Kecoh viral tentang budak hilang..
Mereka tinggal setaman dengan Che Mid tapi macam tak kenal je. Macam-macam versi yang kami dengar dan grup whatsapp juga riuh rendah bercerita. Katanya, budak ni dan kawan-kawan sama-sama-sama turun bas dari sekolah selepas ada k kurikulum di sekolah. Tetapi anak-anak lain sampai di rumah, tapi Nashrul tak juga nampak bayang walaupun dah masuk waktu Isya'.
Kami jiran-jiran muslimat ambil inisiatif untuk menziarah keluarga budak lelaki yang dikatakan hilang. Mungkin tak banyak yang dapat kami bantu, sekadar berkenalan dengan tuan rumah dan mendengar cerita sebenar pun jadilah.
Tetapi dari perbualan dengan ibu angkat Nasrul, Che Mid kasihan dengan keluarganya tapi sangat-sangat kasihan dengan Nashrul, anak berusia masuk 15 tahun ini. Terlalu banyak yang dia lalui sehingga 'berani' menghilangkan diri. Teruskan membaca. Maaf jika ada yang tersinggung.. bacalah dengan hati terbuka.
Menurut ibu angkatnya, Nasrul seorang anak yang baik, dengar cakap dan tidak membantah bila ditegur atau dimarahi. Paling-paling pun masuk bilik dan kunci pintu.
Nasrul diambil sebagai anak angkat dengan ibubapa angkat yang kedua semasa berusia 13 tahun. Ketika itu Nasrul lari dari rumah keluarga angkat pertama dan hidup bersendirian. Bermalam di surau dan mencari sesuap nasi dengan bekerja mencuci tandas Kafe Siber. Kemudian Nasrul berkawan dengan seorang budak yang tinggal dengan neneknya. Nenek itu pula tidak sanggup untuk membela Nasrul kerana dia juga dalam kesusahan.
Kasihan melihat keadaan Nasrul yang tidak terurus, ibu angkatnya bersetuju menerima Nasrul dan merujuk kepada JKM untuk dokumentasi. Di JKM mereka bertemu dengan bapa angkat pertama Nasrul yang sedang mencari di mana Nasrul berada. Nasrul memilih untuk tinggal dengan Puan Fadzilah sejak itu.
Masuk tingkatan dua, Nasrul disekolahkan di sekolah Tahfiz di Perak. Namun Nasrul tak boleh 'bawa diri di sana. Terasa dikongkong dan disiplin sekolah yang ketat serta sukar menghafaz membuatkan Nasrul meminta untuk keluar dari situ tapi dihalang oleh Pn Fadzilah yang memujuknya untuk bersabar dan terus mencuba. Tidak sampai tiga bulan di sana, Nasrul melarikan diri dengan seorang lagi penuntut. Dari Perak mereka menaiki teksi, bas dan lrt ke Klang. Kecoh ustaz dan ibu bapanya mencari Nasrul tapi nasib baik Nasrul pulang ke rumah.
Sepanjang tahun tersebut, Nasrul tidak bersekolah di mana-mana. Bermula tahun ini, Nasrul disekolahkan ke tingkatan 3 pula. Pun mengadu tidak boleh belajar, namun ibu bapanya tetap mahu Nasrul fokus dan ambil peperiksaan tahun ini. Nasrul mudah mendapat kawan dan disenangi ramai. Mengaji al Quran pun rajin cuma tidak selancar anak-anak sebayanya (dikhabarkan anak ini 'slow learner' atau lembam).
Petang Rabu lepas (20/1/2016) Nasrul bersekolah seperti biasa tapi tidak pulang ke rumah. Laporan polis dibuat pada malam itu juga dan pihak JKM juga telah diberitahu. Mengikut perjanjian dengan JKM, dalam tempoh 3 tahun, Nasrul boleh dipulangkan semula kepada JKM jika timbul masalah. Dan ibubapanya bercadang akan bertindak sedemikian sekiranya Nashrul balik nanti kerana khuatir akan berlaku lagi peristiwa buruk.
27 Januari 2016 - Dapat berita yang Nashrul telah dijumpai. Sihat dan selamat. Nashrul berada di rumah nenek dan kawannya yang diceritakan di atas. Seminggu hilang, rupanya Nashrul ada di sana. Dengan keluarga miskin. Kenapa? Hanya Nashrul dan Allah juga yang tahu. Sanggup meninggalkan kehidupan 'normal' dan kembali ke jalanan.
Khabarnya juga Nashrul akan diserah semula kepada JKM, di bawa ke mahkamah yang akan memerintahkan Nashrul di hantar ke Pusat Pemulihan. Tentunya peraturan lebih ketat dan pastinya tanpa 'kasih sayang' ibu bapa angkat.
Kes Nashrul ini cuma satu kes dari ribuan kes JKM, jutaan kes anak tanpa ibu ayah kandung samada tidak sah taraf atau anak yatim. Bila cuma menyelami hati anak-anak ini, memang sedih sangat. Nashrul tak mahu belajar kerana dia tak mampu mengikuti silibus pelajar sebayanya. Apatah lagi tertinggal setahun pelajaran, dan dia juga agak lambat menerima pelajaran. Mungkin Nashrul menganggap ibubapa angkatnya tidak memahami dan menyelami jiwanya dan akhirnya Nashrul membuat keputusan melarikan diri sekali lagi. Dia mahu hidup sendiri, bekerja dan hidup sebumbung dengan orang yang 'ngam' dengan jiwanya. Bukan kerana tidak sayangkan ibubapa angkatnya, tetapi mungkin 'alam' luar lebih 'menerima' keadaannya seadanya.
Bagi Che Mid dan beberapa rakan, kami bersetuju dengan pendapat bahawa; ia benar, bukan mudah dan sebenarnya amat mencabar diri apabila memelihara anak angkat yang tidak pasti asal usulnya. Anak itu sudah sedia ada mempunyai tekanan perasaan mungkin dari lahir apabila tidak tahu siapa ibu bapa kandung atau diabaikan mereka. Tinggal pula dengan jabatan yang bukannya institusi keluarga sebenar. Jadi pada ibubapa yang sanggup mengambil anak-anak ini, perlu mempunyai kesabaran, empathi dan masa serta ruang yang banyak untuk anak-anak ini. Pengorbanan amat besar diperlukan dan ketahanan mental serta fizikal juga penting. Che Mid tabik hormat 200 persen pada orang awam yang sanggup bersusah payah memelihara anak-anak ini umpama anak sendiri. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa ibubapa angkat ini.
Salah seorang sahabat Che Mid, pernah menyaksikan seorang anak tak sah taraf yang sangat 'degil' semasa kecil. Kuat melawan, suka mencuri. ponteng sekolah dll. Tetapi ibu angkatnya seorang yang sabar dan sanggup melayan karenahnya tanpa sesekali 'menyingkirkannya'. Hari ini anak sudah dewasa dan menjadi 'orang'.
Satu lagi, sebagai orang yang dewasa, wajib percaya bahawa bahawa rezeki itu datang dari Allah swt, bukannya PT3 atau SPM atau universiti. Kejayaan masa depan datang dari banyak sumber yang mungkin kita tidak terfikir pun. Dan setiap anak-anak kan Allah dah janjikan rezeki masing-masing..
Akhir kata, pada Nashrul, jika adik membaca posting ini, Nashrul kena
tahu bahawa di luar sana ramai orang yang sayangkan Nashrul. Jangan
sesekali anggap semua orang tak suka atau benci Nashrul ya. Nashrul nak
cari ibu kandung ya... carilah.. tapi kalau tak jumpa jangan benci diri
sendiri ya. Walau di mana dan dengan siapa Nashrul berada, ingat bahawa
Allah sentiasa dekat dengan kita. Satu hari nanti Nashrul akan jadi
orang besar dan dewasa, bukan budak-budak kecik lagi. Jadilah manusia
yang berguna pada manusia lain dan hamba yang taat pada Pencipta. Setiap
sesuatu yang berlaku itu ada hikmah tersembunyi dari Allah. Satu hari
nanti Nashrul akan tau..
assalam susah juga nak utarakan pendapat sbb yg mengalami tentu merasai sendiri n tahu apa yg jiwanya perlukan...kita doakan saja nashrul memilih jln kebenaran n Allah memberi hidayah-Nya...insyaAllah.
ReplyDeleteAamiin. Insyaallah.
DeleteHanya mampu berdoa jer Che Mid..
ReplyDeleteSemoga Nashrul menjadi insan yg soleh kepada Pencipta dan Allah beri petunjuk untuk jalan yg terbaik buat Nashrul.
Ya. Kita cuma melihat dan berdoa yang terbaik buat anak-anak seperti Nashrul
DeleteSemoga Nashrul akan menuju jalan yang lurus yang membawa kepada kehidupan dunia yang lebih baik dan tidak tercicir bekalan untuk kembali ke alam yang abadi...
ReplyDeleteTak tau lah macamana dia nak cari ibu kandungnya tu, dalam keadaan umur yang masih terlalu muda, perasaan memberontak dan emosi selalu menguasai jiwanya..
DeleteMelentur anak yg dah remaja tak semudah kalau angkat dari baby CM.
ReplyDeleteSemoga Nashrul kian matang bila dikembalikan ke JKM.
Kesian pada mak-ayah angkatnya - sedih dan terkilan pastinya.
Mas kami ziarah hari tu, ayahnya banyak diam. Ibunya pula bercakap seolah-olah dah serik menjaga Nashrul ni dan tak mau tanggung apa-apa risiko akan datang. Tapi dalam hati tentu risau sebab sayang dan rasa tanggungjawab memeliharanya.
DeleteWalau dari baby sekalipun, kalau bukan dari 'kita',.pasti berdepan dengan cabaran besar juga..
ReplyDeleteSetuju sangat Aziela. Tak semua orang boleh jadi ibu ayah angkat. Rasanya ramai orang di luar sana teringin sangat ambil anak angkat tetapi membatalkannya selepas berfikir panjang...
DeleteEmosi remaja mungkin lain sikit, suka ikut kepala otak sendiri & memberontak..
ReplyDeleteSetuju dgn CM...bukan mudah nak membela anak angkat, anak sendiri pun kekadang stress dgn perangainya hihi...
ReplyDeleteDah betul dah tindakan ibu angkat tu, nak bagi pelajaran supaya berilmu tp tulah, anak anak kekadang tak berfikir panjang.
Apa pun keputusan yg diambik,moga banyak kebaikan padanya...
alllahuakbar...1001 perasaan bace kisah ni che mid.... sian pada ibu dan bapa angkatnye...sian jugak pada adik ini...tapi tu lah, bile dipikir anak bukan darah daging kite yg kite jaga dan tatang tapi akhirnye tak beri 'kerjasama' payah jugak kak .....kalo lieya pun better pulangkan pada jkm dari jadi hal2 yg tak sepatutnye....
ReplyDeleteMoga rutin harian Nashrul dipermudahkanNYA.
ReplyDelete