Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 20 December 2011

Gang KL makan-makan di SP

Rumah Che Mid di SP riuh rendah lagi dengan kehadiran adik-adik ipar dan keluarga, Pak Lang Jo dan Mak Lang Fadillah juga Pak Cu Acam dan Mak Cu Ayu. Semuanya seramai 15 orang; memang riuh tak rendah-rendah.. Tiba pada Ahad 11 untuk bercuti ke utara dan rumah kami dijadikan tempat transit ke Perlis dan Langkawi selepas ke kenduri walimatulurus kakak Pak Lang Jo.

Ini percubaan pertama Che Mid membuat cornflakes madu rangup tiru dari dapur Juwita.  Nampak Juwita punya lagi sedap tapi kira ok lah untuk kudapan tetamu yang kepenatan.

Oleh sebab tuan rumah pun turut serta ke majlis kenduri kahwin, jadi tak sempatlah siapkan minum petang untuk tetamu. Kami beli nasi lemak bungkus daun pisang, 70 sen sebungkus. Comel je dan setiap bungkus ada tulisan T - nasi lemak telor, B - nasi lemak ikan bilis dll. 20 bungkus yang ditapau..ha ha kenyang sampai malam, dicampur dengan cenderahati orang kawen.

Keluarga Pak Cu sampai sebelah petang dan keluarga Mak Lang tiba lewat malam. Nasib baik rumah Pak Ngah ni agak besar ( 4 bilik tidur).. agak selesa juga buat tetamu berjumlah 15 orang.. tetapi anak-anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu sambil nonton TV sampai ke pagi..

Sarapan hari kedua - Mi hun goreng Mak Lang

Nasi goreng telor Mak Cu Ayu


Pelikkan, sarapan dengan chicken chop... sengaja disediakan awal khas untuk Mak Cu yang akan bertolak ke Perlis, takut kempunan pulak nanti..

Makan kenyang-kenyang tau.. jadual berjalan-jalan padat hari ni. Nak ke Changlun dan Padang Besar, malam nanti balik semula ke Sg Petani.

Famili Mak Lang tak ke mana-mana hari ni. Berehat sebab kepenatan rewang... Makan pun tak beria sangat.. asyik tidur je.. kesian Mak Ngah tengok... Lewat petang baru segar sedikit dan boleh ronda-ronda pasar malam. Balik bawak putu mayam, apom lenggang dan durian. Kami tak makan nasi pun malam tu sebab makan tengahari lewat.

Aidil anak Pak Teh pun ada gak.. menyamar jadi anak Mak Lang kejap he he

Sarapan hari ke dua - Lempeng dan sambal ikan bilis air tangan Che Mid.

Mak Lang pulak buat nasi goreng, di tambah dengan roti bawang putih tanpa cicah..Tak sempat nak buat sup sebab tetamu sibuk bersiap nak ke Langkawi. Malam tu cuma Che Mid, Che Abang dan Deeja saja yang tinggal di rumah. Farah dan Faris ikut yang lain ke Langkawi. Satu malam je di pulau tu tapi tentu tentu 'happening'..

Bergambar di silau mentari pagi sebelum bergerak ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Budak kecik Deeja tu tak ikut pun.. mandi pagi pun tak lagi..

Sebaik mendengar kumpulan dari Langkawi dalam perjalanan balik ke SP, Che Mid siapkan makan. Tentu penat dan lapar sangat orang-orang tu. Menunya ialah ikan sambal, kari ayam, kubis goreng style mertuaku dan lemak pucuk ubi tempoyak tanpa tempoyak. Bila dah masuk periuk semua bahan.. rupanya tempoyak habis...habis camno... masak je le walaupun tak cukup sifat..ha ha

Ha, ini kemucak makan-makan. Sarapan campur makan tengahari.. sebelum berangkat balik ke KL..Chicken chop lagi.. nak perabih stok kemaren..tambah sup cendawan buatan sendiri (sedap banget you!!).. dan nasi lemak pun ada.. dalam pinggan makan campur-campur...

Udang lipan goreng tepung. Che Mid tak pernah makan udang lipan ni...

Gotong royong di dapur..Mak Lang goreng udang, Irham bakar garlic bread, Atiq buat air panas, Farah buat brown sos, Ira buat sup cendawan, Deeja buat sebok...



Dua orang bujang Mak Lang ni memang rajin di dapur.. ikut perangai ayah...
Pak Ngah, Mak Lang dan Pak Lang meratah udang lipan goreng tepung..

Tamat sudah adegan makan-makan...

39 comments:

  1. akak berjaya buat saya laparla kak,,,nak skit hehehhe

    ReplyDelete
  2. adoiiii...banyaknya tayangan menu! sedap2 semuanya!

    ReplyDelete
  3. salam kak mid.....Liza tergoda sggh....mmmmm cedapnyaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Rahayu aka Mak Chu20 December 2011 at 13:25

    thank you so much... len kali kami dtg lagi... (klu sempat la)...ha ha ha

    ReplyDelete
  5. mak aikk... ada lagi nasik lemak 70sen sebungkus... macam besar la jugak tu... kalau kat cyberjaya ni dah rm1.50 sebesar tu....

    ReplyDelete
  6. bila dah ramai2 tu yang seronoknya bila sampai bab makan... rajin sungguh sbb semuanya hasil masak sendiri tapi kalau saya yg pemalas ni, makan di kedai sudah hehehehehhe... nasi lemak itu cantik rupa dibungkus 70 sen lak tu,, kalau kat sini takde maknenya boleh dapat harga itu... udang lipan goreng tepung tu nampak sedap, tak pernah rasa...

    ReplyDelete
  7. banyak juga la yg akak masak yer..dh lama sy tringin nk msk chicken chop mcm akk

    ReplyDelete
  8. sedapnya makan..lapar bila tgk

    ReplyDelete
  9. saya pun tak pernah makan udang lipan tu kak CM. Sedap ke?

    semua makanan buat saya terliur, paling meleleh tgk lempeng dengan sambal tumis..hehe

    ReplyDelete
  10. seronoknya ramai sedara datang..
    apalagi makanan pun meriah juga..

    ReplyDelete
  11. bila berkumpul ramai-ramai makan apa pun sedappp...

    ReplyDelete
  12. wah meriah yer makanan2 nyer...

    ReplyDelete
  13. che mid..kalau dah berkumpul ramai2 sedara mara memang seronok kadang2 sampai tak tidur malam..sebab berborak sampai pagi..

    ReplyDelete
  14. seronoknya....tengok je dah gembira..belum merasai suasananya...

    ReplyDelete
  15. sangat meriah...seronok santai2 macam ni

    ReplyDelete
  16. Ajumohit - tahniah pada che mid sbb dah berjaya buat aju lapar.. pi cari maggi..

    ReplyDelete
  17. Amie - Alamaknya.. malunya apabila seorang yang pro di dapur puji CM... kalau Amie ada tamu.. mesti lagi ummmh masakannya kan..

    ReplyDelete
  18. Liza - Sorang lagi chef pr puji aduiii.. malu denn..

    ReplyDelete
  19. Rahayu - You're very much welcome dear.. anytime..

    ReplyDelete
  20. Kazman - Di Sg Petani memang ada jual nasi lemak 70 sen... dan sedappp!!

    ReplyDelete
  21. Secangkir madu merah - Kebetulan memang Che Mid ada di rumah, jadi apa salahnya masak.. siap ada permintaan nak masak apa.. time ni la adik-adik dan anak buah nak manja-manja dgn kita kan.. bila lagi..

    ReplyDelete
  22. syariza - mereka datang 4h3m.. dekat 15 orang pulak tu.. memanglah masak banyak tapi tak rasa beban pun.. rasa seronok je..

    ReplyDelete
  23. Ila - Ha ha anak-anak buah sampai tertidur-tidur menunggu mak ngah siap masak...

    ReplyDelete
  24. Yus - Udang lipan tu nampak je besar tapi isi tak banyak.. tu sebab orang tak ramai nak makan kut.. che mid pun first time makan tu..

    ReplyDelete
  25. Yus - tak berapa ok rasa udang lipan tu dibandingkan dgn udang biasa. Lempeng dan sambal tumis tu memang banyak che mid buat.. siap tapau ke Langkawi he he

    ReplyDelete
  26. Qhaifa Nur - Tetamu membawa rezeki ke rumah, jadi kena raikan tetamu sebaik mungkin.. bila dah berkumpul apa lagi.. mamam mamam mamam.. kata deeja

    ReplyDelete
  27. Junaina - Memang betul.. makan apa pun sedap.. yang penting ada makanan.. lepas tu lepak sampai dinihari..

    ReplyDelete
  28. Papa mifz - T kasih bagi komen dan selamat datang ke blog che mid

    ReplyDelete
  29. Acik Erna - memang seronok sangat kan.. tidur atas lantai tak berselimut pun ok je .. kita sebagai tuan tumah pulak yang risau..he he

    ReplyDelete
  30. Ummiarissa - Itu baru bab makan.. nanti che mid tepek gambar suka ria pulak..

    ReplyDelete
  31. Imanshah - emmm.. cepat la kawin cikgu, bila dah ada keluarga tentu ada sedara mara datang bertandang..

    ReplyDelete
  32. gang kl..igt tadi..kl gangster..hehee
    apapun enjoy the food~

    ReplyDelete
  33. Meriah betul... yang seronoknya masak gotong royong

    Lama kak Zai tak ke Langkawi.

    ReplyDelete
  34. Saya suka lempeng dgn sambal ikan bilis tu...!

    ReplyDelete
  35. Fatin - gang kl jadi gangster kt Sg Petani ha ha

    ReplyDelete
  36. Zaitun - Kak, tentu Langkawi dah banyak perubahan sekarang kan..

    ReplyDelete
  37. Mat Som - pi suruh orang buat utk minum petang.. hujan hujan ni tentu syok...

    ReplyDelete
  38. nama yang sebetul memang udang lipan eh? kalau goreng kunyit biasa pun sedap jugak kan?

    ReplyDelete
  39. Eelobor - Tak pasti la che mid apa nama lain udang lipan tu... lain tempat lain panggilan kut..

    ReplyDelete