Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 18 May 2016

Makan-makan di Adam Lai

Assalamualaikum wbt

Memang dah lama sangat teringin bawa mak dan abah makan-makan sama-sama. Kebetulan abah dan mak mertua ada di rumah adik ipar di Keramat, jadi kami pun ajak makan-makan sekali. Alhamdulillah, syukur. (Ini kisah dah lama, tapi baru sekarang sempat tulis.. kena tulis juga sebagai catatan memori keluarga). 

Che Mid dan suami teringin bawa mereka makan Chinese tapi kena hati-hati pilih menu sebab Atok Jamil memang tak ngam dengan selera Jawa dia he he. Wan Chik pulak dah takde gigi sangat, jadi kena order yang lembut-lembut untuk Wan.



Inilah dia menu kami di Adam Lai Restaurant di Wangsa Maju. Sup ketam tu jangan bagi kat Atuk Jamil tau, memang tak lalu dia. Udang, ikan  tu boleh la. Wan Chik boleh makan tahu Jepun kuah. Nanti boleh order untuk dia ke mee sup ke kan..


Proud moments!! Me and hubby and our beloved parents. Alhamdulillah.. Semoga Allah berikan nikmat kasih sayang melimpah ruah pada kami, dipanjangkan umur yang bermanafaat dan diampuni dosa kami. Aamiina. Memang tak puas-puas tengok gambar ini. Bila masuk kat facebook pun, ramai kawan-kawan yang terharu dan kata kami bernasib baik sebab masih punya kedua ibu bapa kandung dan mertua. Syukur atas nikmat Mu Ya Allah.


Melihat Che Abang melayan mak abahnya makan... bahagia..


Ini pulak sesama besan bermesra-mesraan. Bukan selalu dapat jumpa kan.. Mak nenek tengah demam tu tapi gagah juga ikut kami makan-makan.

Dengan birasku Ayu. Kebetulan mak abah mertua di rumah dia, jadi kenalah ajak dia dinner sekali kan.. ha ha..kalau tak mau tak nak kawan sampai raya nanti he he


The ladies.. Menantuku sedang kembang kemambang menanti hari bersalin. Makan puas-puas ya sebelum kena diet berpantang nanti.



Si Farhan pun tak minat Chinese Food yang steam atau atak pedas tapi udang mentega memang feveret dia.



Syukur alhamdulillah.. 



Kiri sekali tu Darwisy (anak buah). Dia dah mengantuk masa makan, lepas je makan terus terlelap kat situ jugak. Tapi time birthday dia ari tu, cakap dengan ibu dia nak makan udang yang makan dengan mak ngah. Terkedu kejap ibu dia, cepat-cepat WA Che Mid tanya apa nama menu tu. Rupanya Brokoli Udang.  Patutlah kat gambar tu banyak ekor udang. Minat sangat la tu ya.. he he. Ayam mentega pun sangat sedap.. 


Makan time.. Di Adam Lai ni portion makanan memang besar. Untuk saiz kecil pun 3-4 orang boleh makan. Alhamdulillah, bil pun tak le mahal sangat bila dikira bilangan yang ikut makan. Tak le semahal yang kami jangka. Alhamdulillah, rezeki kami bawa mak abah makan kan. 

Sepupu berdua ni.. Deeja dan Azyan.. ramai kata muka hampir sama. 

Sayang mak abah sangat-sangat. Peliharalah ibu abah  kami semua Ya Allah!!



17 comments:

  1. WAH SEISI KELUARGA MENJAMU SELERA DI ADAM LAI...SEDAP TU..BNYK CAWANGANYA RESTORAN NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Paridah. Bukan senang semua nak balik bercuti dan mak abah mertua ada sekali. Alhamdulillah, not bad pilih Adam Lai.

      Delete
  2. Mmg payah orang2 veteren ni nak masuk selera chinese food... tapi che mid dah berjaya nampaknya memecah tradisi selera depa semua.

    Tak lama lagi nak jadi neneklah ye... semoga semuanya selamat dan di permudahkan... InsyaAllah.

    Aminnnn! moga doa dan permintaan che mid di makbulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh memang begitu ke.. ingat kan mak abah CM je hi hi. Act dah jadi nenek pun. Next entri kita stori mori

      Delete
  3. seronok tengok perjumpaan macam ni cik mid
    ada orang veteren bercampur orang muda
    tapi melayan chinese food
    kalau dulu2 zaman emak2 kaknoor mmg cukup tak suka kalau chinese food ni
    tapi emak2 sekarang dah tk kisah
    mungkin sbb terbiasa di bawa oleh anak2 jadi diaorang dah boleh terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besan dengan besan pun tak selalu jumpa. Pastu mertua selalu ronda rumah anak-anak. Bila dah dekat ni, gunakan peluang yang ada. Alhamdulillah.

      Delete
  4. betul tu kak..kalo selera jawa dgn chinese food mmg lain... kene tgk2 jugak tu heheeheh...lagi2 selera org dah berumur kak yeak heheheeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawa kena cukup asam garam gulanya he he.. masakan cina kebanyakannya kena makan panas-panas berasap baru jadik. Kalau dan sejuk muak dan jeleh orang Jawa kata..

      Delete
  5. Alhamdulillah dapt makan2 sekeluarga mcm ni kan Kak..nampak kemesraan tu..
    selalu dengar ttg makanan di Adam Lai ni..mmg sedap ye?.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pilihan yang baik. Customer service pun bagus. Beberapa kali call tanya tentang menu, pastu bagi location kedai wpun kita tak minta.. cuba lah..

      Delete
  6. Memang beruntung cik Mid & suami masih ada mak ayah yang boleh dirai.. banyak pahala tu.. Makchaq hanya tinggal MIL yang dah tak sihat.. hanya terbaring di katil.. tu yang kerap balik Taiping sekarang.

    Makchaq pun tak boleh masuk makanan Cina dan seangkatannya.. first time meraikan boss lamaaa.. dulu, balik terus muntah.. sampai lani tetap tak lalu jugak...
    Tapi anak2 minat.. pakchaq pun ok.. kalau pi makan makchaq tengok dan rasa sikit2 ja la.. raikan depa2 yang suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa.. awat teruk bebeno mak chaq ooi.. sampai keluar balik tuuu..

      Delete
  7. Alhamdulillah...sihat lg org tua che mid
    moga diberi kesihatan yg baik mereka..
    nasib baik ramai yg pergi...yg tak habis ada org tlg perabiskan
    menu sedap2 semuanya che mid

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah mereka masih sihat.
    Tekak saya ni kureng sikit dgn masakan cina. Kena pilih menu yg pedas2 sikit baru ok..

    ReplyDelete
  9. Terliur ai dengan sup ketam tu Che Mid.
    Che Mid memang beruntung masih ada kedua mertua yg sihat.
    Saya ni.. hingga skg kalau gi mana2 rindu sgt dgn arwah ayah mertua..sbb dulu masa arwah ada.. ke mana kami pergi memang dia selalu ada bersama.
    ikut kami ke mana2.

    ReplyDelete
  10. ALahai seronoknya CM dpt makan dgn jalan jalan syurga .... Mak ngan mertua saya tak larat dah nak makn kat luar cenggini CM. Mak saya lagilah tak pernah makan kat luar dari dulu .....

    Eloklah makan Chinese food cenggini sebab orang tua kekadang tak tahan pedas...

    ReplyDelete