Salah seorang adik ipar Che Mid bernama Cikgu Jamil. Anak-anak buah panggil "Pak Ngah". Pak Ngah ni terkenal dengan sikap garang dan suka bersuara kuat. Anak-anak buah memang cukup kecut perut bila tengok muka atau dengar suara Pak Ngah. Kalau tengah nangis kena suruh diam dengan Pak Ngah, dan-dan tu diam. Kena panggil nama dengan Pak Ngah, jam-jam tu jugak patuh, segera pergi ke Pak Ngah. Kalau nak pergi rumah Pak Ngah, tanya dulu Pak Ngah ada ke tidak. Kalau ada, alamat 1001 alasan la tak nak ke sana.
Pak Ngah Min ni seorang yang sangat aktif. Selain aktif sebagai guru sekolah, Pak Ngah juga aktif di taman tempat tinggal kami, sebagai setiausaha KRT orang kuat surau. Politik pun aktif juga. Pak Ngah memang sentiasa sibuk dan meletakkan kerja kebajikan dan sosial di temapt no 1.
Akhir-akhir ni Pak Ngah selalu je sakit kepala. Tapi tak mau berubat... takde masa ataupun sibuk. Hal sakit-sakit ni hal kecik je. Biasalah, orang lelaki selalu macam tu kan. Tak suka pi klinik atau jumpa doktor. Pastu Pak Ngah demam panas beberapa hari. Dah tak larat sangat, barulah Pak Ngah pi klinik. Ambil ujian darah, doktor kata normal. Sakit kepala pun biasa je.
Hari Jumaat malam Sabtu, Pak Ngah sakit kepala sangat. Satu malam Pak Ngah anak beranak tak dapat tidur. Sakit kepala tu sampai tak boleh sentuh. Kejap baring kat bilik, kejap turun bawah ke ruang tamu. Tak senang duduk. Hari Sabtu petang berubat kampung. Ada kurang sikit. Hari Ahad malam Isnin, Pak Ngah dah lemah badan. Tak boleh bangun.. asal bangun je rasa melayang-layang dan jatuh balik. Percakapan semakin perlahan dan tak jelas. Tengah malam tu, keluarga Pak Ngah paksa Pak Ngah ke hospital. Anak-anak angkat Pak Ngah sebab Pak Ngah cakap dia ok .. tak apa-apa. (Degil betul orang lelaki ni kan..)
Hari pertama di Wad 10A, pagi Isnin. Achik (isteri Pak Ngah) bagi tau kami yang Pak Ngah kena demam denggi. Jangkitan kuman dah sampai ke otak, buah pinggang dan hati. Memang tak sangka sebab sebelum tu dah check darah dan katanya Pak Ngah tak kena denggi.
Pak Ngah macam tak kenal orang. Bila orang salam dia akan renung dan ambil masa untuk cam. Mulutnya hampir tak berkata apa-apa. Diam je. Sesekali baru dengar Pak Ngah bercakap sepatah dua. Itu pun antara dengar dan tidak. Memang sedih betul tengok Pak Ngah macam tu.. betul-betul lain dari Pak Ngah yang kita kenal.
Waktu melawat tengahari Isnin - Ramai betul yang datang. Kebanyakannya adik beradik, jiran dan guru-guru sekolah. Achik asyik menangis. Che Mid yang tengok perangai Pak Ngah lain macam pun menitis air mata beberapa kali.
Pak Ngah tak boleh baca hp. Dia tak tau nak guna hp tu. Tapi dia suka buat main. Minta hp dan tekan-tekan. Lepas tu pandang je hp tu. Pandang kosong. Memang ramai yang menangis tengok keadaan Pak Ngah. Imam surau kami pun meleleh air mata. Dia pi dekat Pak Ngah dan ambik hp kat tangan Pak Ngah. " Cikgu.. dah lah.. jangan tengok henfon tu.. cikgu kena rehat..". Pak Ngah pandang pak Imam.. kosong..
Doktor pakar baru beritahu Achik. Pak Ngah akan dipindahkan ke Wad ICU. Achik asek menangis je. Bila Che Mid peluk tanya kenape, dia kata, " Achik takut.."
Seharian Achik tak makan. Dari semalam tak tidur. Bila suruh jamah makanan Achik tak mau. Akhirnya kami paksa Achik duduk di luar wad ICU dan mak nenek suap nasi dengan kuah kicap. Dapat 2-3 suap, Achik takmau dah.
Hari kedua - Keadaan Pak Ngah dalam ICU. Tengoklah matanya, cuba mengecam siapa yang dia salam. Farhan yang ambik gambar ni (curik-curik. Dalam ICU dilarang ambil foto. Tapi dah namanya fotografer..). Che Mid pesan pada Farhan bila tengok Pak Ngah nanti bacakan doa untuk dia. Farhan kata, " Tak habis Ayan baca doa, dah menitis air mata tengok Pak Ngah macam tu bu..". Biarlah Pak Ngah cepat baik. Biarlah dia marah-marah macam dulu.
Kadang-kadang Pak Ngah akan main pintal tiub-tiub yang berselirat tu. Macam tekan-tekan hp pun ada gak. Bila Che Mid bagi tau dia.. sifulan sifulan kirim salam, dia pandang je.. menjawab tidak mengiakan pun tidak. Pak Ngah kena pakai lampin pakai buang dan kencing ikut tiub.
Hari ketiga - Pak Ngah semakin pulih tapi masih di ICU. YB Dr Rani sedang melawat.
Sentiasa ramai yang datang melawat.
Tiga orang anak Pak Ngah dan Achik. Yang baju merah tu Haziq, sepupu.
Hari ke empat - Alhamdulillah. Progres positif yang menakjubkan. Pak Ngah telah dipindah semula ke wad biasa. Berkat doa dan solat hajat jiran-jiran, sahabat dan keluarga. Dalam gambar, Pengerusi KRT taman kami datang berziarah.
Ketua Kampung dan isteri pun datang juga. Kami sering berhubung dalam grup whatsapp KRT bagi mengetahui perkembangan Pak Ngah. Che Mid akan update dari semasa ke semasa.
Ammar (berpeluk tubuh) pun kena demam denggi juga. Terpaksa berulang ke klinik kesihatan untuk ambil darah. Lepas tu berkejar ke hospital tengok abah, terpaksa 'berlagak' sihat walaupun diri sendiri nampak lemah dan pucat. Ashman al Hafiz (berjubah) yang belajar di KUIS, Gombak dan Adam (baju gelap) belajar di UMP Gambang memberi tumpuan 200 peratus jaga abah. Bergegas balik bila tahu abah sakit. Tak hadir kelas hampir seminggu, bertukar masa tidur sesama adik beradik dan ibu demi jaga kebajikan abah.
Tak termasuk keluar beli diaper, beli bubur abah, teman ibu cari ketam untuk buat sup dan lain-lain. Anak-anak ini sangat patuh. Tiada istilah 'tuang' atau 'hilang' dari pandangan ibu atau 'banyak songeh'. Masyaallah tabarakallah. Anak-anak ini tak banyak cakap tapi sangat pandai bawa diri dan tahu apa yang perlu dibuat.
Hari ke lima (semalam) - Pak Ngah dah dibenarkan pulang. Alhamdulillah. Lega dan syukur sangat-sangat. Allah beri ujian berat dan Allah juga yang mengangkat ujian itu cepat.
!!
Wad ICU kami tinggalkan dengan senyuman. Namun tentu ramai lagi yang meninggalkan ICU dengan tangisan kerana tubuh yang masuk akan keluar sebagai jenazah. Penangan si nyamuk!! Allahuakbar..Dia juga yang memberi sakit dan memberi kesembuhan. Wallahu'alam.
Syukur alhamdulillah pakngah sudah sihat kembali n melepasi saat kritikal ujian-Nya berkat doa mrk yg menyayanginya insya-Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sembuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur Pak Ngah beransur sembuh. Dengi merbahaya.. Di Texas nyamok ditakuti kerana penyakit nile yang sering menyerang masyarakat tua dan kanak-kanak, dengi tak ada pulak. Kawasan yang berair mereka akan sembur setiap minggu.
ReplyDeleteAlhamdulillah sehat kembali ...
ReplyDeleteMemang mencemaskan jika dh begitu keadaan nya.
selamat malam cik mid
ReplyDeletealhamdulillahhh mesti lega rasa nya kan
Masya-Allah... hebat juga ujian diberikan pada keluarga cikgu Jamil.
ReplyDeleteTapi betullah segalanya atas kehendakNya juga. Dtg dan pergi penyakit atas kehendaknya juga.
itulah..jgn pndang ringan jika ada blaku perubahan dlm tubuh bdn kita.. sakit kepala bterusan, demam2..cpt2 jumpa doc.. sbb perkara y kt anggap x ada apa2 tu rupanya petanda y amat serius..
ReplyDeleteAllah... Nyamuk tu kecik je tetapi kesannya sangat besar kepada kita. Baru2 ni adik Aina pun kena denggi dan kata doc kuman dah berjangkit ke hati setelah 4 hari di hospital alhamdulillah boleh balik tetapi masih memerlukan rawatan ulangan untuk check keadaan hati.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Alhamdulillahirobbil alamin.
ReplyDeleteAnak bujang saya juga pernah diserang denggi dan diwad ICU Pusrawi selama 5 hari. Di ketika itu, Saban hari saya berjuraian airmata, tak putus doa dan zikir. Merayu teman dan jiran2 utk sama2 berdoa kesembuhan. Alhamdulillah. Sihat pulih sediakala , dewasa meneruskan pengajian di Universiti utk mencapai cita citanya. Insya allah. Amin.