Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 23 March 2016

Jalan-jalan Dengan Geng Sekolah. From Meru to Gopeng With Laugh

Assalamualaikum wbrk sahabat blogger sekalian

Tak sabar rasanya nak kongsi kisah Che Mid dan geng budak sekolah rendah 1973 yang sekarang dah berumur 50 tahun berjalan-jalan. Asal mula ceritanya, nak berkumpul dan berborak-borak (padahal dalam grup WA pun dari pagi hingga malam bergurau senda gak..atoiii!).

Tapi Che Mid kata nak 'day trip' dan jalan jauh sikit supaya puas berbual. Akhirnya, hari Selasa bincang-bincang, hari Khamis kita gerak. Yang mana cikgu memang sedang bercuti, yang bekerja pula kena ambil cuti.. pandai-pandailah 'convince' boss tu ya. Ada yang balik bercuti dari Gambang dan Kota Kinabalu.


Gambar sebelum bertolak lebih kurang jam 8.15 pagi. Dari kiri - Aina dari Ampang, yang bertugas di Menara Maybank ambil 'short notice' cuti. Cikgu Maznah dari Shah Alam, Rohana dari Kota Kinabalu, Ustazah Iffa dan Ruzita memang tinggal di Meru, Cikgu Rosmah dari Gambang, Cikgu Roszana dan Che Mid memang tinggal di Meru. Kami semua rakan sekampung dan satu sekolah rendah.



Kereta pertama - muka ceria sangat-sangat kan..

Cadangan asal untuk naik satu kereta supaya dapat borak puas-puas tapi ada tambahan di saat akhir. 10 orang semuanya dengan dua kereta. Diputuskan kami akan jalan-jalan cari makan dari Meru, Klang ke Sungai Besar, Selangor je tapi lain jadinya.. Malam sebelumnya kami punyalah excited sampai tak boleh tidur. Dok pikir baju apa nak pakai...ishhh.. macam budak sekolah nak pi rombongan pun ada ha ha


Kereta kedua - pun muka seronok gilerrr!! 

Bersama buah hatiku Deeja - bonding time.. gambar tak jelas sebab silau mentari pagi..


Hentian 1- Bersarapan di Gerai Mak Iti (kawan kerja Che Mid dulu) di Jeram kira-kira 30 min memandu dari Meru. Gerai ni sempoi je.. tepi jalan je. Tapi macam-macam ada.


Kami memang biarkan perut kosong untuk makan puas-puas hari ni. Dah habis sarapan, tapau pulak tempe dan pisang goreng.. dasar orang perempuan kan he he


Kuih muih dan goreng-gorengan yang sangat sedap - keladi, tempe, pisang dll. Sentiasa panas-panas..

Soto dan bakso pun ada

Mi kari yang marvelos. Tengahari pulak ada nasi campur.. 


Hentian 2 - Dah kenyang bersarapan kami singgah ke Pantai Remis, Jeram untuk duduk 'touch n go'. Posing-posing dan masuk balik kereta.


Aina dan anak daranya, Balqis, Deeja menyelit je. Alhamdulillah, Deeja enjoy sangat dan tak meragam walaupun takde kawan sebayanya.


Deeja suka sangat ke sini. Sibuk kutip dan kira kulit kerang.

Hentian 3 - Bukit Malawati, Kuala Selangor. Deeja takut panjat tempat tinggi sebab "Abah dah pesan jangan panjat tempat tinggi, bahaya.." 


Ada antara kami yang tak pernah jejak Bukit Malawati yang penuh sejarah ni rupanya..


Inilah bukti - plan last minute yang jadikkk.. plan beria-ia selalu kelaut. Dan di sini jugalah kami setuju untuk tambah idea gila. Memandu terus ke Gopeng, ke rumah seorang lagi kawan sekampung yang cukup-cukup jeles tak dapat ikut sekali.


Hentian 4 - Gerai buah dan kerepek di Simpang Lima, Tanjung Karang (atau Sekinchan..err..maaf tak pasti..) Membeli buah tangan untuk rumah seterusnya - Ustazah Jamaliah (juga kawan sebaya) yang pesan awal-awal. " Jangan makan banyak-banyak, Lia dah masak".


Hentian 5 - Tiba di rumah Jamaliah hampir pukul 12 tengahari. Rumah yang selalu kami puji dalam gambar sebab dikelilingi sawah bendang menghijau dan berangin. Tapi masa kami sampai, sawah sedang kering kontang dan panas jepret (kata orang Jowo).

Inilah sajian istimewa untuk kami - punten namanya. Diperbuat dari nasi dan santan, macam nasi lemak tapi dilenyek macam nasi himpit dan dibentuk macam dalam gambar.

Punten ini adalah makanan tradisi masyarakat Jawa di belah Sungai Besar sana. Che Mid pun tak pernah tau tentang punten ni. Dimakan dengan sambal seperti sambal bilis cili hijau ni.

Yang ini pula pajeri jantung pisang, dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman.. aduss.. bertambah-tambah kami makan. 


Y
Tuan rumah yang baik hati. Maaflah, kami datang 'touch n go' je.. Lain kali kami datang lepak lama-lama sikit ya. Duduk tepi bendang dan makan rojak buah Che Mid he he..


Si kecik ni suka sangat dapat mainan dari Acik Lia. 


Kami dah naik kereta keluar dari rumah Lia. Berhenti tengah jalan yang sempit semata-mata nak berposing berlatarkan bendang kering kontang dan panas terik...inilah jadinya bila mak-mak orang berkumpul. Perangai elok sikit je dari budak-budak ha ha..

Hentian 6 - Kami ke sebuah taman perumahan di bandar Teluk Intan, untuk menjengah seorang kawan sekelas kami yang tinggal di sana. Tapi takde rezeki, Siti Atkah pula balik ke Meru.. 


Hentian 7 - Melihat Menara Condong Teluk Intan


Deeja teruja tengok menara ni, tapi dia kata menara Melayu tak condong sangat macam menara orang English kah kah.. Dah berjemur sekejap, kami tinggalkan bandar Teluk Intan selepas membeli kacang rebus dan apam balik. 

Hentian 8 - Tiada dalam rancangan awal. Kami tiba di Gopeng, rumah Manisah hampir masuk waktu Asar. Bersolat jama' di sana, minum air sejuk dan berbual-bual sekejap sebelum Manisah membawa kami ke satu destinasi lain.


Hentian 9 - Kafe Setinggan, Laksa Telur Goreng Bersarang, Bandar Seri Botani. Deko yang unik dan


Kami masih kenyang..ooops silap..memang sentiasa kenyang sebab sentiasa mengunyah je.. tetap ingin merasa macamana laksa telur goreng bersarang tu kan. Jadi kami kongsi-kongsi makan.


Wajah tetap berseri walaupun dah seharian berjemur dan keluar masuk kereta.



Inilah dia rupa Laksa Telur Goreng Bersarang. Cuma RM3.50 sahaja semangkuk. Cili potong dan limau kasturi ambil berasingan jika suka. Telur goreng tu ala-ala telur di 'butter prawn'. Rangup dan garing sebelum disiram kuah. Beautiful taste.. Masing-masing tapaw untuk yang di rumah. 



Kami tamatkan perjalanan di Gopeng, balik ke Meru, Klang melalui lebuhraya susur keluar Simpang Pulai. Berhenti solat di Hentian Elmina dan selamat sampai di rumah jam 10 malam ke atas. Sepanjang perjalanan banyak kenangan dan pengalaman, dulu dan sekarang yang kami dengar dan rasa. 

Kami lebih mengenali sahabat yang dulu pernah jauh di mata dan jauh di hati dan jatuh bangun dalam kehidupan. Kini kami lebih dekat dan lebih memahami. Kesannya, bila sampai di rumah, diri ini rasa bersyukur tengok wajah suami dan anak-anak dan apa yang ada hari ini. Kita rasa susah, orang nampak kita susah. Kita pula bila orang lain susah, kita rasa nasib baik tidak sesusah itu. Allah maha tahu kan, Dia akan uji kita dengan apa yang kita mampu hadapi. Jadi pandanglah ke hadapan dengan senyuman. 


Alhamdulillah.. seharian dengan buah hati ibu. Kalau ada abah dan kakak Farah, memang dia takkan lekat dengan ibu macam ni.

Cuma ada sekali tu, ibu dan kawan-kawan leka berborak kisah kehidupan silam yang penuh suka duka. Ibu tercakap begini, " Ya lah.. kita hidup dah 50 tahun, masing-masing ada kisah sedih kan." Tiba-tiba Deeja menangis tersedu sedan. Ibu peluk dan tanya dia napa nangis. Deeja jawab, " Deeja tak nak IBU TUA..". Allahuakbar... anak.. anak... 


18 comments:

  1. Wow! hebatnya Che Mid & The Gang
    ni baru betul Jalan-Jalan Cari Makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. rancang lebih kurang je pastu vrooom vroom he he

      Delete
  2. Bukan senang nak cari masa meghabiskan masa dengan kawan-kawan sekolah macam tu. Itu pun rezeki juga, rezeki untuk bersama kawan-kawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, ramai kawan lain yang sedih dan jeles tak dapat ikut. Dan lain kali tak tau le bila boleh buat macam tu lagi..

      Delete
  3. Kenangan yg tak boleh dilupakan seronok jenjalan dgn kawan2 lama. Lain kali klau ke Teluk Intan jgn lupa rasa mee rebus dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak, sekejap sangat singgah Teluk Intan. Kami kenyang lagi dan cuaca yang sangat terik menyebabkan kami terus keluar dari bandar.. agak terkilan juga sebenarnya

      Delete
  4. Punten?. Mcm pernah dengar masa kecik2 dulu.

    Mengisi hari2 santai dgn gang bas sekolah a.k.a x-schoolmate mmg mengujakan Che Mid. Hilang stress.

    ReplyDelete
  5. Assalam che mid, seronokya dapat jalan-jalan dengan geng bas sekolah...mesti banyak ketawa-ketawa, cerita-cerita dan ofkos makan-makan...

    ReplyDelete
  6. Deeja ni tak padan kecik tapi sensitive dan alert budaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu kak Zakie. Telinganya dengar je apa kita cakap..

      Delete
  7. Assalamualaikum..singgah sebentar...

    Jauhnya berjalan....baca entri saya ingatkan dari meru ipoh....rupanya meru klang....jauh berjalan yer....

    ReplyDelete
  8. Terasa seronoknya dpt berjalan cam ni che mid...
    punten unik namanya...x pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  9. Alaaa.. Gambar banyak tak bole loading.. Tenet lambat kot :'(

    ReplyDelete
  10. Yalah cik mid banyak gambar tak dpt loading.Tapi dapat lah tengok separuh .
    Nasi punten tu tak pernah dengar pulak ....unik sungguh makanan daerah mereka kan.
    Seronok dapat temui semula rakan2 lama ,tentu terimbau kembali zaman2 sekolah dulu.
    # usia kita lebihkurang juga cik mid .

    ReplyDelete
  11. Salam ukhwah, pertama kali singgah sini, Alhamdulillah seronoknya aktiviti seharian bersama kawan-kawan lama kan, mahu sebulan tak habis borak lagi kisah ni di group ye tak hihi.. btw Menara Condong Kami tuu haha.. AJ orang Teluk Intan :)

    ReplyDelete
  12. meriahnya...
    seronok berjalan ramai2 camni..

    ReplyDelete
  13. meriahnya...seronok saya tengok...
    teringin pulak nak rasa laksa telur bersarang tu kak...

    ReplyDelete