan fesyen. 

Dan mereka tetap seperti dulu.. sampai bila dapat bertahan? Allah jua yang tahu. Ahli akan berkurangan apabila ada yang pulang menemui Ilahi. Mata yang kabur juga menyukarkan mereka mencari mukasurat yang betul, suara orang lama, kadang-kadang kedengaran atau kadang-kadang perlahan. Jauh sekali dari bersedondon baju baru. Tetapi pada Che Mid, mereka ini sangat istimewa.. tidak mengeluh atau mencari alasan umur dan kudrat untuk tidak 'keluar' bersosial melalui marhaban. Masyaallah tabarakallah. Che Mid berazam akan terus membawa legasi mereka ini jauh lagi ke hadapan selama yang boleh. Insyaallah. 


Persembahan kami hari ini - pakaian baru lagi. Generasi baru meneruskan tradisi. Doakan kami istiqomah ya.. 

10 comments:

  1. Saya dah lama tak "bersosial". Aritu ada Ustazah pelawa join.. tapi angkara kesibukan, segalanya terbantut. Harap2 minggu ni beliau pelawa lagi.. sebab tgh free sikit this week.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. CM doakan sama-sama kita jaga hablumminannas ..Aammin.

      Delete
  2. Ilmu yang dikongsi, lebih bersinar. Lamanya..bulan 5 nk sampai.

    ReplyDelete
  3. kat tempat saya ni pun ramai juga veteran yang masih bergerak aktif dalam marhaban tapi biasanya kudrat mereka dah tak larat nak datang sendiri...pergi balik diambil dan dihantar...apapun mereka tetap bersemangat berbanding kami .

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah betul, Banyak kumpulan yang terdiri dari dari orang lama, masih lagi berjemput untuk ke majlis-majlis.

      Delete
  4. ASSALAM...ILMU BERMARHABN PERLU DITERUSKAN GENERASI BARU SAMBIL XMELUPAKAN PELOPOR YG LAMA WALAU MRK AGAK LEMAH TAPI MINAT TETAP KENTAL DI HATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat kental tu yang tak boleh lawan Paridah he he..

      Delete
  5. Moga mereka semua dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian juga buat Che Mid dan keluarga.. ;)

    ReplyDelete