Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 16 December 2011

Senda Jumaat - Eksaited tak kena tempat.. penangan Ombak Rindu

Malam minggu lepas, Farah dan Faris dah tengok Ombak Rindu di Central Square, Sg Petani. Balik rumah bukan main eksaited cite pada ibu. Farah kata dia nangis.. Faris pun nangis. Kalau dah anak bujang pun nangis maknanya ok sangat la cite ni kan.

Malam Isnin, para sepupu datang ke rumah SP. Farah beria-ia kempen suruh tengok Ombak Rindu jugak. "Pergilah sekarang, mid nite show ada malam ni". Farah konfiden ada mid nite sebab malam semalam pun ada. "Best giler tau.. Faris sampai nangis-nangis tengok... pergilah korang.., esok nak jalan tempat lain dah tak sempat tengok.., lusa nak gerak Langkawi pulak.."

Dalam penat-penat baru sampai, tambah dengan 'kempen' dari Farah, sepupu sepapat pun sama naik eksaited. Disebabkan, mereka baru sampai dan tak faham jalan ke pawagam, Farah sanggup pujuk abah untuk tunjuk jalan. Abahnya pun setuju naik kereta satu lagi untuk tunjuk jalan walaupun jam dah nak tengah malam. Balik nanti pandai-pandai carik jalan sendiri.

Keluar rumah pun dah pukul 11 malam, harap sempat nak tengok 11.30 punya show. Sementara 8 orang anak-anak dara dan bujang keluar di'eskot' oleh Abahnya dan pakcu, ibu-ibu kat rumah dok menyembang sambil minum malam.

Jam 12.30, dengar kereta berhenti. Itu rasanya kereta Pak Ngah kut. Bukan, kereta budak-budak nonton wayang dah balik.  Farah pun cepat-cepat berkejar, " Macamana! Best tak.. nangis kan..kan" Lepas sorang-sorang Farah tanya.. Mula-mula dia orang kata best giler.. nangis sampai banjir la...Tapi rupanya..

"FARAH! MANA ADA MID NITE!! Kami sampai sana, pekerja wayang tu suma nak balik, dah turun  lif!!"..

Tu la akibat teruja sangat nak tengok Ombak Rindu, sampai tak teringat nak cek ada mid nite ke tidak. Farah pun main cakap je, sebab masa dia pergi semalam, memang ada mid nite..

Ni satu lagi, " Abahnya dan Paksu ke mana pulak ni,  orang tengok wayang dah balik rumah, yang menghantar tak balik lagi." Bila ditanya lepas tu, " Eh, kitaorang pun main ombak jugak... kat kedai mamak"

24 comments:

  1. hhhaaaa... kelakar la org yg mengantar tuh,.. berombak rindu kat mamak eks..:)

    ReplyDelete
  2. Salam che mid,
    :) hehe.. penangan ombak rindu. Dulu baca novelnya berulangkali. Bunyi best jer filemnya, bila dengar kempen Farah. :D

    ReplyDelete
  3. selamat petang Che Mid,
    sana sini orang kata best betul OR tu, tapi belum tengok lagi

    ReplyDelete
  4. hahahaa..
    sabo je la ye kak...
    yg tersasarrr ke mamak ombak rindu tu tak tahan...

    ReplyDelete
  5. nangis jugak la kiranya...nangis frusttt...hehe

    ReplyDelete
  6. che mid..ombak rindu punya hal ye..tak dapat jugak tengok sebab tak de tayangan larut malam..

    ReplyDelete
  7. Hihi siannya bebudak tu, takpe tgk cd pon jadikla, abahnya berombak teh Tarik tu hihi

    ReplyDelete
  8. Huhu untung la c farah n faris dh tgk.....nie x dpt tgk g nih y duk bengang dgr irg citer.....pape pun kak meh follow blig bru sy erindryana.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. abah & paksu dia pandai guna kesempatan... huhuhu

    ReplyDelete
  10. hhahhahha.. dasyat pengaruh ombak rindu tu ek..

    ReplyDelete
  11. mama maman - abang peluang si abang lepak dgn adik bongsu.. bukan senang nak jumpa tu.. sorang di SP, sorang di KL..

    ReplyDelete
  12. Fatin - Memang pun, budak-budak tu pergi lagi malam esoknya.. bila sepupu berkumpul, tak lepas peluang hang out sesama..

    ReplyDelete
  13. Indah - ha ha jangan percaya sangat kempen farah tu.. nanti ada yang salah panggung pulak he he

    ReplyDelete
  14. Amie - Kita ni bukan jenis kaki wayang kut.. dah veteran kut..

    ReplyDelete
  15. mak encik - si bapak ambik peluang lepak kt luar, tak sedar anak balik rumah duluan ha ha

    ReplyDelete
  16. Kamsiah - ha ha betul, ada seorang anak buah yang beria nak tengok malam tu jugak sebab esok paginya nak ke Changlun.. nangis la dia kempunan nak menonton dengan cousins..

    ReplyDelete
  17. acik erna - macamanapun ia akan jadi kenangan kelakar bila mereka jumpa balik lain kali..

    ReplyDelete
  18. ajumhit - he he tunggu astro first macam aju gak kut..

    ReplyDelete
  19. Kuchiki - Eh, awak pun pindah rumah jugak ya.. ok.. berukband ok akak masuk singgah ya..

    ReplyDelete
  20. he he he akak....camne leh main redah jer g...tengok lagi lain kali lah nanti...ada lagi kat panggung kan..

    ReplyDelete
  21. Ummiarrisa - Tu la akibatnya over eksaited... padan muka..

    ReplyDelete
  22. haaaa3x.... lawak la citer ni... punya la nak tengok ye kak mid...

    ReplyDelete
  23. Kazman - nak buek camno.. nama pun budak tengah naik..

    ReplyDelete